Salam Kepada semua pembaca.
Negara di kejutkan dengan kenyataan Dua orang
peserta Dewi Remaja 2015 yang tidak tahu mengenai GST .Dua peserta iaitu Mawar dan Kate didalam rancangan
Realiti yang ala-ala ratu cantik Malaysia ni di temu ramah dengan pengacara
hiburan.
Bila di Tanya kan pasal GST, lagak pandai dan di
jawab GST dapat membantu rakyat , dan di tanyakan lagi, bagaimana pelaksanaan
beliau , Mawar dan Kate tidak dapat jawab. Yang Lucunya , di tanyakan Maksud
GST , Kedua-dua peserta tidak tahu menjawab.
Yang aku pelik, macam mana korang
ni tahu GST ni memberi kebaikan pada rakyat dan membangun Negara, sedang maksud
GST pun korang tak tahu. Gelak besar aku tengok video ni..Ni lah satu faktor
yang orang menyokong secara membabi buta sedangkan tidak tahu apa yang dia
sokong.
Macam orang cakap, ‘beauty without brain’ .Kecantikan hanya sampingan, tapi IQ itu di tangga teratas. Bila jenis
yang tak ambil peduli pasal isu semasa , ni jadi nya. Yang tahu ikut trend ,
nak famous cepat, tu makan dia , bukan popular jadi dewi remaja tapi dewi GST.
Sedih bila tengok segelintir rakyat kita masih tidak peduli dengan isu semasa.
Patut la, bila orang berdemo , cakap menyusahkan orang, kerajaan dah
bagi segalanya, Malaysia dah aman..Hakikatnya, orang memperjuangkan hak rakyat, untuk kesenangan masa
hadapan. Tapi boleh lihat kan , ni contoh yang jelas tentang kebodohan yang
berlaku.
Harap dua orang ni, dapat belajar apa yang terjadi dan ambik pengajaran.
Pertama, ambil tahu la isu semasa. Dua, kalau kita tidak tahu, mengaku
sajalah kita tidak tahu, jangan hentam kromo saja…
Link interview Mawar dan Kate
(https://www.youtube.com/user/aftalentaesb/videos)
Salam rindu ..
Penulis Blog.