Followers

Sunday, July 28, 2013

HADAPI DENGAN SENYUM 2.0


Salam kepada semua.
Dah hampir penghujung Ramadhan.
Harap di bulan ini dapat kita tabah dan tambah kan amal ibadat kita.

Lama aku tidak expresi pasal perasaan aku didalam blog ini.
Mungkin bosan dengan expresi seseorang itu dalam blog.
Tapi lumrah seorang manusia untuk meluahkan perasaan terbuku dalam hati.

Baru ini ada yang mengkritik pemakaian aku , fizikal aku , dan cara aku makan pun ada.
Mungkin ini dugaan didalam bulan puasa ini,
terpaksa tabah dan perlu hadapi dengan senyum.
Sabar itu adalah sebahagian dari iman.
Perlu lah kita bersabar dalam hadapi insan yang tidak tahu menjaga hati manusia lain.

Mungkin manusia seperti ini rasa diri nya sempurna.
Kita sebagai manusia perlu menjaga hati manusia yang lain.
Mungkin cara percakapan kita boleh melukakan perasaan orang lain.
Juga bagi perspektif Islam,
kita harus menjaga hati saudara kita , 
kalau ada salah pada saudara sesama Islam, harus tegur secara lembut dan terhormat.
Bukan mencela seseorang itu terus menerus.

Mungkin kita bertutur itu baik, ataupun sopan,
mungkin ada yang rasa kita ini kasar dan tidak sopan.
Jadi kita perlu "tarbiah" diri kita ini.

Apa-apa pun , 
hadapi dengan senyum itu lebih baik.
Gunakan ilmu untuk menangkis segala tomahan dan cacian.

Salam penulis blog.

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN DAN SEMESTER PENDEK

Salam kepada semua pembaca.
Sudah lama diri ini tidak menjeguk dan menulis karya di blog ini.
Apa khabar nya?
Harap sihat belaka.

Untuk bulan Jun hinggalah Ogos 2013,
Aku berada di semester pendek.
Agak laju pembelajaran tetapi hati kena cekal hadapi situasi demikian.
Penerapan pembelajaran disini agak tidak sukar berbanding kolej lama iaitu KPMsi.
Bila masa cemburui kita, 
sukar di ku menulis blog , meng-update sesuatu terluah di dalam hati.

Hari ini Ramadhan yg pertama, belum lambat mengucapkan selamat berpuasa di Bulan yg mulia ini.
Ramadhan dahulu-nya memang bagi aku memang dikata susah, penat , dan tidak mengerti apa itu Ramadhan.
Tetapi aku sekarang lebih ilmu dari dahulu yg jahil.
Fadilat nya memang banyak, tapi aku belum kuasai ilmu itu dengan lebih mendalam. 

Harap semua termasuk aku dapat melalukan dan mengharungi Ramadhan dengan sebaik-baiknya. 

"Salam rindu dan sayang dari Penulis Blog"
XOXOXO



...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............