Followers

Saturday, December 13, 2014

MEMBIDAS PENGULAS FOX DAN PENGANALISA LUAR TENTANG HARIMAU MALAYA


Salam kepada semua pembaca.

AFF suzuki 2014 kali ini amat menggembirakan majoriti rakyat kita tentang pasukan negara kita kali ini.
Tetapi di saat kita menyambut kegembiraan kemenangan pasukan negara kita ,
ada yang buat provokasi tentang kemenangan kita terhadap pasukan Vietnam. 


Mereka menyatakan pasukan kita tidak memberi tentangan hebat final nanti menentang Thailand .

Walhal ada pengulas dan pengacara FOX3 HD di Astro membuat jangkaan Malaysia tewas 3-0 dengan Vietnam. 

Agak malu dan hampir kehilangan maruah di hadapan kaca TV live setelah keputusan 4-2 memihak kemenangan kepada Malaysia .

Dengan sikap berat sebelah hampir menjatuhkan maruah sendiri. 
Itu lah pepatah melayu berkata "telajak perahu boleh diundur, telajak bercakap padah jawab-nya".

Ada jugak hates2 yang mengatakan Singapore lebih layak dari Malaysia. 
Kita berdasarkan fakta, dan keputusan.  Jika tidak boleh terima hakikat, jangan minat bola, pegi main guli jauh2. 

Kalah menang adat permainan, tetapi kalau kita provok dan bermegah2 pada akhirnya.

Salam Rindu dari PenulisBlog.

#doakanterbaikuntukharimaumalaya.

"Kita mesti juara"

Thursday, November 20, 2014

PINTAR ATAU BODOH , DI-MANA KITA BERADA?


Salam Kepada semua pembaca. 



Adakah kita pintar atau bodoh.
Bila kita mengerjakan sesuatu yang apa kita tuturkan.
Contoh , kita menasihati orang supaya jangan malas, tepati masa , dan selain-nya. Walhal kita tidak melakukan apa yang di-tuturkan, dan bertindak. Jadi orang seperti ini adalah golongan bodoh dan amat teruk.


Tidak merasakan sesuatu bersalah sedangkan dia melakukan kesalahan.
Contoh boleh saya katakan, seperti tidak menghiraukan perasaan orang lain. Menegur secara tidak berhemas, dan selainnya.


Alim ulamak dan para Ustaz pernah berbicara dalam kuliah pernah aku hadiri, mengatakan orang yang menasihati orang lain dan tidak melakukan seperti mana yang di katakan, orang ini amat teruk dan dari orang yang melakukan kesalahan. 


Jadi apa pengajaran yang kita boleh dapat dalam kesimpulan topic ini, orang yang pintar melakukan perkara yang dituturkan dan tidak menunjuk-nunjuk pada orang lain , untuk kelihatan diri hebat dan bangga apa yang dia ada. Orang yang pintar menunjukan sifat rendah diri dan tawaduq pada Allah SWT. 

Salam dari PENULIS Blog .

Tuesday, November 18, 2014

One Community WorldWide Benar atau tidak Part 2


Salam kepada pembaca blog in semua.
Apa khabar semua?

Sebelum masuk cerita kisah benar ni .
Maaf sangat tak update enteri Kisah OCW atau one community worldwide katakan.

Kisah ni akan masuk hari kedua dan ketiga aku berada dengan org2 OCW yang membohongi aku.
Pagi selepas lewat balik rumah.

Ada perempuan yg OCW ambik no aku semalam, 
Aku mati2 ingat baik ngan aku.
Pagi tu bangun pagi, dia whatapp message aku kt phone,
tanya aku,ok ke x ? 
Rasa macam mana, aku pun cakap okay je.. 
Dia guna kaedah psychology aku, caring la sgt.
Padahal caring duit aku... 
Arip pun message aku,
petang ni dia ambik aku kt rumah.



Orang lain plak datang ,
aku x kenal pon, pempuan dari Uitm kot...
Kami solat magrib kt RnR Latar. 
Pastu pegi menara the WELD. 

Buat treatment lagi, guna Elife ...
Banyak lah kawan2 dia tegur aku kt dalam bilik treatment ELife tu.
Sembang baik2 , tanya benda yang sama ,
dah bayar Voucer ke, belum... 

Dah abis, buat lagi sesi soal jawab ,
tanya apa perubahan ... 
Kat group yang baru.. 



Selepas tu pegi hartamas , 
OCW tu kt Hartamas ni Sebelah Balai Polis Hartamas. 
Ramai sgt pengaruh aku yg sedang keliru,
masa on the way dalam perjalanan dari KL ,
ada lagi dua orang asyik suruh byr habis voucher 250 tu.

Aku nie yg bangang ni pegi bayar terus bila smpai kt hartamas tu...
Muka si Arif tu sronok, 
aku tanya dia , bila nak dapat voucher tu...
dia kata dalam prosess... 

Lepak je mamak,
aku tanya pasal OC ni...
si Ariff kata open case...
Aku x brapa paham... 
Aku tanya lagi, bleh ke aku bawak kwn2 aku guna voucher tu...
dia cakap x leh.. 
Aku pelik lagi asal x bleh,
dia kata voucher aku utk individu.. 
Aku pelik2... 

Dia soh aku tanya pasal OC, 
kat kawan2 dia ni... 
banyak la, ada yang tanya aku ,
kenapa nak OC, 
apa Y aku??
Y???
Y apa lak ni...
Why ??? oOoO,,,
Asal x cakap SEBAB aku nak join... 
Ni satu buat orang keliru... 
2 Orang lagi yang konon nya x bagi aku masuk.. 
Y aku x cukup kuat... 

Aku layan je la game diorang ni... 
Sampai kemana... 
Aku dah terasa macam rimas , mula rasa macam tertekan... 

Hari Ketiga... .
Aku bangun la pagi... 
Terasa macam nak tahu apa tu OCW... 
Bukak je la , kt google tu... 
Check banyak giler kisah yang sama macam aku.... 

Pening kepala aku... 
tejerat dalam MLM... 
Tapi yang pelik dari hari pertama lagi...
Masa diorang buat talk kt menara WELD..

Asyik2 cakap kami bukan MLM... 

Mula aku panik... damn... 

Aku call member aku yg pernah masuk MLM dan jadi orang atas..
Cerita2 punya cerita... 
Memang OCW ni memang MLM... 

Sebelum tu Malam kedua tu, Si Arif ni cakap kena Open Cases , 
dan kena interview, 
So aku pakai baju kemeja.. 

Aku dah serabut... 
Aku setuju je la nak interview ,
dia ambik aku sebelum solat jumaat.. 
Sanggup dia datang ambik aku naik motor... 

Nasib la kereta aku rosak masuk bengkel... 


Aku follow game dia Nie... 

Selepas solat, makan tgh hari... 
lepak tunggu konon ada orang penting , padahal Owner kt Hartamas yg aku jumpa hari first tu... 
AKu letak nama dia MR X.. sebab aku x ingat nama dia.... 

Dalam menunggu tu, dalam tiga orang dtg jumpa aku dengan ARif sekali..
ada yang buat suruh kalau aku betul2 minat kena letak semua duit aku dalam bank kt atas meja... 

FU la kau... 

Di pendek kan cerita Datang la MR X...
Aku kena berdiri, salam, pastu borak2 ... 
Dia tanya aku, 
sebab apa aku mau join dia ni... 

Aku pon main hentam la... 


Lps je tu, MR X ni cakap aku x layak,
aku ni pemakaian , cara cakap , memang x layak...
Tapi Sebab si Ariff ni , dia percaya Arif, 
Ariff percaya aku...
Aku boleh masuk business ni atas sebab si ARif katakan...

Bull Shitttt

Tgok trick dia...
Konon nya aku patut beruntung... 

Mr X terang pasal OCW ... 
ADa benda yang aku dapat jawab... 
Dia pelik,.... sebab apa aku dapat jawab ...
sebab aku masuk kolej la SETAN.... 

Dalam MR X terang tu..
teringat aku Next stage aku RM 3400... 
Aku perhati je... 

Aku harap salah lah dalam blog tu... 

Habis MR X terang ...
dia tanya aku,
Business OCW ni nak bukak modal kena berapa,
aku cakap RM5000

dia cakap RM 5000 tu stall burger bleh la... 

Aku tercakap RM 20 000..

MR X cakap dia nak 3 hari aku cari dan bagi kat dia... 
Si Ariff tu angguk2 je..
Konon nya setuju apa MR X... 
Siap gelak2 ... Cam nak bagi penumbuk je... 

Aku cakap x boleh..
MR X cakap kalau x boleh , blah dari sini...

AKu dah malu..
aku cakap bleh.. 
MR X tanya , macam mana nak dapat duit tu...
Aku cakap pinjam kawan2... 

MR X ckp dia pegang kata2 aku... 

PAstu aku diam... 

Mr X cakap,
dia kesian kat aku, 
DIA cakap xpe lah..
DIA PADAM dalam kertas RM 20 000..
Dan dia tulis RM 3400...

SEBIJIK dalam blog tu....
Damn... 

MR X cakap cara macam mana aku leh dapat...
Pinjam kAWAN2.... 

dah settle jumpa MR X... 
Dia blah dan salam dgn aku.. 

NI ARIF
No TEL :0173524985


Aku tanya ariff...
mcm mana aku nak dapat duit tu...
Dia cakap ada cara...

Kebtulan kakak aku nak kunci rumah..
Aku dengan cepat nya,
menyuruh Ariff hantar aku balik..
sebab urgent... 
Dia hantar aku balik,... 

Jumpa dengan kwn2 aku lain... 
Bincang hal ni..
Semua cakap OCW ni MLM.
ROSAKKAN ANAK MELAYU... 

MALAM tu dia misscall aku dalam 20 KALI.
Message aku cakap kena fight...
Suruh aku tipu kawan2 untuk pinjam RM 3400... 
ESOK lagi datang Umah aku , Call aku... 
Nasib baik kakak aku ada kat umah...
Tanya kakak aku kt diorang yang datang, 
Kenapa nak jumpa, Si ariff tu ada kursus business...
AKu x angkat.. 
Aku kira Dekat 30 misscall , 
ada kawan2 si Ariff ni call tnya asal x angkat, tanya khabar... 

Bukan Caring kat aku diorang ni ...
Caring duit aku... 

Aku Whatapps message budak Ariff ni..
Aku x dapat nak buat business ni..
Aku Message elok2 ... 
 Aku mintak voucher 250 ringgit ni.
Dia cakap aku kena pegi hartamas..

Ariff ni nak jerat aku masuk dalam mulut buaya lagi.
Aku cakap x nak pegi...
Aku x nak terlibat dgn dia...

Dia ckp minggu dpn dia bagi kt aku..
Tunggu sminggu... 
Pastu aku message dia... 
Dia cakap x boleh.. 
AKu kena ikut dia...

Aku cakap aku nak duit 250 ringgit,
aku x pakai voucher tu lagi...
x rugi Dia lagi...
Dia cakap x leh, jangan buat mcm ni..
Dia dah korban banyak kat aku...
Ariff ni cakap dia nak tolong FAMILY aku..

Wat The Hell... 

Nak tolong Lingkup ada la... 

Dia cakap dlm Whatapps ni ,
Dia x batak duit aku..

Aku tulis kt message... 
KALAU NAK TENGOK BATAK KE, ATAU X BATAK,
PULANG DUIT AKU RM 250..

Pastu Si ARIFF ni tukar topik ,
kenapa aku x nak ambik voucher tu...

Aku ada cakap AKU TAK AKAN HALAL PERCENTAGE duit aku YG DI ARIFF ni ambik.
 Aku ada cakap nak jumpa ibubapa dia...

SI arif ni cakap di persilakan...

Pastu dia senyap sampai hari ni.... 

NI lah Melayu yang rosak kan Melayu tu,,,

Kesimpulan nya.. OCW adalah MLM...
Percaya lah...

KALAU lah aku bayar RM 3400..
NEXT STAGE RM 25 000 + RM 3 400  

GILER KAU... 
TERPULANG SIAPA nak percaya... .

Wasalam. 

SALAM rindu dari PENULIS BLOG.

 

Saturday, October 18, 2014

One Community WorldWide Benar atau tidak Part 1

Salam kepada semua pembaca.

One Community WorldWide. Atau singkatan OCW, satu bencana yang bakal aku hadapi dan kenangan pahit .

Pada suatu hari, aku solat berjemaah kat Masjid aku  ni.
Ternampak satu budak sekolah, junior aku kt sekolah menengah.
Dia tegur aku , tanya khabar , kerja ke tak..
Kebetulan baru habis praktikal ..

Selepas solat berjemaah Isyak di masjid aku.
Dia mintak no telepon aku, nak roger2 lepak.
Lepas beberapa hari dia ajak lepak. Aku cakap aku busy .. Aku ada hal masa tu.

Nak di jadikan cerita, satu hari, aku ni nak bank in duit.
Tapi kereta aku rosak masuk bengkel. Mintak tolong member lain , semua busy.
Teringat Budak ni, nama dia Arif.
Aku mintak tolong dia , nak bank in duit.
Sambil tu ajak lepak. Dia kata okay. Dan suruh aku siap awal.
Aku pun pelik, tapi layan je la... Sebab member lama x jumpa.. Main bola sepak sekali dulu.

Tetiba je, dia cakap nak ambik orang , betul depan surau dekat rumah aku.
Aku lagi pelik. Dia cakap nak belanja aku spa dengan member dia.
Dia pon cakap member dia ni mewah , ada spa sendiri, kt hartamas.

Counter Hadapan OCW di Menara Weld

Aku bajet2 spa massage tu..
Lama badan lenguh2 ni, sengal2 badan.
Tuk tuk tuk pegi KL.
Kt Menara Weld . First time aku datang sini.
Aku dan ada lagi 3 orang termasuk si Arif tu masuk
Aku tak kenal dak lain .Dia ada la sembang2 dalam kereta tu ,
borak mersa .. Aku sumpah percaya kawan.

 Ni bilik spa tu, mcam deksop tu Elife

Ni ruang sesi feedback.

Mana lah ko bleh expect org kampung kau ni bleh kencing kau, Bohong kau.

Ni M. Arif, tinggal kat tasik puteri. Yang berjaya menipu aku.

Aku dan 2 orang lagi masuk. dan Duduk dalam bilik yg agak besar muat dalam 40 orang.
Sebelum masuk, aku kena isi form. Konon Nya aku di belanja RM 50 oleh Arif tu.
Dan masuk dalam bilik tu,
ramai orang.. Terkejut gak aku , cakap spa.. tiba je duduk atas kerusi.
Konon nya spa Elektrik.

Mula lah ada minah gemuk ni masuk ,
cakap mcm motivasi punya kursus. Dan bagi talk pasal Elife.
Product agak bagus elife , memang bagus untuk kesihatan .
Aku x da masalah pasal elife.

Aku agak ralat pasal Si Arif.
Penipu memang cara yang bijak.
Lepas ja treatment tu,
ada sidang sesi feedback.
Aku tgok semua nya muda. Agak aku bawah 23 kebawah kebanyakan.

Semua fasi disitu agak ceria , macam tertelan pil kuda atau pil extercy .
Sorang2 di tanya feedback , macam doctor.
Tapi tak.. semua ikut skrip, atau di ajar sebegitu.
Mc tu bertanya pasal nama , umur, datang dengan siapa, rasa apa.
MC suruh kita buat treatment 2 atau3 kali.

Setelah pegi ke Menara Weld ,
pegi hartaMas.
Check darah ko..
Tengok penyakit. ...

Kat sini aku rasa nak balik, agak lewat..
Tapi si arif cakap chill lepak dulu..
Aku follow je flow diorang.
Bila aku tanya pasal produk elife,
Aku tanya mcm mana nak beli...

Si Arif cakap, ada cara , nnti aku cakap.
Aku pelik asal susah sangat nak cakap.

Lepak mamak, di hartamas.
Semua yg terlibat pakai kemeja kemas, mcm bdk opis.
Yg pempuan baju kurung, yg formal pun ada.
Semua kelihatan baik2, cam Imam muda dan ustazah pilihan.
Tak ada muka jahat , gangster, rempit , bohsia.
Lepak mamak , si Arif sembang la pasal produk.
cakap umur 21 matang dan boleh berfikir.
Sesuai dalam bidang ni,
Dia citer bdk pempuan tu ada duit dalam 5 angka..
Dengar kejayaan semua yg dalam OCW.
Cakap nak bantu family.

Dah pegi check darah aku pun rasa berminat.
Pasal kesihatan siapa x minat.
Pikir mak ayah aku jugak.
Product elife bantu diorang ngan aku skali.
Tanpa fikir panjang aku pun beli dengan pengaruh ada budak sabah tu..
di keliling aku..
aku menghulurkan duit aku dalam RM 100.
Jumpa la owner OCW kt HartaMas, kt mamak Pelita HartaMas.
Dia siap hina orang yg kerja kerajaan.
Kalau kerja separuh mati pon , ko x akan dapat duit yg mewah.
 Aku tgok mamat tu agak poyo.
aku diam je la.. tempat dia kan..
KLu hebat pon, jgn hina org sektor kerajaan dan swasta.

Balik dalam kul 2lebih pagi.

Nantikan part 2 .

Salam dari penulis blog.

Monday, October 13, 2014

WWE LIVE 2014 KUALA LUMPUR DAN KEPUTUSAN.



Salam kepada semua pembaca .
Wwe melawat datang ke Malaysia.
Dengan setelah 12 tahun tidak datang di Malaysia.
Peminat Malaysia yang dahagakan wwe datang di Malaysia akhirnya tercapai.


Promosi telah di adakan di Paradigm Mall.
Dan The Mizz telah mempromosikan WWE live yang akan datang 10 dan 11 Oktober 2014.
Serta The Mizz telah berlakon bersama Oh My English slot yang hebat.

Aku telah beli tiket bersama kawan aku. Harga tiket dalam RM 128. Tiket yang paling murah boleh dapat.

Aku beli tiket dalam tarikh 11-10-14 jatuh hari Sabtu. Beli tiket tu dalam hari tu jugak.
Setelah dapat tiket. Tunggu punya tunggu dalam, 5.40 petang baru boleh masuk dalam stadium tertutup putra Bukit Jalil.

Teringat kenangan di Stadium utama , kenangan AFF 2012 Malaysia menentang Indonesia , kesudahan Malaysia menang 2-0 .


Perlawanan pembukaan WWE live John Cena Vs Briat Wyat , John Cena agak epic.. Terbaik tengok John Cena secara live, walaupun aku minat CM Punk. John Cena Menang.




Pastu Fatal 4 Way , Sincara Vs Bolieve Vs sami zayn Vs adrian neville .
Ni pon boleh la, Pertahankan kejuaraan NXT champion. Adrian Neville menang.




Tag team Los Matadores menang lawan Slater Gator.  Big menang dengan The Mizz, walaupun aku kecewa dengan keputusan. AJ Lee mempertahankan Diva Champion dan tumpaskan Paige. Kofi Kingston dan Big E kalahkan Luke Harper dan Erick Rowan. Sheamus kalahkan Seth Rollins dalam main event untuk United States Championship .

Secara keseluruhan persembahan , aku bagi 4 daripada 5 Bintang.

Harap datang lagi lah WWE ke Malaysia.

Salam Rindu Dari Penulis Blog.

*sumber dari http://stonepix.blogspot.com/

Friday, August 8, 2014

Sahabat Gua Beraya Erk ?


Salam kepada penulis blog .
Selamat datang ke blog saya yang serba kekurangan ini pada pembaca yang baru klik pada blog sy.

Ini adalah jodoh untuk pertemuan kita dalam blog ini.
Saya mengucap terima kasih. 

Ini adalah lontaran pandangan dan buah fikiran saya. Harap dapat menerima seadanya .

Dalam bulan Syawal ini , saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir dan batin. 

Baru-baru ini saya musykil dengan istilah yang di gembar-gembur di media sama-ada kaca tv , radio dan media sosial .

Istilah-nya "KOSONG-KOSONG". Saya tahu tuan-tuan dan puan-puan cerdik2 di media ni, apa maksudya kosong-kosong ni. Kenapa tidak ucapkan buka lebaran baru atau mengucapkan maaf . 
 Satu hari di 7eleven , sy terdengar istilah ini 0 0 yang di ucapkan pada dua orang kawan. Dialog nya seperti selamat hari raya dan kosong2 ye. 

Istilah ini di salah paham kebanyakan orang di Malaysia , ada teguran dari Ustaz di Surau saya berkenaan dengan istilah Kosong2.. Ini amatlah serius dan kita bukan semua orang memahami maksud itu. 

Pandangan saya, setiap manusia yang beragama Islam tidak terlepas dengan dosa terhadap Allah SWT, walhal kita dengan manusia pun ada salah.  Tiada istilah kosong-kosong dalam Islam, hanya lah yang suci dari dosa nya ialah Nabi dan Rasul, Bayi dan orang yang baru masuk Islam.  

Itu pandangan saya berkenaan dengan kosong2, bukan apalah takut pada masa akan datang memohon maaf di hari raya hilang dan istilah kosong2 di  salah gunakan. 

Dan satu perkara yang saya perhatikan di Hari Raya tahun ini, kebodohan selfie di kubur amat memalukan dan orang yang berselfie di kubur adalah satu penghinaan pada agama kita sendiri. 

Ada kata-kata orang bijak, " sekarang semakin maju teknologi , semakin sempit pemikiran orang itu berfikir dengan atas kesenangan teknologi tersebut ."

Akhir kata , saya memohon maaf atas penulisan saya yang menguris hati yang terasa . 


Salam Rindu Dari Penulis Blog. 

 

Thursday, July 17, 2014

ISU#CDM25 SALAH FAHAM ANTARA UNCLE DAN PEREMPUAN MUDA

Salam Kepada pembaca blog. 
Selamat Menyambut bulan yang mulia ini bulan Ramadhan Al-Mubarak .
Selalu aku ni miss nak update blog .
Padahal sekarang aku banyak luang masa di rumah dan sambil buat business online.

Isu yang di gemparkan dalam Malaysia di laman Youtube ,
Isu perempuan ni namanya kiki yang egois dan belagak samseng dengan uncle berbangsa cina dan 
Kiki telah menunjukan sikap road bully kpd Uncle tersebut.

Normal nya kita akan marah jika kereta kita dilanggar dari belakang. Memang salah uncle itu, 
tapi di panjangkan cerita dengan aksi lagak samseng dan berbaur racist percakapan perempuan tersebut. 

Jika aku di situasi tersebut, aku berlapang dada dan pergi ke balai ataupun aku akan mintak ganti rugi. Tapi perempuan egois ni tak, belagak gangter pada warga emas tersebut . Perspektif padangan aku ni, ko satu perempuan yang ego , sombong dan bongkak. Kau tak ada adab punya manusia. 

Memang Uncle tu dah maafkan ko , dalam temubual bersama tv3 dan astro awani. dan ko pulak mintak maaf. Serius aku x percaya kata2 palsu ko tu. Cuba bayangkan kalau tiada laman sosial , blog ke, rasa2 ko nak mintak maaf tak? 1% pun aku x percaya.  Dah ko kena cemuh di laman sosial , baru nak gelabah beruk. 

Aku malu dengan sikap seorang muslim macam ni , perangai tak nampak macam ko ni seorang muslim. Serius aku dah malu, dengan Uncle yang non muslim ni selamba maaf kan ko, walaupun terang ko salah. Fikir la mana adab kita seorang muslim . Kita ni dalam bulan mulia bulan Ramadhan rosak dengan sikap kau. Ubah Ubah Ubah Ubah sikap kau kiki . Meluat aku.

Aku tulis ni dari sudut perspektif padangan aku. Mungkin aku salah.  Aku mintak maaf ye . 
*dah lama tak emosi. 

Link Youtube kes tersebut :
http://www.youtube.com/watch?v=KzBndsno7bM

Salam dari Penulis blog.
#prayforpalestine 
#prayforsyria
#4rabia

Tuesday, June 24, 2014

Sesuai kah Langkawi Tempat Percutian TerBaik ?


Salam kepada sahabat blog sekalian  .

Selepas abis praktikal aku ni.
Aku dan sahabat aku bercadang bercuti ke Pulau Langkawi .

Aku pun booking hotel yang ada dalam Internet.
Google punya google.
Dapat la satu hotel ni,
Cenang inn Valley dekat dengan pantai Cenang .
Dalam 4 orang 120 ringgit satu malam.

Lepas booking, malam tu gerak perjalanan kami dari Selangor.
Setelah berjam2 di dalam kereta,
kami sampai dalam pagi di Jeti Kuala Perlis.

Memang di sini banyak ulat2 yang mencadangkan kami hotel dan pelbagai package .
Tiket ferry di sini dari Kuala Perlis ke Langkawi RM 18.00 .

Selepas sahaja sampai ke Jeti saya dan sahabat menyewa motor.
Pada pandangan saya ada baik dan buruk menyewa motor.
Positif nya senang kemana2 tanpa ada sesak dalam jalan raya, boleh menyelik sana sini.
Negative nya lebih badan dan sakit belakang.

Hari pertama kami naik cable car.
Ada perbaruan dari segi infrastruktur.
Tak silap RM 10 @ RM 15 kurang pasti sebab tak ingat.
 Sebelum tu kami melawat kedai gamat langkawi .
Gamat di sana murah2 belaka.
Selepas tu kami makan di tepi pantai , makan ayam golek madu.
Memang terbaik !!!!




Hari kedua kami pergi shopping mall dekat kawasan pantai Cenang ni.
Selepas tu Malam kami melawat Dataran Helang.
Sungguh menakjubkan dengan ketinggian Helang tersebut .
Kadang kala seram dengan saiz helang tersebut .

Last day sebelum pulang kami pergi Haji Ismail Berhad komplek.
Memang besar, coklat di sana murah2 berbanding di luar.
Serius memang antara termurah , banyak pilihan ,
selain coklat , ada kain pelekat , kain batik, pinggan mangkuk, beg travel dan sebagai nya.


Memang santai pergi dengan sahabat ramai2.
 Siapa yang tak pernah pergi,
segeralah pergi ...
Memang terbaik , destinasi melancong untuk Tahun ini.

Salam rindu dari Penulis Blog.

Wednesday, April 30, 2014

APA ITU LIGA BOLASEPAK TEMPATAN BAGI ........


Salam Kepada semua pembaca.
Praktikal aku tinggal seminggu beberapa hari.
Report 97 peratus lagi.

Aku mengenali bolasepak Malaysia ini sejak aku sekolah rendah.
Memang satu keluarga aku menyukai liga tempatan .
Bapa aku ini kerja nya merantau, dan salah satu negeri aku tinggal adalah Perlis.
Aku sekolah disana dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.

Memang kalau hakikatnya aku menyokong pasukan Perlis walaupun berpindah balik ke Selangor.
Berbelah bahagi, tetapi aku tetap menyokong Perlis peratusan yang kuat,
bukan aku lupa daratan , macam pepatah melayu di Mana Bumi di pijak , di situ langit dijunjung.
Bukan apa , aku kenali liga tempatan ini melalu perlis. Pasukan yang menjadi pujaan di waktu kecil.
Aku ingat lagi semasa liga super malaysia , semasa itu Perlis menentang Johor FC.
Semi Final di Pasir Gudang. Tiada siaran langsung di TV, tetapi dengan tekad aku dengar di Perlis.FM. 

Memang itu kenangan aku bersama-sama Perlis FA mengajar aku erti bolasepak tempatan. 
Memang aku sokong juga Selangor , sebab rumah aku sekarang di bumi Selangor. 
Tidak salah menyokong pasukan liga tempatan kita , jangan lah kita mengagungkan Liga lain .
Sebab kita adalah tulang utama kepada liga kita sendiri. 

Info kepada yang tidak tahu kejayaan Perlis FA di bolasepak tempatan.
Juara Piala Malaysia 2 Kali.
Juara Liga super Malaysia 1 kali
Juara Liga Perdana 1 kali
Piala Sumbangsih 1 kali.

Jenama jersi Perlis FA 2014 ialah Xtep

 Perlis FA 2014 Home

Perlis FA 2014 Away


Sumber dari Facebook : Dunia Sukan

Untuk sekadar informasi semua.
Salam dari penulis blog.

Monday, April 28, 2014

Latihan Industri Di Sektor.......


Salam kepada semua pembaca.
Harap sihat belaka.

Penghabisan praktikal aku ini dalam awal bulan Mei ini.
Ada pahit dan ada manis.
Hampir 3 bulan setengah praktikal di Mara.
Ku pandang apa yang dikatakan orang benar tentang sektor kerajaan.

Berhempas pulas di Mara ni.
Politik di dalam pejabat memang berlaku,
bodek dan pujian memang makanan orang atasan.
Kualiti bukan teras kerja di dalam sektor ku ini.
Itu ku lihat, orang disini mindanya ada yang terbuka dan ada yang tertutup.

Hampir aku disini tempoh masanya.
Harap ada perubahan di sektor kerajaan terutama Mara.
Slogan "Mara terus Mara" kurang menyengat di minda pekerja di Mara.

Jika kita tidak percaya, duduk dalam keadaan tersebut ,
kerana itu kita dapat merasa apa yang orang lain rasa.

Salam dari Penulis Blog.

Monday, March 10, 2014

Malaysia Airlines MH370 kospirasi?


Salam kepada semua pembaca.
Apakhabar semua, di harap sihat belaka..

Sudah sekian lama tidak berbicara di dalam blog aku ini.
Rindu sekali , hangat tak terhingga.
Bukan tidak mahu update blog ini,
tetapi aku sekarang tengah menjadi pelajar praktikal.
Agak sibuk sekali , sampai dah bulan Mac.

Aku mahu ulas cerita yang terkini, mengenai dengan pesawat MAS MH370 yang hilang.
Banyak spekulasi yang kita dengar .
Terlalu banyak, memang sedap kita melihat dilaman sosial seperti fb atau yang lain.
Tetapi azab yang di hadapi keluarga mangsa siapa tahu, Hanya Allah SWT yang tahu perasaan mereka.

Kita sebagai rakyat perihatin , harap berdoa kepada mangsa yang terlibat.
Apa senjata orang mukmin?

Doa , itu senjatanya. 

Di harap tidak perlu lah kita dengar berita , atau spekulasi yang tidak betul.

Dengar berita yang sahih sahaja.

Ringkasan yang aku ulasankan..

Salam rindu dari penulis BLOG.


#pray4MH370

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............