Followers

Monday, December 28, 2015

Tajuk Kepada Dia dan Engkau !!

Salam kepada pembaca.
Sudah lama tidak menulis karya yang ada.
Rindu menulis blog ini yang lama ada dalam hidup aku ini.
Nurkilan yang selalu aku beri pandangan dan luahan isi hati aku.
Terpulang pada aku , ini pandangan aku , luahan aku, tidak ada hak orang lain mengkritik tanpa ada hujah bijak mengkritik apa penulisan dalam blog ini. INI BLOG AKU.

Kepada yang mencuba memalukan aku,
tahniah dan terima kasih sebab dengan ini Saudara mempromosi blog saya.
Setelah baca , saudara takut kehilangan seseorang, takut dengan bayang-bayang sendiri.

Engkau patut beruntung,

Dengan Maki hamun kau , tetap dia sayang kau.
Kau hina dia , tetap dia menyayangi kau.
Kau Sungguh Beruntung memliki cinta dia.
Masih ingin kau berubah, ingin kau lebih cemerlang dengan kehidupan Engkau.
Untung kau , dengan tiada titik peluh kau dalam kerjaya kau,
dia menolong bersama kau mengejar kerjaya kau.

Aku mungkin gagal mendapat cinta dia,
Sekali pon aku tak pernah memaki , mencaci.
Itu bukan aku, mengikut hawa nafsu untuk melepas kemarahan.


Kau ajak aku berbincang,
Ucapan salam tiada , maki hamun permulaan kau,
Permulaan yang sungguh memalukan,
bertapa muak aku melihat sikap Engkau,
tak pernah aku benci orang seperti mana aku benci orang .
Tak ada guna aku berbincang orang tidak menggunakan akal fikiran ,
bila marah...


Tidak ada untung berbincang dengan orang seperti kau.
Lebih baik jangan dekati aku.

Aku harap kan dia tahu dengan keputusan yang dia buat.

Keputusan di tangan dia,
fikir dengan bijak.
Aku hormat dengan keputusan dia.

Salam dari Penulis Blog.


Sunday, October 25, 2015

25-10-2015

Salam kepada semua pembaca.

Hari ini Ahad. 
Menulis blog yang lama menyepi dengan kesibukkan kehidupan yang Allah bagi ni.

Kehidupan kerja aku di Takaful Ikhlas ni menyibukkan diri aku.
Dan aku bersyukur sebab aku dapat tempat yang aku suka dan bahagia.
Dan bersyukur juga aku kenal Nur.

Makin hari , semakin sayang dengan Nur.
Aku tidak pernah bosan jumpa Nur.
Makin hari semakin sayang dengan Nur, 
Walau pun nur anggap aku kawan.
Patah hati dan pedihnya bila keluar mulut Nur.
Terlintas dalam fikiran aku.
Rasa sayang terhadap aku ada atau tiada.
Bukan sekadar kawan , tetapi lebih.
Adakah ada di dalam hati kecil dia tu.

Walaupun hati nya pada orang lain,
aku harap dia bahagia.
Aku tak nak dia kecewa, sedih.
Aku seronok bila dia bahagia.
Aku gembira bila dia senang.

Aku sedaya upaya menyanginya, walau bagaimana pun, 
tetap aku bahagiakan nya. 

Selalu memohon pada Nya untuk Nur terbuka hati menerima aku.
Aku akan menerima seadanya kelebihan dan kelemahan ada pada dirinya, 
dan berharap dia menerima ku seadanya , jika itu terjadi.

Aku tekad pada diri aku, untuk mengambilnya sebagai isteri aku .
Hanya takdir dan waktu menentunya. Jodoh itu ketentuan Allah. Kita sebagai manusia merancang.

Salam rindu dan sayang untuk Nur.

Daripada Penulis Blog.



Sunday, September 27, 2015

27-9-2015

Salam Kepada semua pembaca.

Setiap hari aku menunggu mu selepas hari aku luah kan isi hati aku ini.
Mungkin tidak sepenuhnya engkau tahu.
Tapi aku yakin, dan berharap di kau yang terakhir bagi aku.

Siang tadi berjumpa dengan kawan aku dalam tengah hari,
tidak ada janji dengan kawan ku ini.
Kebetulan tengah hari , aku pun makan tengah hari dengan dia.

Aku tanya macam mana alam perkahwinan sekarang,
hanya dia nasihat aku,
aku kena kuat dengan hadapi cabaran yang mendatang.

Selepas cerita pasal kisah hidup dia,
dia tanya aku, siapa calon aku, bila nak kahwin.
Aku cakap namanya Nur , asal utara. Tahun depan kot.
Dengan spontan aku cakap.

Tapi bila aku fikir..
Adakah dia berfikir macam aku.
Mungkin aku yang harap cinta ku di balas.

Cinta aku ini benar nak cinta alam perkahwinan.

Adakah dia peduli perasaan ku,
Ku harap kau peduli,

Tetapi kalau tidak ,
Tak mengapa,
Bukan ada paksaan mengenai cinta,
Aku tetapi sedaya upaya untuk buat kau bahagia, sekali pun bukan untuk.

Itu janji aku..

Rindu pada Nur,
Salam dari penulis blog.

I

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............