Followers

Sunday, September 27, 2015

27-9-2015

Salam Kepada semua pembaca.

Setiap hari aku menunggu mu selepas hari aku luah kan isi hati aku ini.
Mungkin tidak sepenuhnya engkau tahu.
Tapi aku yakin, dan berharap di kau yang terakhir bagi aku.

Siang tadi berjumpa dengan kawan aku dalam tengah hari,
tidak ada janji dengan kawan ku ini.
Kebetulan tengah hari , aku pun makan tengah hari dengan dia.

Aku tanya macam mana alam perkahwinan sekarang,
hanya dia nasihat aku,
aku kena kuat dengan hadapi cabaran yang mendatang.

Selepas cerita pasal kisah hidup dia,
dia tanya aku, siapa calon aku, bila nak kahwin.
Aku cakap namanya Nur , asal utara. Tahun depan kot.
Dengan spontan aku cakap.

Tapi bila aku fikir..
Adakah dia berfikir macam aku.
Mungkin aku yang harap cinta ku di balas.

Cinta aku ini benar nak cinta alam perkahwinan.

Adakah dia peduli perasaan ku,
Ku harap kau peduli,

Tetapi kalau tidak ,
Tak mengapa,
Bukan ada paksaan mengenai cinta,
Aku tetapi sedaya upaya untuk buat kau bahagia, sekali pun bukan untuk.

Itu janji aku..

Rindu pada Nur,
Salam dari penulis blog.

I

Wednesday, September 23, 2015

23-9-2015

Salam kepada Semua pembaca.

Hari ini aku hampir luah di depan bus masa dia nak balik kampung.
Dengan hasrat nak macam filem-filem melayu di layar2 pawagam.

Tiba terkelu lidah ni.
Damn , asal ni...
Mesej2 la dia di luar bus, sambil menunggu di bus nak gerak ke kampung halamannya.

Mesej masuk ayah dan mak aku balik ke rumah.

Dalam perjalanan pulang naik train. Dengan atas keberanian aku. skali lagi taip mesej di dalam station Wangsa Maju.

Betul ke apa yang aku buat.
Risau macam mana persahabatan ,
Rasa sayang tu memang ada .. Bohong la kalau tak ada.
Bagi aku apa yang aku pegang , luah kan luahan benar bukan palsu.

Tunggu apa respond dia. ...

Terima apa saja keputusan,
Perasaan , sayang , cinta tak boleh di paksa.

Jujur pada diri .

Salam rindu dari Penulis Blog.

Tuesday, September 22, 2015

22-9-2015

Salam kepada pembaca semua.

Kerja belambak di office.
Tajuk tiada , hanya tarikh hari ini.
Baru balik dari KLCC dengan pergi Kinokunia dan Toy 'UR .
Kalau ejaan salah, maafkan lah.

Dengan hati kccewa ...
Feeling lonely sahaja...

Siapa aku nak cemburukan di kau.
Rasa hati nak menangis dengan melihat macam tu saja , macam aku tiada perasaan.
Bukan salah kau , tapi aku...

Why ada perasaan sukakan kau.
Bukan tak suka kau...
Tapi ..
RIsau .. Jejas apa yang kita ada..

Persahabatan.

Biar lah, aku sorang je la tanggung perasaan ni, Sumpah macam nak jerit...
Tapi Biar lah blog ni jadi tempat luahkan perasaan aku.

Aku boleh luah kan..
Aku tersangat nak luah isi hati...
Biarkan lah dulu...
Biar aku ada kerjaya...
Bukan nak biar kau menunggu, tapi usaha nak capai sebuah perkahwinan itu kekal dunia akhirat.

Salam RIndu dari Penulis Blog.

Sunday, September 20, 2015

KELIRU

Salam kepada semua pembaca.

Bercinta ..

Erti pedih.

Bukan salah cinta , tapi salah kita bercinta.

Mula nya cinta bagaikan segala nya indah,
tapi mula temui insan yang lain.

Anggapnya kawan pada mulanya,
tapi mula sayang pada si kawan.

Ya Allah perasaan apa yang aku rasa ni.
Aku tahu ini dugaan aku mampu tempohi.

Aku macam nak tinggal segala.
Mulakan yang baru,

macam Ahmad Jais kata Hidup bukan untuk derita.
Kenapa aku nak peningkan diri aku.

Jodoh tak kemana , yang datang aku terima .
Keliru perasaan ini....

Sejak dua menjak ni.
Banyak yang datang dengan benda yang aku tak suka dia buat,
tapi apa hak aku. Marah , cermburu, siapa aku...

Anggap aku sebagai kawan, tapi aku anggap lebih.
Bodoh lah aku jadi macam ni.
Perlu layan perasaan ini, sampai exam aku habis, rosak. Aku tak nak kerjaya aku rosak sebab benda alah ni.

Rindu Seri Petaling, rindu ku pada cinta yang Esa.

Salam rindu dari Penulis Blog.

Sunday, September 13, 2015

J.O.D.O.H

Salam kepada semua pembaca,
Baru habis cuti hujung .
Banyak berjalan-jalan.
Merata berjalan-jalan dengan sahabat semua.

Hati bila kita sayang serah kepada insan,
tidak lama akan kekal.
Jodoh aku masih belum pasti dan kabur.

Kepercayaan satu benda penting dalam kehidupan sesuatu hubungan.
Sama ada kawan, kekasih , alam perkahwinan.
Kepercayaan amat penting sekali.

Kepercayaan kalau tidak terletak dalam hubungan apa-apa pun,
akan retak dan susah nak kekal.
Aku kecewa tapi sudut persektif mungkin kesedaran Allah nak bagi pada aku.

Hubungan yang kekal adalah hubungan dengan Tuhan .
Bila hati kita berbelah bahagi, susah nak selesai.
Mintak pada Allah ,
InsyaAllah akan selesai masalah kita dengan adanya usaha jugak.

Salam kepada semua pembaca.

"jodoh kalau kita sendiri halang dan jauh kan nya, lama kelamaan hilang begitu."

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............