Followers

Thursday, December 26, 2013

SAMBUTAN TAHUN BARU, BAGAIMANA?


Assalammualaikum kepada semua umat Islam,
dan Selamat menyambut tahun baru yang bakal jelang beberapa hari lagi.

Bagaimana mana kita menyambut tahun baru kita?
Adakah yang di tonjol kan didalam media itu sebenar nya sambutan yang perlu kita contohi?

Atau sebaliknya?

Bagi pandangan aku , apa yang dipamerkan didalam media elektronik sekarang adalah dusta dan tidak membawa manfaat ...

Berparti , meminum minuman  keras seperti arak, melalukan perkara zina adalah haram di sisi Islam.



Sebagai contoh perbelanjaan bunga api setiap tahun di Kuala Lumpur mencecah ratusan ribu. 
Kalau duit itu boleh dimanfaat kepada fakir miskin di Malaysia ini. Tidakkah kita merasa sesuatu yang aneh terhadap perkara ini , berulang tiap tahun di jalankan juga. 

Adakah kita tidak mahu berubah kepada perkara yang elok. Bukankah Allah SWT memberi kita akal untuk berfikir dengan waras dan rasional. 

Tanamkan azam baru bahawa kita perlu berubah kehadapan dan lebih elok pada pandangan Allah swt. 

Cuba manfaatkan sambutan tahun baru kita kearah program2 rohani yang ada di negara kita ini. 

Aku hanya menulis pada pandangan yang kecil sahaja. 
Selamat menyambut Tahun baru .

Salam Dari Penulis Blog .

#2013

Friday, October 18, 2013

PUISI

Salam semua.
Aku buat satu puisi atau nurkilan dalam hati aku.
Mungkin masa buat puisi nie dalam keadaan berbeza dengan sekarang.
Jadi harap korang dapat baca la.

Puisi ini hasil karya dan ilham aku sendiri.



HUJAN
Aku kesunyian, sepi , 
dikala hujan ini.
Menunggu ketibaan hentinya hujan.

Lalu ku terfikir, 
apa yang terjadi pada masa akan datang.

Adakah aku bersama puteriku pada masa akan datang, 

atau kesunyian seperti ini.

Menunggu mu agak keletihan dan menghadapinya penuh dengan cabaran.

Aku lelah , tetapi ia pasti berbaloi menunggumu.

Akan pada masa akan datang,
 ku lebih kuat menjalani perjalanan ini bersama mu.
Bersamamu akan tiba masanya.



"Nurkilan dari penulis blog"

Thursday, September 12, 2013

PESTA BOLA MERDEKA TAHUN INI


Salam kepada pembaca semua.
Baru ini Pesta Bola Merdeka di adakan kembali.
Sejak 2009 sampai 2012 tidak diadakan.
Sekarang diadakan kembali.
Kehangatan dan dinantikan peminat tanah air.
Piala ini amat bermakna bagi peminat tempatan dan banyak sejarah di dalam pertandingan ini.

Setelah Vietnam memegang gelaran juara pada tahun 2008.
Kita kehilangan memegang piala ini.
Dan akhirnya tahun 2013 ini adalah tahun keramat untuk menjadi juara kembali.
Pasukan negara telah melayakan diri ke final setelah menumpaskan Singapura, Myanmar, dan Thailand.


Format perlawanan tahun ini lain sedikit.
Juara kumpulan akan bertemu Naib juara kumpulan di final.
Malaysia akan berlawan Myanmar di final 14 September 2013 ini.
Rekod boleh dikata Malaysia akan memenangi pertandingan Pesta Bola Merdeka 2013 .
Kita doakan kepada Allah swt pasukan negara akan menang pertandingan ini.

Salam rindu daripada penulis blog. 
xoxo

Friday, August 23, 2013

DIARI KU UNTUK 2013

 Salam kepada pembaca sekalian.
Dalam mengharungi liku-liku kehidupan ini.
Banyak yang aku alami.
Mungkin bosan dengan kisah orang,
orang yang nak baca pasal diri aku nie pun bosan kan?

Hahaha.

(gelak tak ikhlas)



Tajuk kali ini "diari ku".
Jarang aku nak hurai kan peribadi aku dalam blog ini sekian lama.

Semasa aku buat blog nie, apa yg terukir dalam akal aku nie nak tulis pasal diri aku.

Mungkin bosan bagi pembaca aku nie,
aku pun tukar kepada pandangan aku mengenai sesuatu topik semasa yang ada .

Kalau korang tengok post2 lama aku tu, 
banyak pasal kekecewaan aku terhadap gadis, marah pada orang, luahan aku dalam blog.
Tapi rasa lega , sebab bukan senang orang nak dengar masalah kita.

Mungkin kurang matang dalam hal tersebut.
Terlalu ikut emosi.

Mengenai wanita nie dalam pengalaman aku,
sesetengah wanita nie kurang menilai lelaki dari zahir dalaman.
Sesetengah wanita nie lebih cenderung pada fizikal dan materialistik.

Ini pandangan aku, cuma kalau wanita yang nampak lelaki dari segi budi pekerti dan akhlak ,
mesti ramai yang berkenan.
Bukan senang sekarang wanita berciri begitu.

 

Ini pandangan aku la.
Kalau ada salah , tolong betulkan.
Kalau setuju , terima kasih kerana menerima pandangan nie.

Sekian...

Salam Rindu dari p.b

Thursday, August 22, 2013

RAYA 13 BERMAKNA KE?


 Salam kepada semua.
Selamat hari raya semua.
Mungkin belum telambat, sebab sekarang dalam bulan Syawal lagi.

Tahun ini puasa alhamdulilah penuh, 
Baju raya macam biasa lah ada .
Kebetulan tahun ini tema keluarga aku warna kelabu.

Yang tak seronok sedikit ,
pasal aku hanya raya lima hari,
pastu ada final test untuk short semester.
Damn , rasa tak ada mood masa dalam keadaan kegenting nak exam tu.
Sebab dalam mood raya. 

Aku tak balik kampung ,

cuma berkampung di rumah.
Okay jugak la..

Cerita makna atau tidak,
Bagi aku penuh makna raya tahun ini.
Aku tahu apa itu erti puasa , dan raya.
Tidak seperti dahulu.
Bila raya dan puasa kita berteraskan ajaran Islam,
nanti kita dapat rasa nya dengan sendiri.

Mungkin tak ada cerita menarik nak aku cerita kan.
Tetapi harap sihat2 selalu semua dan selamat berpuasa enam pulak. :)

Salam rindu dari penulis blog.

Sunday, July 28, 2013

HADAPI DENGAN SENYUM 2.0


Salam kepada semua.
Dah hampir penghujung Ramadhan.
Harap di bulan ini dapat kita tabah dan tambah kan amal ibadat kita.

Lama aku tidak expresi pasal perasaan aku didalam blog ini.
Mungkin bosan dengan expresi seseorang itu dalam blog.
Tapi lumrah seorang manusia untuk meluahkan perasaan terbuku dalam hati.

Baru ini ada yang mengkritik pemakaian aku , fizikal aku , dan cara aku makan pun ada.
Mungkin ini dugaan didalam bulan puasa ini,
terpaksa tabah dan perlu hadapi dengan senyum.
Sabar itu adalah sebahagian dari iman.
Perlu lah kita bersabar dalam hadapi insan yang tidak tahu menjaga hati manusia lain.

Mungkin manusia seperti ini rasa diri nya sempurna.
Kita sebagai manusia perlu menjaga hati manusia yang lain.
Mungkin cara percakapan kita boleh melukakan perasaan orang lain.
Juga bagi perspektif Islam,
kita harus menjaga hati saudara kita , 
kalau ada salah pada saudara sesama Islam, harus tegur secara lembut dan terhormat.
Bukan mencela seseorang itu terus menerus.

Mungkin kita bertutur itu baik, ataupun sopan,
mungkin ada yang rasa kita ini kasar dan tidak sopan.
Jadi kita perlu "tarbiah" diri kita ini.

Apa-apa pun , 
hadapi dengan senyum itu lebih baik.
Gunakan ilmu untuk menangkis segala tomahan dan cacian.

Salam penulis blog.

Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN DAN SEMESTER PENDEK

Salam kepada semua pembaca.
Sudah lama diri ini tidak menjeguk dan menulis karya di blog ini.
Apa khabar nya?
Harap sihat belaka.

Untuk bulan Jun hinggalah Ogos 2013,
Aku berada di semester pendek.
Agak laju pembelajaran tetapi hati kena cekal hadapi situasi demikian.
Penerapan pembelajaran disini agak tidak sukar berbanding kolej lama iaitu KPMsi.
Bila masa cemburui kita, 
sukar di ku menulis blog , meng-update sesuatu terluah di dalam hati.

Hari ini Ramadhan yg pertama, belum lambat mengucapkan selamat berpuasa di Bulan yg mulia ini.
Ramadhan dahulu-nya memang bagi aku memang dikata susah, penat , dan tidak mengerti apa itu Ramadhan.
Tetapi aku sekarang lebih ilmu dari dahulu yg jahil.
Fadilat nya memang banyak, tapi aku belum kuasai ilmu itu dengan lebih mendalam. 

Harap semua termasuk aku dapat melalukan dan mengharungi Ramadhan dengan sebaik-baiknya. 

"Salam rindu dan sayang dari Penulis Blog"
XOXOXO



Wednesday, June 12, 2013

Munich 1972 Sejarah Buat Malaysia




Salam kepada semua pembaca.
Sihat ke semua? Diharap semua sihat2 belaka.
Di satu hari ini aku lihat la di Astro Arena.
Apa yang kita tahu pasal Munich 1972?
Ini detik Olimpik masa 1972 di Germany.
Tahun ini melayakkan bolasepak kita melayak diri ke Olimpik.
Sebelum layak , pasukan Negara kita Malaysia menang  tanpa kalah di pusingan kumpulan.



Kita telah tumbangkan Jepun, Korea, Taiwan, dan Filipina.
Mulanya kita kalah Jepun dengan 3-0.
Jika nak dibandingkan sekarang bagaimana pasukan kita sekarang.
Apa sudah jadi dengan pasukan Negara kita nak dibandingkan dengan dulu.
Bagaimana pasukan nak bangkit?
Harapan rakyat kita terlalu kabur dan tidak yakin dengan persembahan yang ditampilkan oleh pasukan Negara.
Dengan semangat pejuang Negara dulu lebih jujur daripada dengan sekarang.
Sekarang dasar duit didahulukan berbanding semangat untuk Negara.


Aku bangga sebab ada sejarah bolasepak kita hebat dahulu kala.
Masa ketika dahulu Germany juga sanjung bolasepak kita dan
Germany memberi perlawanan pembukaan di Olimpik ,
Dengan Germany menentang Malaysia di perlawanan pembukaan.
Sejarah ini boleh dibangga,
Tetapi dikalau kita lena dengan sejarah dan tidak berubah, bolasepak akan terus merudum dan hilang rasa hormat pada mata dunia.


Salam hormat dari Penulis Blog.

Friday, April 26, 2013

PRU13 HALA TUJU PENGUNDI


Salam kepada semua pembaca.
Diharap sihat belaka.
PRU 13.
Di kala tahun ini menjadi sambutan yang hangat.

Suasana lain pada tahun nie,
dengan isu2 hangat yang ada di media massa.
Apa yang di inginkan oleh pengundi di Malaysia?
 Kerajaan yang telus memerintah di mata rakyat.
Bagaimana kita memilih calon yang bertanding atau parti?

Kita mahu idea2 bernas dari parti politik tersebut.
Idea yang memajukan negara Malaysia yang tercinta ini.
Bagi orang islam, 
teras roh rohani didalam negara perlu dilaksanakan.

Apa yang kita tidak mahu kan pada PRU kali ini?
Tomahan sebelah pihak,
sentimen perkauman yang dilemparkan sebelah parti,
video yang lapuk di siarkan pada ulung kali PRU.


Rakyat mahukan idea dan perubahan yang elok di negara ini.
Mungkin kita ada pilihan masing2 di dalam PRU ini,
tetapi keputusan yang kita buat ini akan merubah kearah kebaikan atau kemusnahan,
Pilihan ditangan kita.
Buat pilihan dengan bijak.

Salam Dari Penulis Blog.
XOXO

Tuesday, April 2, 2013

BERHEMAH DI LAMAN SOSIAL

Salam kepada semua pembaca.
Harap sihat belaka.

Tahniah kepada pelajar SPM yg cemerlang,
dan yang kurang berjaya,
harap berjaya di masa akan datang.
Jangan terlalu kecewa yang gagal,
kerana ada lagi masa untuk berubah.

Topik "berhemah di laman sosial" .
Berhemah ini boleh dikatakan peribadi seseorang itu.
Bukan sahaja di luar kehidupan,
tetapi dengan zaman era teknologi nie,
laman sosial seiringan dengan sektor lain.
 Kenapa berhemah ini penting dalam penulisan kita di laman sosial ini?
Ini menunjuk peribadi seseorang itu adakah baik ataupun tidak.

Kita boleh baca tetang komen di berikan oleh seseorang itu,
sama ada bijak menjaga emosi atau bodoh.
Memang kasar bahasa nya,
tetapi itu hakikat nya.

Yang aku paling tak suka la,
contoh di Facebook.
Selalunya Si A ini post benda yang bagus2,
dakwah, info..
Dua hari kemudian,
mencarut, tomahan kata2 lucah.

AKu tak paham dengan orang sebegini?
Apa masalah dia ini,
mungkin sebab perkara sesuatu ,
terlalu ikut nafsu amarah,
 hasutan syaitan...

Setiap orang memang ada perasan marah , suka dan sebagainya.
Kalau tak boleh nak kawal perasaan marah tu..
Susah nanti pada diri sendiri jugak..

Apa-apa yang kita lakukan ,
perlu ada pegangan agama.
Kita buat sesuatu perkara kerana ALLAH swt,
adakah elok atau tidak perkara yang kita lakukan,
bukan pandangan orang lain.

Salam dari penulis blog

Monday, March 25, 2013

FENOMENA ISLAM DI MALAYSIA


Salam kepada semua pembaca.
Aku ini memang peminat ustaz Azhar Idrus.
Ustaz Azhar Idrus di kenali panggilan UAI.


UAI adalah fenomena pada anak muda dan orang ramai.
Sampai lah sekarang orang menyukai ceramah Ustaz Azhar.
Walaupun tomahan yang negetif segetir pihak,
orang akan tahu apa yang benar.


Aku salah seorang peminat UAI.
Mungkin setiap kuliah magrib dia di Selangor dan Kuala Lumpur aku jelajahi.
Memang berdusun-dusun orang akan hadir setiap kuliah yang ada.
Buat masa kini Selangor dan Kelantan yang paling ramai hadir dalam kuliah UAI.


Bila fenomena UAI,
menyebabkan ramai orang muda minat dan suka kepada ulamak.
Mungkin sebab sebelum ini kita kurang info mengenai islam.
Mungkin media terlalu lalaikan orang islam dengan hiburan.
Nasihat dari UAI mudah di fahami golongan muda dan orang2 ramai.
Mudah dan ringkas.
Fenomena sekarang orang muda mula bersembang pasal Islam,
tidak seperti dahulu.
Kanak2 hanya bincang pasal kartun , sukan, mcm2 lagi hiburan yang.


Perlu di ingatkan kepada semua kita ini,
fenomena islam dapat mengenal aku kepada pencipta ku.
Aku kenal apa itu erti politik sebenar dalam islam.
Kalau lah nak berpolitik , pertamanya adalah Islam.
Apa2 bindang kita didunia ini Allah swt diutamakan.
Islam itu didahulakan.


Salam rindu dari penulis blog.

Sunday, March 10, 2013

APA SEBENARNYA ITU "IDEA"

Salam kepada semua,
harap sihat belaka.

Idea..
Apa itu idea?
dalam laman web mykamus,
idea bermaksud  pendapat, buah fikiran, pandangan, idea, tujuan .


Apa idea itu sebenarnya?
Idea adalah sesuatu yang terlintas dari fikiran seseorang untuk melalukan perkara tersebut ataupun tidak melakukan sebarang tindakan.
Untuk menjadi seseorang penulis dari segi apa pun ,
contoh blog mahupun bidang lain,
harus mempunya idea terlebih dahulu.

Ada pandangan orang itu mengatakan bahawa,
nak menulis blog perlulah ada idea yang bernas.
Bagi aku untuk melakukan penulisan blog harus ada idea terlebih dahulu,
barulah lontarkan idea yang bernas atau tidak.
Sebabnya bila ada idea,
barulah boleh kenal samaada idea itu baik atau tidak kepada orang sekeliling kita.

Idea yang sebenar-benarnya baik adalah berdasarkan pada Agama Islam.
Itu yang terbaik kepada penulisan kita.
Jadikan idea kita boleh membantu masyarakat dan agama kita.

Salam rindu dari Penulis Blog.

Wednesday, February 13, 2013

PANDANGAN MANUSIA


Salam kepada semua pembaca.
Persektif tentang pandangan manusia.

Kadang-kala manusia lebih pandang manusia secara luaran.
Kata-kata manusia, "don jugde by it cover".
Itu kata2 bohongan..

Manusia lebih lihat dari luaran , baru dalam seseorang tersebut.
Hensem, cantik, comel, cute, tampan ,
kurus , tegap , langsing, cumby, sedap mata memandang.
 Kalau manusia melihat luaran sahaja,
memang punah hidup mereka ini,
contoh nak ambil pekerja baru,
tak kan luaran sahaja diambil.
Kalau ambil luaran sahaja ,
mungkin tidak berkualiti pekerja itu.

Sebab itu Allah Swt memberi kita akal.
Untuk berfikir sama baik dan buruk.
Allah SWT tidak melihat seseorang itu dengan darjat, harta, bangsa , rupa , kekayaan, segalanya.
Tetapi Allah SWT memandang iman seseorang mukmin tersebut.


 Sebab itu mentaliti manusia di Malaysia perlu diubah.
Contoh salesman yang tunjuk kereta nya mewah, pakaian yang cantik,
tetapi hakikat nya peratusan menipu memang banyak..

Jadi kalau nak pandang seseorang,
jangan pandang pada luaran sahaja,
tetapi ilmu yang ada pada seseorang.

Selamat beramal.

Salam dari penulis blog.
^_^

Saturday, February 2, 2013

EGO JURULATIH BOLASEPAK MAS

Salam kpd semua pembaca.
 Sihat ke semua...


Kelayakan Asian cup 2015 hampir tiba.
6 Feb 2013 akan tiba kelayakan itu.
Malaysia menentang Qatar.
Mampukah Malaysia layak peringkat kumpulan.
Baru keputusan tadi persahabatan ,
Malaysia tumpas atas Iraq,
3-0.

Apa kelemahan sebenarnya.
Ego King Gopal.
Kenapa tidak mahu rombak sepenuh nya Pasukan kebangsaan.
Kenapa Piya dengan Nazmi Faiz tak nak diserapkan dalam pasukan?
Alasan King Gopal, Piya terlalu tua,
tidak kena cara permainan dia.

"pernah bermain di Eropah Nazmi Faiz"

"Piya menjadi pertengahan yang baik di Liga Super M"

Kenapa tidak mengambil Nazmi Faiz ?
Bukan kah bahagian tengah agak tumpul .
Nak dibandingkan Amar Rohidan dengan Piya dan Nazmi Faiz,
Jauh lebih hebat mereka berdua ini.

Kesal dengan ego dia ini.
Contoh yang aku suka ambil didalam pasukan England.
Lampard dan Gerrard.
Berumur tetapi dengan pengalaman yang ada , 
jurulatih yang ada pasti ambil orang yang berpotensi hebat didalam pasukan.

"prestasi hambar di AFF 2012"

Kenapa Amar Rohidan di ambil lagi?
Kenapa tindakan bodoh King Gopal sedemikian?
Aku pelik dan heran betul Raja ini.

Aku harap ada perubahan di masa terdekat ini.
 

Thursday, January 17, 2013

LISTEN, LISTEN, LISTEN


Salam kepada semua.
hangat lagi hangat.

Isu yang hangat di perkatakan buat masa sekarang. 
Hits video yang di upload di Youtube sekarang.
Sampai yang ada buat remix bagai...

Kalau nak tahu cerita penuh,
video nie dalam "Forum suara mahasiswa pt4".

Tajuk forum nie,
"seriingkah mahasiswa dengan politik".
Bagi aku pengacara majlis kena tidak beremosi dengan situasi sebegitu.
Kalau lah pendapat pelajar tersebut salah macam mana pun, betul ke ,
Ia hanya pendapat beliau,
dan jangan pulak pengacara majlis terus memintas cakap pelajar itu.
Nampak sangat pengacara itu biadap dan kurang sopan.


Satu lagi Pengacara majlis tidak memberi masa yang ditetapkan untuk pelajar itu bersuara.
Selalunya bagi lah 2 minit ke, 4 minit ke, 5 minit ke.

Banyak kesilapan dari pengacara itu sendiri.
Aku tidak berkenan bila dia malu kan pelajar tersebut.
Mungkin dalam dewan itu,
pelajar lain sokong tindakkan tersebut oleh pengacara itu.

Tetapi rakyat Malaysia tidak suka cara biadap dan kurang sopan terhadap pelajar tersebut.
Bila kita menjadi pengacara majlis ,
harus hormat pendapat dan cara nak menyelesaikan masalah dengan cara terhormat.

Salam dari penulis blog.

Wednesday, January 9, 2013

PROJEK TEMA

Salam kepada semua.
Hari ini mungkin berbeza dari sebelum ini.

Aku dapat gambar yang menarik bagi aku,
Boleh la korang tengok.


Apa yang menarik, 
Mungkin gambar ini merujuk di usia tua kita nanti.
Akan bagaimana di hari tua kita.

Hari ini lepas adalah sejarah,
Hari esok hari yang teruja,
dan hari ini adalah anugerah untuk kita.

Salam dari penulis blog.
Rindu selalu.
 

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............