Followers

Saturday, December 18, 2010

Perjuang zaman sekarang...



Perlukah kita nie menjadi pejuang seperti dalam cerita V for Vendeta atau seperti Hang Jebat ... 

Kedua2 pejuang ini telah mengharumkan dalam hati masyarakat walau di dunia realiti atau hiburan.. 

Saya sedar setelah menonton filim nie...Amat lah tertarik dengannya..V mengatakan bahawa di England telah terpesong dengan janji yang telah dikatakan oleh pemimpin. 

Tetapi malahan lain jadinya, pelbagai masalah yg timbul. Sprt, rhsuah, perkauman dan kebebasan. Saya pun pelik, ia seakan2 dengan sebuah negara tu. Phm2 la. Negara mana kan..



Seperti Jebat, Jebat adalah pejuang yg melihat dan memikirkan bahawa sultan melaka menyalahi dan menzalimi Hang tuah. Tetapi apakan daya, Tuah yang tidak nampak kesalahan sultan, lalu membela sultan demi negara. Kita tak nk jdi sperti tuah, tetapi jebat yg menuntut keadilan.

Dari sudut perjuangan sekarang, terutama di Malaysia.."Tiada"
Kita boleh lihat bahawa, kita tidak boleh menyuarakan sesuatukan yang bercanggah dengan akta di Mlysia.. 

Malahan dinegera kita nie tidak boleh melahirkan para pemikir dengan baik. 

Walhal, banyak anak2 muda kita yang bijak berfikir dan mereka mahukan kebebasan bersuara..Ini pendapat saya..Saya sayang negara saya yang tercinta, Bumi saya berpijak...

Mungkin suatu hari nanti,kita akan dapat pejuang yang mmbela nasib negara kita nie...

Jangan hidup seperti tuah, tetapi hidup seperti jebat. 

Dengan usaha kita, boleh lahir pemikir yg baik dimasa akan datang.. 

Salam..

Thursday, December 16, 2010

Internet Addiction




Tengok pada tajuk tu, rasa macam ada sesuatu yang tak kena kan…biasanya orang addict pada arak, dadah dan macam-macam ketagih lagi. Minta dijauhkan la benda-benda macam ni…
 
Sekarang ni, seiring dengan kecanggihan teknologi, ramai orang kita yang dah mula ketagih untuk online. Tak hairanlah cybercafe sentiasa penuh. Biasanya ini adalah tumpuan budak sekolah. Bagi yang mampu, mereka lebih selesa mempunyai talian sendiri di rumah. Lebih privacy. Tak kurang juga yang jadikan komputer pejabat sebagai sandaran.
Hati-hati bos kat belakang tu… Apa Internet Addiction tu?

Menurut definisinya, Internet addiction digambarkan sebagai an impulse control disorder which does not involve use of an intoxicating drug and is very similar to pathological gambling. Boleh klik kat sini untuk ;lebih detail.
Terdapat 5 kategori utama:
  1. Ketagih untuk mendapatkan maklumat = boleh sebabkan information overload.
  2. Ketagih guna komputer=special bagi yang involve dalam pengaturcaraan dan game
  3. Ketagih dengan website=website perjudian, game online dan website lelongan
  4. Ketagih dengan chatting=IRC, YM, Google Talk, Forum dan macam-macam lagi
  5. Ketagih seksual siber=Ni masalah serius…boleh gelapkan hati, dan susah nak terima ilmu
Kesannya???
Bagi yang ada talian kat rumah, mereka sanggup berjaga sampai ke pagi untuk melepaskan ketagihan ini. Dan esok paginya bila ke tempat kerja, mulut tu asyik ternganga menguap kerana mengantuk. Bagi student pula, mereka menghabiskan duit dengan RM3 per hour. Biasanya, sejam tak cukup… (pengalaman ni… )
Bagi yang bergelar student, banyak masa dan wang dihabiskan untuk cybercafe. Alasan menyiapkan tugasan biasanya berjaya menambat hati parents. Tapi yang nyata, kebanyakan mereka lepak di cybercafe untuk online game, chatting dan layari website yang melampau.

Bagi pekerja pula, pantang ada masa sikit, mesti nak online jer…terasa rugi kalau biarkan masa berlalu begitu sahaja. Kekadang masa bekerja turut digunakan. Hasilnya, prestasi kerja merosot dan kerja entah ke mana…
Bagi yang dah berkeluarga, mereka sanggup mengabiskan masa depan PC daripada bersama keluarga. Bila anak-anak datang, mula la dia naik angin dan marah tak tentu pasal…
Bagaimana dengan anda???

Gunakanlah kemudahan ini dengan baik dan jangan sampai memudaratkan anda, mengganggu kerja, dan menjarakkan anda daripada keluarga tercinta.

Tuesday, December 7, 2010

ISLAMOPHOBIA - Apakah puncanya?

Jika orang-orang beragama Islam hari ini mengebom di tempat-tempat awam, ada segelintir yang membenar perbuatan begitu mengatakan ia adalah jihad untuk agama dan Allah. Bila orang-orang bukan beragama Islam membuat keganasan pada orang-orang beragama Islam (seperti di Israel), maka ia dikatakan zalim.

Tetapi pada perspektif yang bukan Islam itu pula, keganasan yang mereka lakukan pada orang-orang Islam itulah jihad untuk agama dan Allah juga. Apabila orang-orang Islam mengebom di tempat-tempat mereka, bagi mereka itulah kezaliman.
Di sini kita nampak penilaian benar, adil, salah, zalim atau jihad itu berbeza-beza mengikut definasi sesuatu puak dan sudah tidak menepati makna sebenar. Puak A menjustifikasikan semua tindakan mereka benar dan direstui Tuhan serta mengatakan puak B semuanya salah dan kafir. Puak B pula menilai semua tindakan mereka adalah benar dan direstui Tuhan serta mengatakan puak A semuanya salah dan kafir.
Selagi pihak A taksub dengan apa yang ada pada mereka dan puak B juga taksub dengan apa yang ada pada mereka, selagi itulah fobia-fobia sebegitu tidak akan ada kesudahannya. Hari ini puak A fobia dengan puak B. Esok pula puak B fobia dengan puak A.
Jadi, apakah jalan ke arah penyelesaian fobia tersebut? Kedua-dua pihak kenalah jujur dan tidak berat sebelah untuk saling benar-membenarkan mana yang benar yang ada di antara kedua-dua pihak dan terbuka untuk menolak sesuatu yang salah dan buruk yang ada di pihak sendiri. Perasaan angkuh dan sombong dengan kepercayaan tradisi masing-masing perlu ditolak tepi. Jika puak A mulakan dahulu untuk meruntuhkan rasa ego dengan kepercayaan tradisi mereka, tidak mustahil puak B mendapat kesedaran yang sama seterusnya boleh menghilangkan fobia-fobia sebegitu.

Namun, hendak meruntuhkan perasaan angkuh dan sombong itulah perjuangan yang paling sukar bagi semua manusia tidak kira umat terdahulu, terkini mahu pun terkemudian. Sebab itulah dalam Al Quran berulang-ulang dibawakan kisah bagaimana umat-umat terdahulu membantah seruan para Rasul mereka semata-mata taksub bahawa kepercayaan tradisi mereka yang pada perspektif mereka pastilah apa yang diajar oleh pembesar-pembesar agama mereka itu semestinya benar. Kini kita melihat kembali depan mata kita sendiri bagaimana watak-watak umat terdahulu itu wujud dalam masyarakat hari ini.

Monday, December 6, 2010

cinta pertamaku, kau tinggal ku....


Selamat pengantin baru buat bekas kekasih ku,
walaupun bukan jodoh kita didunia ini, 
pada suatu ketika aku di sekolah menengah,
aku bermimpi yang engkau menjadi kekasih ku,
tetapi kau pergi begitu jua,
walaupun sekian lama ku tidak ada perasaan ini kepada kau,
tetapi baru hari ini kenapa perasaan ku amat sedih berita yang dikau sudah berpunya,
Ya ALLah, kenapa aku ada perasaan sayang kepadanya,
Pertama aku lihat wajahmu di sekolah,
aku terbayang kau bagai bidadari di surga,
kau la ratuku seperti lagu awie,
namun memang kawan2 ku tidak tahu yang kita pernah berjumpa sewaktu dulu,
aku terpegun melihat wajahmu, 
aku emnatap wajah mu sampai kamu malu dan mengatakan,jangan tengok2, malu la,
aku berfikir sewaktu dulu,
harapanku,
selepas aku habis kolej,
aku mahu meminang dikau,
hari berganti hari,
sudah 4 tahun ku tidak berhubung seperti dahulu,
tetapi kini,
belum ku habis belajar,
dikau sudah berkahwin,
aku pasrah atas keputusan mu,
kau sudah berpunya,
apa kan daya,
ini takdir Allah,
harap aku dapat jodoh yang sama dengan nya,
secantik dan se-ayunya,
harap kau berbahgia dengan suami tercinta.


Tuesday, November 30, 2010

Pagi-pagi nie...


Agak bosan pagi nie, hari ini hari yang agak malang tapi oke. Hari nie aku marah org yang aku syg. Sebab dia bgi hilang barang yg berharga aku. Aku x bermaksud nak marah..Tapi bila hati panas, hilang kawalan dariku..Mungkin kata2 aku dan perbuatan aku menyebabkan dia kecil hati...Aku x bermaksud nak cakap cam tu..Marah nie amalan syitan..Aku rasa aku perlu mintak maaf, tapi bagaimana. Dengan ego ku ini, habis rasanya...Aku harap dia maafkan aku..Aku mintak maaf..Sorry..

Tuesday, November 23, 2010

Hari ini dalam Sejarah aku...

Hari nie memang aku serabut, sempat lak boleh check blog nie, kalau aku x citer nie, camne nanti. Aku leh lagi pening kepala, biasa la nak abis semester nie, mesti pening. Cam aku cakap, kalau benda yang susah, kita fikir senang, ia akan menjadi senang. Hari nie memang hampir patah semangat aku nak buat assignment aku hari ni, cam bertimpa tangga dua tiga kali, cam nasib hari nie tak baek sgt..Tapi aku kena cuba tuk wat yang terbaik tuk senang masa hadapan..Aku harap la semua subject Sem nie lepas semua..AMINNNNN..

Sunday, November 21, 2010

Hari INi...

Hari ini, tak ada apa-apa pun berlaku, cuma tido, makan, solat, main game online dengan buat assignment yang aku kena redo. Biasalah bosan nie berlaku kat mana2 ja, bukan kat kolej ja, kat rumah dan tempat-tempat yang kita rasa bosan. Aku bosan sangat, aku tulis blog nie. Macam diari aku, kalau ada orang baca pun okay. Boleh tahu isi hati aku. Yang best nya hari nie la, dapat main game yang lama2 tu. Zaman aku sekolah rendah dulu, baru aku tahu, aku nie dah tua, game tu pun nampak lapuk..cam x leh blah, sedangkan aku dulu main bagai nak gila. Nie satu hal, bila la nk balik. Sedih tul aku, aku nak balik, bosan dok sni. Rindu keluarga kt sana. Aku harap la semua subject yang aku ambil sekarang semua nya lepas..Insyallah..

lagu untuk istimewa...

Dalam minggu nie memang sibuk sangat, dalam sibuk nie teringat seseorang yg aku suka..aku harap dia hayati lirik yg aku nk bgi nie, dari teacher pet, kasih kupinjam wajah mu...

Kemana jua aku mengarah
Pandangan ku menggambarkan wajahmu
Oh! Kasihku dilangit tinggi
Di lautan yang sedang menari

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan
Azimat penguat semangat
Bisaku gagahi cabaran yang datang

Kasihku harap kau sudi maafkan aku yang meminjam
Wajahmu mengisi kekosongan hati
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Ke dasar cinta yang tak bertepi

Biarpun aku memejam mata
Pandangan masih menggambar wajahmu
Berseri dicermin hati
Di taman impian yang kuimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan penyuluh
Pabila malam gelap menyelimuti
Kembara ku menjejak bahagia
Dengan bayang malam ditindih malam
Memerah ke titis akhir ketulusanku

Diriku yg semakin tenggelam
Kedasar sepi yang tak bertepi
Diriku yang semakin tenggelam
Kedasar cinta yang tak bertepi
Kasih ku pinjam wajahmu

Tuesday, November 9, 2010

Kau bukan untuk ku....

Tak tahu la kan, kenapa aku perlu kan kasih sayang dia sedang kan dia sudah di milik orang.
Aku tahu bahawa hatinya sudah dimilik orang,tetapi didalam hatiku berharap bahawa dia menjadi milik aku.
Aku mahu bahawa aku boleh menyanginya sepenuh hati,dan aku mahu dia memnjadi isteriku yang sah,
memang betul hati memang cepat berubah, tapi aku cuba melupakan dia, tapi tak boleh, 
kenapa?
Kenapa hati berkata-kata dia boleh dimiliki, sedang logik nya dia sudah berpunya,
maklumlah siapa lah aku ini dihati dia, aku rasa tak terlintas rasa sayang dia kepada ku,
Aku hanya bertepuk tangan sebelah sahaja, mungkin aku tertarik dengan nya tunjukkan budi bahasa yg tak ternilai bagiku,
Pasrah, resah, dan gelisah...
aku redha,
sahaja dengan takdir Nya, Ku harap dikau bulan ku...

Saturday, November 6, 2010

Wajah baru dan Azam baru

 
Hari berganti hari, sabar dan tidak menanti dengan pemergian ku dari Kolej ku. Memang tak sabar dengan kehidupan di Kolej ini. Memang betul pengalaman di kolej ini memang beharga bagi aku. Di kolej nie mengajar aku erti kehidupan di luar pada jagaan ibubapa kita.Biasa lah ada yang pahit dan ada pula yang manis. Dengan pengalaman yang ada, boleh la aku lanjutkan pelajaran aku di peringkat ijazah. Mulanya memang niat aku, bila dah habis belajar nak sambung kerja terus, padahal kelayakan diploma belum tentu dapat kerja yang oke utk menjamin masa depan. Biasa lah, rezeki tu terletak dari ALLAH s.w.t. Tetapi aku kena ada usaha untuk rezeki dan untuk menolong orang yang susah. Malah aku kena la juga memartabat agama islam sebagai agama yang berjaya di negara ini. Balik kepada usaha aku nie, biasa la aku nie nak la usaha menolong keluarga aku supaya senang di dunia dan di akhirat. Aku taknak la disebab aku malas, keturunan aku akan kutuk aku dimasa depan...Tak sabar nak sambung ijazah, nak tengok camne suasana belajar kat sana. Ada senior aku cakap, belajar diploma di Kolej aku nie susah daripada ijazah kat sana. Nak tahu gak situasi kat sana ye...hehee..GUD LUCK ANWAR...CAYOKKK

Saturday, October 30, 2010

Kau laksana bulan

Hidup penuh kejiwang-jiwangan..Best tau kalau aku dapat perempuan tu. Best giler.. Ko pernah tgok "Kau laksana bulan".. Layan giler dowh citer nie.. Kalau korang tak pernah tgok, layan la, best giler tau.. Citer nie berdasarkan Novel. Cam citer Lagenda Budak Setan..Best jugak la.. Plot yang disampaikan oleh pengarah nie best. Sme juga dgn Lagenda budak setan.. Tapi oke, menarik la...Alangkah indah percintaan kita cam tu..best giler...Citer nie berkenaan Ayu dan Firaz yang bercinta dgn indah..Ada la halangan2 yang mereka tempohi dalam citer nie.. byk konflik2 yg ada dalam citer nie.. Kalau nk tgok citer nie, cari la kt Youtube ke, download ke...Best, x Rugi dowh....

Tuesday, October 19, 2010

Sabar itu sangat Indah

Manusia seringkali berlaku egois. Ketika menginginkan rindu sesuatu, ia berdoa habis-habisan dan berupaya sungguh-sungguh demi tercapainya segala yang dirindukan. Tatkala berhasil, serta-merta ia pun melupakan Allah. Bahkan ia menganggap bahwa keberhasilan itu adalah hasil jerih payah dirinya sendiri.
Sebaliknya, bila kegagalan menimpa, ia sering kecewa karenanya. Terkadang ia berburuk sangka kepada Allah dan menimpakan kekecewaannya itu kepada siapa saja yang dianggap biang penyebab kegagalan tersebut. Padahal, rasa kecewa, sedih, dan kesal itu lahir karena manusia terlalu berharap bahwa kehendak Allah harus selalu cocok dengan keinginannya.
Jelas dari kedua sikap tersebut ada sesuatu yang terlewatkan. Yaitu sikap sabar, tawakal, dan syukur nikmat. Karenanya, beruntunglah orang yang memiliki sikap sabar ketika musibah datang menimpa dan memiliki syukur ketika keberuntungan datang menerpa.
Sabar, menurut Dzunnun Al-Mishry, adalah menjauhkan diri dari hal-hal yang bertentangan dengan agama dan bersikap tenang manakala terkena musibah, serta berlapang dada dalam kefakiran di tengah-tengah medan kehidupan. Atau, seperti kata Al-Junaid, "Engkau menelan suatu kepahitan tanpa mengerutkan muka".
Adapun syukur, adalah tindakan memuji si pemberi nikmat atas kebaikan yang telah dilakukannya. Seseorang dikatakan bersyukur kepada Allah, apabila ia mengakui nikmat itu di dalam batinnya, lalu membicarakannya dengan lisan, serta menjadikan karunia nikmat itu sebagai ladang ketaatan kepada-Nya. Pada hakikatnya syukur itu merupakan perwujudan sikap sabar ketika manusia mendapat nikmat.
Mengapa kita harus bersabar ketika mendapatkan nikmat? Karena, karunia nikmat itu justru akan menggelincirkan manusia ke dalam kekhilafan dan memperturutkan hawa nafsu. Betapa banyak orang yang mampu bersabar ketika diberikan ujian, tapi tak mampu bersabar ketika diberi kenikmatan.
Lalu seberapa mampukah kita merasakan nikmatnya sabar?Syahdan, di masa Rasulullah SAW, sebuah ujian menimpa Ummu Sulaim. Suatu hari anaknya meninggal dunia, padahal suaminya sedang bepergian. Ummu Sulaim berusaha agar kematian anaknya itu tidak diketahui dengan tiba-tiba oleh sang suami sedatangnya dari perjalanan nanti. Ia pun mempersiapkan hidangan untuk menyambut kedatangan suaminya.
Ketika sang suami datang, ia pun segera menyantap hidangan yang telah dipersiapkan dengan lahapnya. "Bagaimana keadaan anak kita sekarang?" tanya suaminya. "Alhamdulillah, sejak sakitnya itu tidak pernah setenang malam ini," jawab Ummu Sulaim.
Sementara itu, Ummu Sulaim menghias diri dengan memakai pakaian terindah yang dimilikinya, agar sang suami timbul hasratnya. Tak lama setelah sang suami menggauli dan memuaskan hajatnya, Ummu Sulaim mulai bertanya, "Apakah Kanda tidak merasa heran dengan tetangga-tetangga kita itu?"
"Mengapa mereka?" tanya suaminya."Mereka itu diberi pinjaman, tetapi setelah diminta kembali, tiba-tiba mereka menyatakan kedukacitaan yang luar biasa," jawab Ummu Suliam."Buruk sekali kelakukan mereka itu," ujar suaminya.Ketika itulah ia memberitahukan apa sebenarnya yang terjadi terhadap anaknya. "Kanda," ujarnya. "Bukankah anak kita itu hanya pinjaman dari Allah? dan kini Allah telah memanggilnya kembali".
Setelah mendengar perkataan istrinya tersebut, sang suami pun sadar akan apa yang terjadi. "Alhamdulillah, inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun," ujarnya penuh ketabahan. Keesokan harinya, pagi-pagi benar suaminya pergi ke tempat Rasulullah SAW dan memberitahukan kejadian tersebut. Rasul pun berdoa untuk keluarga itu, "Ya Allah, berilah keberkahan untuk kedua suami istri itu pada malam harinya tadi".
Dalam kisah lain diceritakan bagaimana sedihnya Nabi Ya'kub ketika mendengar anaknya, Yusuf meninggal, hingga dikisahkan bagaimana matanya menjadi putih (QS. Yusuf: 84). Dan kesedihan itu semakin bertambah ketika anaknya yang lain Bunyamin ditahan pemerintah Mesir. Namun, apa yang dikatakan Nabi Ya'kub ketika itu? "Fa shabrun jamiil" (QS. Yusuf: 83). Sabar itu indah!
Jadi, kemampuan merasakan nikmatnya sabar terletak pada seberapa besar mutu pengakuan akan adanya takdir dan kemahakuasaan Allah SWT. Seseorang bisa sabar - seperti yang dilakukan Ummu Sulaim dan suaminya - bila ia mampu meyakini bahwa semua yang terjadi karena izin Allah dan meyakini bahwa Allah tidak akan mendzalimi hamba-Nya.
Sa'ad bin Jubair memberikan contoh tentang seorang budak belian yang dipukul dengan cambuk. Namun sikap budak tersebut seolah-olah mencerminkan makna firman-Nya, Inna lillahi Sesungguhnya kami hanya milik Allah semata. Jadi, ia mengakui bahwa dirinya adalah kepunyaan Allah yang bebas dipergunakan dan diapakan saja oleh Allah.
Sedangkan harapannya akan pahala dikarenakan musibah tersebut seakan merupakan makna dari firman-Nya, Wa inna ilaihi raaji'uun Dan kepada-Nya kita kembali. Oleh karena itu, tidak mengherankan ketika Abu Bakar As-Siddiq jatuh sakit, dan para sahabat yang menjenguknya bertanya, "Saudaraku, tidakkah sebaiknya kami panggilkan saja tabib?". Abu Bakar menjawab, "Sudah, tabib sudah memeriksaku". "Apa yang dikatakannya?" tanya mereka. Abu Bakar menjawab, "Dia katakan, 'Aku Maha Berbuat terhadap apa yang Aku kehendaki !".
Dengan demikian, syarat mutlak orang bisa bersabar adalah ketika ditimpa sesuatu, pikirannya langsung tertuju hanya kepada Allah SWT. Inilah kunci terpenting yang harus dimiliki siapa saja yang ingin menjadi ahli sabar.
Karena itu, keindahan dan keluhuran pribadi seseorang dapat dilihat dari sejauh mana ia pandai bersabar. Semakin seseorang mampu bersabar, niscaya akan semakin indah pula akhlaknya. Jaminan Allah pun demikian luar biasa bagi ahli sabar. "Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas!" (QS. Az-Zumar:10).
"Dan berikanlah kabar gembira pada orang-orang yang sabar, yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata, 'Inna lillaahi wa inna ilahi raaji'uun'. Mereka itulah orang-orang yang mendapat rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk". (QS. Al-Baqarah:155-157). Wallahu a'lam bish-shawab

Hari berganti hari...


Ketidak sabar ku menunggu kehabisan semester nie amat seronok sekali. Kadang kala biasa la ada yang pahit dan ada yang manis.. Hari nie, memang x best langsung .. Mengundang jer la hari nie..Bukan salahkan hari tapi salah kan orang..Kadang2 gurau boleh buat orang bermasam muka..Biasa la kawan2 gaduh..Tetapi yang aku tak suka, bila orang tu bergurau ngan kita , kadang2 aku nie leh terima tetapi bila aku menyakat orang tu, dia naik radang marah aku, pe la dia nie..Adat la aku bergurau ngan ko ..Ko bergurau ngan aku boleh plak, bila aku nk bergurau tak leh.. Pikir la, kira adil la kan...Kalau kita bergurau tak fikir perasan orang , tak pa normal..Tapi kalau orang plak bergurau ngan kita , MARAH..SAKIT HATI..KO fikir la, ngan tak fikir...jangan fikir perasaan kita jer, Fikir perasaan orang lain... Ibarat roda berputar la, kadang-kadang kita kat atas , kadang2 kt bawah..Fikir2 kan , Selamat beramal..SALAM...

Monday, October 4, 2010

takut cuba ....


Perasan kita kadang2 leh dikatakan berani, tetapi bila kadang2 Tuhan merubahkan perasaan tu menjadi berwaspada. Waktu tu la aku berfikir, apa yang akan berlaku , maksud aku jangka masa panjang. Memang benda nie kadang2 aku pandai cakap ja, bila terkena aku, aku pun gelabah. Aku kadang2 takut nak terima orang baru dalam hidup aku. Aku takut tak leh bagi komitmen yang baek..
Tolong la aku, apa yang aku perlu buat.. Aku takot peluang hanya sekali.. tapi aku takut cuba..Tapi bila aku mahu cuba, aku selalu nampak dia... Aku serba salah...Aku Sayang dia...Keliru aku.. Apa aku perlu buat..Aku tahu dia sudah berpunya, tapi aku x leh simpan perasaan aku kepada dua... Aku tak mampu.... Perlu aku diam sahaja...Aku buntu...Mungkin nanti ada cara lain kot...

Friday, October 1, 2010

Kenangan Bulan September...


Apa yang ada dalam bulan september? Cam x best jer.. Ada kemungkinan bulan penggabungan Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak menjadi Satu Malaysia..Tetapi bukan persoalannya. dalam bulan ini pada tahun 2010 banyak kenangan baru yang ada. Enjoy la. Tahun nie kawan2 aku smbut birthday aku. Yang best kebanyakkan mmber dekat umah aku semua lahir dalam bulan 9. Pelik kan..Sebelum akhirnya bulan September , aku hadapi demam yg pelik. Aku pun pelik. Sejuk giler. Bila kena kipas, Ya Allah.. Sejuk nk mampus..BAru ari nie sehat sedikit.Terima kasih la budak umah kerana take care. Walaupun jasa mu sedikit adku hargai..tq semua..

Sunday, September 19, 2010

Trip to Melaka....



Memang best la pergi melaka, tengok member aku yang menyepi tu..hehehe...
Penat la jugak masa pegi melaka tu. Sepanjang perjalanan memang pengalaman baru bagi aku bersama kawan2. Ada juga menyampah kerana diazan kat telinga aku nie..ingat baby ke...hahaha... Memang la perjalanan kami memang penat. Tpi aku jer x mengeluh..paham la kawan2 aku tu memang over acting ..hahaha.. Sampai perjalanan ke rumah member tu, memang happy sgt walapun letih.. Mak kawan aku memang layan kami dengan baek.. Makan punya banyak...Suka aku...Pastu jalan2 kt kota Melaka yang bersejarah tu.. Nampak macam2 yang aku ngan member aku suka, hehhe...paham2 la.. Wasalam..

Friday, September 17, 2010

hati ku..

Dikala bulan mengambang, ku melihat wajahmu yang beseri ayu, namun begitu hatiku hampa kerana tingkah laku mu yang membenci aku. Aku tak pasti apa kesalahku. Mungkin aku sedar, ataupun tidak. Malahan aku tahu siapa diriku dari sisi pandangan matamu.

Mungkin sudah sebulan ku tak bertegur sapa dengan mu. Kerana itu kehendakmu. Tapi janjiku telah ku tunai, tidak akan menegurmu kerana menegurmu tidak keselesaan buat dirimu. Aku pasrah dan kecewa. mungkin itu buat kau gembira.

Ku tatap gambarmu, ku teringat saat bersama walapun sekejap bertemu. Aku redha takdir menentukan begini. Mungkin Ada hikmah nya yang Tuhan berikan. Aku memohon maaf atas segala dosa yang ku buat selama ini.. Selamat tinggal wahai pujaan hatiku..

Wednesday, September 8, 2010

Suka dan malang skit...



Hari nie memang best, aku dapat tgok lagenda budak setan..Baru la tgok.. memang best giler. Tapi orang cakap novel die lagi best. Pasal ayu ngan kasya. Adus romantik giler. Mula2 rse oke la, lme2 bru aku hayati , pastu ada gak nk nangis pada part last tu..huhuhu..alangkah indah nya jadi camtu, pempuan tu baek giler ngan lelaki tu setia..memang sepadan. Nk cari jer gadis cam tu..hehehe


Pastu ada lagi best. Selama  tahun aku menunggu, akhir nya dapat jua handphone baru. Best giler jugak. Suka giler ngan hp tu. Kena la dgn cita rasa aku kan. Tapi orang tua2 cakap jgn ske sgt, mesti ada la yg tak kena nnti. memang tul la. Yang malang nya, kebanyak nombor telefon member banyak hilang. Sedih giler, sedih sgt2..Sedey la, bru nk try hp bru. tgok2 dh hilang no mmber aku..pe la...

Monday, September 6, 2010

Nak beli baju Raya dn Persiapan


Sebab tahun lepas aku tak beli baju raya, harap-harap la dapat la beli baju raya. Nak jugak baju yang lawa2, tapi kena la tgok bajet gak. Maklum la, kegawatan ekonomi. Bajet pun tak banya sangat kan. Semalam baru beli beg jalan. Mula2 nya nak beli Levi's tapi design die x la, pastu beli beg Mont Blanc jer. Oke gak la design die.. nmpk cool skit hehehe... Biar nmpk bergaya skit raya nie kan.. Bukan selalu nmpk bergaya...Tadi baru jer wat serunding Ikan..perit jugak nk wat..tpi mak wat la. aku bkn thu wat jer..leh tolong jer ...hehehehe

Friday, September 3, 2010

Hari terakhir bersama-sama kawan2 rumah dan sahabat yg ku di bulan ramadhan....




Kenangan demi kenangan. Ada suka dan ada duka. Pahit getir bersama-sama kawan-kawan ku jadi kenangan dan pengajaran bagi ku. Selama dalam bulan ramadhan nie, mcm-mcm benda yang aku buat dengan kawan2 rumah ku. Yang best dapat berbuka sekali dalam bulan puasa nie. Bukan senang nak makan sekali dengan budak rumah, kalau tak hadir bulan ramadhan, susah kami nak berkumpul sekali..Ada la perubahan la dalam rumah aku nie. Perubahan yang baik walaupun sekejap. Dalam bulan nie jugak, banyak assignment nk kena submit, tapi kena terima hakikat bahawa kita student, buat la ape yang dikehendaki.. Aku harap ini akan jd kenangan yang best. Peace all

Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut hari kemerdekaan Di negara kita ini

 
 
MEMPERINGATI DETIK SEJARAH KEMERDEKAAN MALAYSIA

Pilihan raya umum yang pertama ditandingkan pada tahun 1955. Parti-parti seperti PAS, Parti Negara di bawah pimpinan Dato' Onn bin Jaafar, Parti Buruh, Parti Progresif Perak, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan sebagainya bertanding dalam pilihan raya umum tersebut.Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. 1 kerusi lagi dimenangi oleh PAS. Dengan kemenangan dalam pilihan raya, kabinet kerajaan telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri yang pertama.

Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai suatu rombongan ke London untuk membincangkan perkara-perkara mengenai kemerdekaan. Rundingan ini mengambil masa tiga minggu di London. Perjanjian London 1956 ditandatangani pada 8 Februari 1956 yang menyatakan persetujuan memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sekembali ke Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan di Melaka.
Pada tahun 1956, suatu Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel ditubuhkan untuk menggubal perlembagaan. Suruhanjaya Perlembagaan Komanwel atau lebih dikenali sebagai Suruhanjaya Reid yang dipengerusi oleh Lord Reid dari Britian terdiri daripada pakar-pakar undang dari negara Komanwel. Laporan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Reid dipinda oleh Jawatankuasa Kerja dan diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan.

Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan.

Pengistiharan Kemerdekaan
Apabila tarikh Kemerdekaan telah ditentukan, Tunku telah mengarah Jabatan Kerja Raya untuk membina sebuah stadium terbuka yang akan dijadikan tempat pengistiharan Kemerdekaan. Tunku memilih sendiri lokasinya, di sebuah bukit yang rendah berdekatan Jalan Birch dan stadium itu dinamakan 'Stadium Merdeka'.
Stadium Merdeka 5.00 pagi, 31 Ogos 1957, hujan turun dengan lebatnya. Dato' Abdul Razak yang melawat Stadium pada pagi itu gelisah dengan takungan air di tengah-tengah padang di mana Askar Melayu akan mengadakan perbarisan kehormat. Dato' Razak adalah Timbalan Pengerusi, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan dengan Tunku sendiri adalah Pengerusinya.
7.00 pagi, hujan mulai reda. Dato' Razak menalifon Tunku dan melaporkan keadaan di stadium. Beliau mencadangkan agar ketibaan Raja-raja Melayu, Duke serta isteri dan Pesuruhjaya Tinggi dilewatkan satu jam.
9.00 pagi, langit mulai cerah, rintik-rintik hujan semakin mengecil dan hilang dari pandangan. Perabut dan perhiasan mula dibawa keluar dengan kadar segera. Tunku telah bersiap sedia di rumahnya. Berbaju Melayu hitam, berkain samping, berselitkan keris bersarong gading dipinggang serta bertengkolok songket, Tunku menantikan saat untuk bertolak.
Di Stadium Merdeka, Tunku berdiri gagah menerima ketibaan Duke of Gloucester yang memakai pakaian istiadat ketenteraan British berpangkat Field Marshall. 'God Save The Queen' berkumandang ketika Duke of Gloucester yang merupakan pakcik Queen Elizabeth II masuk dan mengambil tempat. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray.
Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke.
Duke kemudiannya menyerah 'Instrumen Kemerdekaan' yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik 'perlindungan' yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu.
Tunku kemudiannya membacakan pengistiharan Kemerdekaan yang antara lainnya menyebut "Dengan nama Allah, Persekutuan Tanah Melayu untuk selamanya sebuah negara yang demokratik dan Merdeka". Acapkali suaranya tenggelam dan pekikan Merdeka! Merdeka! Merdeka! oleh rakyat sebuah negara baru yang lahir dari suatu perjuangan yang suci.
Seorang anak bangsa yang menyaksikan segalanya di depan mata, menghuraikan pengalamannya, Hujan renyai-renyai menghiasi pagi. Tanpa disedari linangan air mata membasahi pipi. Stadium Merdeka dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri. Masing-masing hadir dengan harapan yang tinggi. Menjadi saksi, satu peristiwa yang penuh bererti, yang tidak akan dilupai tersemat disanubari sampai mati. Merdeka telah kita miliki 'Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Rindu pada si Dia...




Ku rasa dalam hidup kita mesti ada pasangan, seperti adam dan hawa.
Aku begitu jua, ingin berpasangan seperti Mereka..
Kadang-kala ku terfikir, aku mahu berpacaran, tapi bukan seperti sekarang.
Sekarang hanya berpacaran mengikut hawa nafsu menyalahi Islam.
Aku mahu berpasangan seperti orang dulu2..
Suka sama suka. Lepas tu kahwin..Bahagiakan..
Tapi tak nak ikut trend macam sekarang, kawin, pastu cerai...
tak mungkin sama sekali...
Aku nak menyintai gadis yang aku suka, pastu kahwin dengan nya....
aku rasa dia tahu pasal nie...
Dulu aku pernah cakap kt die ...
Dia tu umpama Coffemate...
Tanpa Coffemate dengan kopi...
Rasa cam sempurna kopi itu..

Friday, August 27, 2010

Jumaat yang Indah-Peristiwa nuzul Quran dan hubungan dengan lailatul Qadar

 

Nuzul Al-Quran


Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

Hubungan Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran

Lailatul Qadar pula ialah suatu malam pada bulan Ramadhan yang begitu istimewa sekali fadilatnya. Malam al-Qadar adalah suatu malam yang biasanya berlaku pada 10 akhir Ramadhan dan amalan pada malam itu lebih baik baik dari 1000 bulan.
Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah SAW di antaranya firman Allah  SWT
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (al-Qadar:1-5)

Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan  berdasarkan satu riwayat dari Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah, lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan  bahawa Allah SWT menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah al-Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah SAW dan para sahabat amat gembira.
Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul qadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Monday, August 23, 2010

Kenapa hero kartun Malaysia tak leh lawan hero kartun Jepun..



Aku memang minat dalam anime ataupun hero2 jepun seperti Kamen rider.. Best giler tgok, tpi dalam best2 tu ade jugak aku terpikir dan memikirnya, kenapa hero atau kartun Malaya x dpt smbutan seperti mana disana..Siap ada movie lagi..Kalau KeluangMAn atau usop santorian buat movie, ada kita nk pegi..mesti rasa rugi sebab kualiti x ada.. Aku berharap seseorang insan leh buat perubahan kepada industri ini...Memang aku tahu susah nak tiru cara diorang, tapi mungkin suatu hari nanti.....

Saturday, August 21, 2010

Sayang, sayang, sayang



Dah brape hari aku x tulis blog nie, biasalah banyak assgmnt..hehehe...Hari nie aku tulis skit la... Baca la kalau sudi.....
Aku terlintas nak tulis benda nie dah lama juga la.. Aku pernah menyintai dan di reject mentah-mentah.. pada mula nya aku takut nak cakap dan malu nak cakap kat dia.. Tapi berdasarkan pengalaman yang aku ada, orang pro yang cakap la, kita akan belajar pada kesilapan kita. Aku akui pengalaman memang membantu aku dalam selok belok kehidupan..Kalau la aku dapat luahkan padanya bahawa aku sayang sangat2 kat die, aku harap die dgr luahan hatiku. Macam member atau sahabat yang baik aku kata, X salah kita ada perasan suka terhadap seseorang tu..Aku harap sahabatku dapat membaca ruangan ini...

Monday, August 16, 2010

Lagu-lagu dahulu lagi best...



Zaman Sekarang punya lagu x leh pakai. Bukan sebab ape, lagu sekarang tak ada jiwa nak 
diperdengarkan. Tak paham jugak lagu sekarang nie nk compare dengan lagu zaman 2000 kebawah.
Contoh Exist, Axl, Spring, Man Bai, Search, Wing, Kembara, M.nasir.
Intipati tu tak ada, geram je. Artis Sekarang di Malaysia cam goreng pisang panas jer.
Popular hanya sekejap jer, pastu malap. Nak bandingkan kita dengan luar Negara memang jauh beza.
Bukan nak agung kan barat ke, timur ke, tapi hakikatnya kita dah jauh beza. Patut renungkan perkara nie ye. Salam.



rindu pada keluarga.....

Hari berganti hari, hatiku rindu pada keluarga yang lama ku tak berjumpa. Rinduku berbuak-buak pada keluarga. Kadang-kadang bila ada masalah, barulah aku teringat pada keluarga yang tercinta. Mengapa bila ku bersuka ria, tidak teringat malah terlupa seketika. Sedih rasanya.. Apa nak jadi nie...Ya Allah hilanglah perasan lupa ku ini. Aku mahu menjadi insan yang berguna untuk keluarga...

Friday, August 13, 2010

Ramadhan oh Ramadhan





Ya ALLAH...
Rindunya aku padanya..
Antara dua belas yang kukenal..
Dia yang paling istimewa..
Sungguh istimewa..
Tidak kunafikan..
Namun,layakkah aku menyatakan rindu padanya?..
Adakah dia rindu untuk menemuiku?..
Rindukah dia kepadaku?..

Aku selalu mensia-siakan kehadirannya..
Tidak kuhiraukan sungguh-sungguh..
Apa yang ada padanya,aku pandang sebelah mata..
Terkadang hatiku tidak tulus..

Sedangkan dia Kau kurniakan..
Dia yang Engkau tentukan..
Yang mentarbiyah aku..
Mendekatkan diriku padaMu Ya ALLAH..
Mendidikku menjauhi segalanya yang Kau murka..
Membersihkan hatiku dari noda yang silam..
Tapi aku susah benar untuk menyedari semua itu..
Berdosanya aku..

ALLAH Ya Rahim...
Ampunilah aku..
Berikanlah aku peluang kali ini..
Untukku membetulkan apa yang aku silap..
Menampal mana yang terkoyak..
Aku rindukan dia Ya ALLAH..


Sebelum mataku rapat terpejam..
Izinkan aku bertemu dengannya..


Ramadhan...

Di mulakan dengan Cerita CInta

Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.
Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.
Cintu adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta. Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .
Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali. Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari. Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..
Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas oang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalahsepenuh hati. Namun janganletakkan harapan terlalu tinggi.
Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan, terlalu payah untuk dilupakan namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan.
Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….
Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............