Followers

Tuesday, June 24, 2014

Sesuai kah Langkawi Tempat Percutian TerBaik ?


Salam kepada sahabat blog sekalian  .

Selepas abis praktikal aku ni.
Aku dan sahabat aku bercadang bercuti ke Pulau Langkawi .

Aku pun booking hotel yang ada dalam Internet.
Google punya google.
Dapat la satu hotel ni,
Cenang inn Valley dekat dengan pantai Cenang .
Dalam 4 orang 120 ringgit satu malam.

Lepas booking, malam tu gerak perjalanan kami dari Selangor.
Setelah berjam2 di dalam kereta,
kami sampai dalam pagi di Jeti Kuala Perlis.

Memang di sini banyak ulat2 yang mencadangkan kami hotel dan pelbagai package .
Tiket ferry di sini dari Kuala Perlis ke Langkawi RM 18.00 .

Selepas sahaja sampai ke Jeti saya dan sahabat menyewa motor.
Pada pandangan saya ada baik dan buruk menyewa motor.
Positif nya senang kemana2 tanpa ada sesak dalam jalan raya, boleh menyelik sana sini.
Negative nya lebih badan dan sakit belakang.

Hari pertama kami naik cable car.
Ada perbaruan dari segi infrastruktur.
Tak silap RM 10 @ RM 15 kurang pasti sebab tak ingat.
 Sebelum tu kami melawat kedai gamat langkawi .
Gamat di sana murah2 belaka.
Selepas tu kami makan di tepi pantai , makan ayam golek madu.
Memang terbaik !!!!




Hari kedua kami pergi shopping mall dekat kawasan pantai Cenang ni.
Selepas tu Malam kami melawat Dataran Helang.
Sungguh menakjubkan dengan ketinggian Helang tersebut .
Kadang kala seram dengan saiz helang tersebut .

Last day sebelum pulang kami pergi Haji Ismail Berhad komplek.
Memang besar, coklat di sana murah2 berbanding di luar.
Serius memang antara termurah , banyak pilihan ,
selain coklat , ada kain pelekat , kain batik, pinggan mangkuk, beg travel dan sebagai nya.


Memang santai pergi dengan sahabat ramai2.
 Siapa yang tak pernah pergi,
segeralah pergi ...
Memang terbaik , destinasi melancong untuk Tahun ini.

Salam rindu dari Penulis Blog.

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............