Followers

Sunday, December 23, 2012

JOHAN AFF SUZUKI 12


Salam kepada semua.

Tadi keputusan aff suzuki 2012,
Thailand tewas kepada Singapura.
Keputusan 3-2 .

Bagi aku permainan tadi ,
boleh berpihak ke Thailand .
Mungkin sebab takdir lebih kpd Singapura.

Singapura telah memenangi AFF cup nie termasuk tahun ini sebanyak 4.
Pada tahun 1998, 2004, 2006/07 dan 2012.

Malaysia Menang sebanyak sekali "1" dan naib juara sebyk 1 jugak.
Mungkin Malaysia perlu di analisa kembali kenapa kita tidak menang sebegitu banyak berbanding negara jiran. 

Kita jangan terus kecewa edisi AFF tahun ini.
Mungkin ada pengajaran dan hikmah disebalik perkara ini.
Kita harus bergerak maju dalam arena bolasepak kita.
Jadikan perkara yang lepas pengajaran dan 
melihat apa kelemahan team negara kita.

Ucapan tahniah kepada Singapura.
Gambar Johan AFF tahun ini :





Salam dari pada Penulis Blog.
^_^
 

Friday, December 21, 2012

PUISI DI TENGAH MALAM


Salam rindu penulis blog.

Saturday, December 15, 2012

F.A.M PERLU PERUBAHAN YANG BARU

Salam kepada semua pembaca.

Terima kasih kepada semua follower yang follow blog aku.
Dah 100 member follow aku.


Malaysia sudah tewas dengan Thailand di SUKU akhir.
Kekalahan 3-1 dengan Thailand mengecewakan tetapi,
ini tidak mematahkan semangat HArimau malaya.
Sebagai peminat, jangan putus sokongan dengan harimau malaya.
Perlawanan menentang Thailand agak kecewa,
pendapat aku nampak pengadil agak berat sebelah.
Mungkin ada hikmah.
 

Aku tengok Liga Amerika selalunya musim rehat,
Liga Amerika akan buat persahabatan dengan kelab inggeris (EPL).
"Banyak yg tidak setuju dengan persahabatan ini " 

Macam Malaysia lain plak, 
Kita tidak meletakkan kelab untuk buat persahabatan dengan kelab liga eropah,
tetapi Meletakkan Team negara sebagai team dengan kelab eropah.

Aku tidak setuju FAM buat persahabatan dengan kelab eropah.
Ini boleh menjatuhkan martabat bola sepak kita.

"Gabungan KELAB LIGA USA antara kelab terlibat LA GALAXY & NY RED BULL"

Kenapa kita tidak buat persahabatan dengan kelab di Liga yang ada di liga M.
Cuba tengok liga Amerika (MLS).
 Persatuan Amerika tidak buat persahabatan antara negara dengan kelab.
Tetapi buat Team MLS All star dengan kelab eropah.
Maksud MLS ALL star, semua dari liga amerika yang terbaik bina satu team.


Nampak banyak kehebatan kelab kita kalau kita buat macam nie.
Contoh Kelantan , Selangor , Johor , perak , dan yang ada dalam liga Malaysia nie ,
bergabung jadi satu team "LIGA MALAYSIA ALL STAR".

BAru gah liga kita ,
ada keserasian dan lebih mantap.

 Salam dari penulis BLOG.


 

Wednesday, December 12, 2012

SIKAP ARTIS YANG MENGKRITIK SUKAN NEGARA

Salam kepada semua pembaca.
BAru-baru nie aku terbaca di facebook, 
yang mengatakan ada satu artis nie menyibuk kritik Harimau Malaya.
Beza dengan Artis luar.
Mereka tak ada lah publisiti murahan mcm artis malaysia nie.
Nak ja nama dia naik di FB , twiter.

Aku pelik la ada jugak orang otak sempit macam dia.
Gah kan kata dah bertaubat.
Tapi sayang buat orang sakit hati.

Kepada Artis nie,
boleh nak kritik tapi ingat kritik lah dengan positif dan membina, 
bukan nak jatuh kan semangat sukan kita.

Korang nak orang ramai sokong artis malaysia.
Kalau dah macam perangai bodoh dan bahlol tu,
jangan masuk laman sosial nie.

Sedih la ada jugak rakyat Malaysia perangai macam nie.

NIE CONTOH ARTIS MALAYSIA YANG KRITIK NEGETIF.


SAlam rindu Dari Penulis blog.


Monday, December 3, 2012

AFF BAGI SAINGAN KALI INI


Salam kepada semua.

Kebangkitan Harimau Malaya menjadi semangat kepada semua peminat.
Setelah menang besar dengan Pasukan Laos,
Kini Indonesia menjadi Mangsa kepada Harimau Malaya.

Rekod pertemuan Sepanjang ini di AFF suzuki cup 2012,

Malaysia VS Singapore 0-3 
Malaysia VS Laos  4-1
Malaysia VS Indonesia 2-0

Pasukan yang layak separuh akhir :
Singapura
Malaysia
Filipina
Thailand




Selepas ini Malaysia akan bertemu dengan Thailand di suku akhir.
Agak gementar jugak bertemu Thailand.
Antara pasukan yang berbahaya.

Rekod Juara AFF sepanjang tahun :

AFF CHAMPIONS
1996 - THAILAND
1998 - SINGAPORE
2000 - THAILAND
2002 - THAILAND
2004 - SINGAPORE
2007 - SINGAPORE
2008 - VIETNAM
2010 - MALAYSIA


Siapa akan menggalas Juara tahun ini.
Harap penyokong jangan putus harapan dengan pasukan Negara.

Salam rindu dari Penulis Blog.

Monday, November 26, 2012

PEMBUKAAN AFF SUZUKI 2012 DI MALAYSIA.

Salam kepada semua pembaca.
Kekalahan semalam di Bukit Jalil amat menduka citakan.
Perasaan aku sangat pilu dan hambar,
mengharapkan Malaysia menentang Singapura menarik..
Tetapi corak permainan malaysia hambar..

Permainan perbukaan tidak sepenuh yang sperti di Indonesia 2010.
Hampir penuh, tetapi ada banyak lagi yang kosong di Stadium Bukit Jalil.
Pertahanan agak goyang , dan lemah.
pertengahan , Amar Rohidan tidak bermaya dan tidak kreatif.

Apa dah jadi Kepada K.Rajagopal nie?
Mana rahsia yang nak ditunjuk oleh rakyat Malaysia?

Kpd Jurulatih Malaysia harus merubah strategi nya.
Penyokong harus memberi sokongan yang hebat kepada Pasukan kita, 
belum berakhir perlawanan ini.

gambar ikhlas dari Astro Arena Saluran 801.

Salam RINDU dari penulis Blog.

Saturday, November 17, 2012

DI MANA PROMOSI AFF SUZUKI CUP 2012 DI MALAYSIA?


Salam kepada semua pembaca..
Salam Maal Hijrah kepada umat islam di seluruh dunia.

Topik hari nie, di mana promosi Aff Suzuki Cup 2012 di Malaysia?
Menjelang berapa minggu lagi,
Aku tak dengar langsung promosi di Radio, television dan media masa yang official...


Yang aku leh nampak promosi AFF SUzuki cup kat Aeon Jusco,
satu tempat je skrang yang aku nampak ..
What the hell ?

Kita Sebagai tuan rumah mesti sambut dengan meriah..
Kalau Euro 2012 sambut bagai macam kita tuan rumah,
ini dh hambar dan pudar ..
Padahal euro tu sukan bolasepak eropah,
nie dah la AFF suzuki nie asia tenggara punya bolasepak ,
kita jadi host plak..

Apa dah jadi media masa di negara kita.
Radio era.fm ke, hot.fm ke, fly.fm ,
Tv3 , Tv1 , Tv2..
tak ada iklan pasal AFF suzuki..
Malu la ..

Aku tengok kat FB , twitter je meriah pasal AFF suzuki ..

Malu la media malaysia nie..
dh macam shit!!!!

Nie pendapat aku..
cuba korang tgok tv media prima, jgn tgok astro..
pastu korang dengar radio..

Pasti korang kecewa...

Salam dari penulis blog.

Wednesday, November 14, 2012

TERJAWAB AKHIR NYA HARIMAU MALAYA



Salam kepada semua pembaca.
Apa khabar wahai pembaca semua.
Bermulanya minggu dpn,
aku menghadapi final test untuk semester nie.
 Doakan yang terbaik.


Sudah terjawab penantian peminat bolasepak negara kita,
iaitu jersi terbaru untuk pasukan kebangsaan Malaysia.
Setelah pelancaran baru lah terbukti bahawa yang mana benar tentang jersi bolasepak Malaysia.
Terlalu banyak sangat spekulasi pasal jersi nie.
Akhir telah di tunjukkan di kaca tv dan surat khabar.


Ada setengah orang cakap jersi tak lawa.
Bagi aku , oke la.
Tak teruja sangat. Macam mana pun tetap aku beli jugak.
Kali nie jersi kita mengikut konsep retro. 


Di harap jersi yang baru, 
azam dan tekad mempertahankan AFF Suzuki 2012 tercapai.

Salam rindu dari penulis blog.

Wednesday, November 7, 2012

THAILAND VS MALAYSIA : KEPUTUSAN HAMBAR


Salam kepada semua.
Baru tadi perlawanan persahabatan Malaysia VS Thailand.
Keputusan hambar, 
2-0 Malaysia tewas dengan Thailand.
Walaupun ditempat lawan,
Malaysia bersungguh2 di masa kedua.
Nasib menyebelahi Thailand.

Adakah Malaysia mampu mempertahankan Piala AFF Suzuki 2012 tahun nie?
Dengan keadaan Malaysia kalah 2 kali berturut2 ditempat lawan.
Satu di Vietnam, dan yg terbaru di Thailand.

Agak sangsi dengan prestasi pemain Malaysia,
Taktik Rajagopal baru2 nie tidak menjadi dan hambar.
 

Wednesday, October 17, 2012

SAMA TAPI TAK SERUPA


Salam kepada semua.

Tahniah kepada pasukan bolasepak kita yang memenangi perlawanan persahabatan keatas Hong Kong. 
Keputusan 3-0 , yang dijaringkan oleh Safee Sali, Safiq rahim dan Fakri Sarani.
 Tahniah. ^_^

Selepas pergi nya Allahyarham Mokhtar Dahari, 
ramai yang mahu ikut jejak dia sebagai penyerang seperti dia.
Yang Aku nampak sekarang di arena bola sepak sekarang ialah Safee Sali.
Walaupun gaya dan corak permainan berlainan,
tetapi Safee Sali mahu menjadi seperti Mohtar.

Safee sali tak akan sama dengan Mohtar Dahari,
tetapi dia akan mencipta lagenda bola sepak yang baru masa akan datang.
Hari makin hari, semangat yang ditampilkan cukup berpuas hati pada peminat tempatan.

Aku tengok beberapa persamaan yang di tonjolkan oleh dua pemain ini.
Ikhlas meraikan gol mereka.

 Salam rindu dari PENULIS BLOG

Sunday, October 14, 2012

TETAP MENUNGU MU ^_^



Salam kepada semua.
Aku nak cerita tentang satu kisah cinta kawan aku nie.
Nama dia Kasim. Bukan nama sebenar.

Bermula nya di kolej, banyak gadis2 dalam kolej tersebut.
Hati nya mula tertarik pada seorang gadis ini.
Rupanya ada cuma kurang berkeyakinan dengan diri sendiri.
Takut rasa ditolak, dan pendam perasaan dia.
 Persaan suka pada gadis ini di pendam begitu sahaja.

Pada semester seterusnya,
semua pelajar perlu menyertai kelab.
Kebetulan gadis nie masuk kelab yg sama.
Dia seronok dalam hati nya,
dia merasa mungkin jodoh nya kot..

Mula berkenalan, chating di "FB",
mintak nombor telephone.
Calling2.. JUmpa depan rumah dia je..
Nak ajak kuar malu..

Bila Kasim nie dapat tahu yang gadis ni ada yg berpunya,
lalu hilang la hubungan kawan mereka,
makin pudar, makin jauh..

Dalam hati kecil lelaki ini,
masih menunggu gadis ini walaupun berjauh,
dia milik orang,
Kasim masih menaruh harapan walaupun harapannya tipis.
Kasim tiada apa2, cuma ikhlas dan mahu gadis ini menjadi teman hidup nya didunia yg fana.
Cerita nie belum berakhir..
 
Nurkilan dari Penulis Blog.

Wednesday, October 3, 2012

KINI ADA DUA BLOG.

Salam kepada semua pembaca,
harap Sihat belaka dihari-hari.
Musim Bola Liga eropah sudah bermula,
Banyak kelab2 eropah yang di Sokong Oleh Rakyat Malaysia..
Seperti Arsenal, Manchester United, Man City, Chelsea, Barcelona, Real Madrid, dan byk lgi..

Nak bagi info kepada kawan2 yang terbaca entri baru saya nie,
Saya telah ditugas untuk membuat satu blog perniagaan,
jadi di harap pembaca blog saya follow blog baru saya nie,
 dan Blog lama saya..
 Sebab dapat tugasan, jadi perlu lah nmpak cam byk follower..

Nie link blog baru..
superstarkarot.blogspot.com

Bunga itu di sebut Flower,
Tolong lah jadi saya punya Follower..

Salam rindu dan sayang,
dari penulis blog.. 

Sunday, September 30, 2012

OFF TOPIK ^_^

Salam kepada semua pembaca,
harap sihat belaka.
Sibuk kebelakangan nie, 
banyak kerja yg perlu disiapkan, 
dan hampir lupa pasal blog nie..
 Rindu sangat blog nie ,
dah macam awek aku dah..

Sekarang buat kerja sedikit, 
sambil tu ada la belajar utk mahir jadi jurugambar..
Pada mulanya aku ingat senang la jadi jurugambar nie,
tapi susah jugak, bnyak benda nak kena blajar..
Masih panjang perjalanan aku dalam bidang nie..
Nie yang hasil yang aku tangkap dan edit..
Walaupun kurang ke apa, aku masih blajar..
Boleh tengok la hasil nie kat bawah..  




Salam Rindu Dari Penulis Blog

Monday, September 10, 2012

DAPAT BERJUMPA DENGAN PEMIMPIN POLITIK

Salam kepada semua pembaca,
pernah tak kita berjumpa dengan orang-orang yg terkenal seperti artis ke,
tokoh agama ke, tokoh seni ke, tokoh politik ke?
Baru-baru nie aku telah jumpa pemimpin politik...

Baru-baru nie aku berjumpa tokoh2 yg disegani..
Mcm Tun Dr Mahadhir Mohamad, Dato' Ling guan Eng, Dato 'Mahfus ...
Bila kita jumpa tokoh2 nie, 
rasa segan dan malu la..
 Seronok dan bangga la....
 Bukan senang nak jumpa orang2 yang hebat latar belakang dia..
Selalu jumpa t TV..
Sekarang jumpa didepan mata..
 Macam tak percaya la....

Ada gambar sedikit leh tunjuk kat semua la..






Salam dari penulis blog

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............