Followers

Wednesday, April 30, 2014

APA ITU LIGA BOLASEPAK TEMPATAN BAGI ........


Salam Kepada semua pembaca.
Praktikal aku tinggal seminggu beberapa hari.
Report 97 peratus lagi.

Aku mengenali bolasepak Malaysia ini sejak aku sekolah rendah.
Memang satu keluarga aku menyukai liga tempatan .
Bapa aku ini kerja nya merantau, dan salah satu negeri aku tinggal adalah Perlis.
Aku sekolah disana dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.

Memang kalau hakikatnya aku menyokong pasukan Perlis walaupun berpindah balik ke Selangor.
Berbelah bahagi, tetapi aku tetap menyokong Perlis peratusan yang kuat,
bukan aku lupa daratan , macam pepatah melayu di Mana Bumi di pijak , di situ langit dijunjung.
Bukan apa , aku kenali liga tempatan ini melalu perlis. Pasukan yang menjadi pujaan di waktu kecil.
Aku ingat lagi semasa liga super malaysia , semasa itu Perlis menentang Johor FC.
Semi Final di Pasir Gudang. Tiada siaran langsung di TV, tetapi dengan tekad aku dengar di Perlis.FM. 

Memang itu kenangan aku bersama-sama Perlis FA mengajar aku erti bolasepak tempatan. 
Memang aku sokong juga Selangor , sebab rumah aku sekarang di bumi Selangor. 
Tidak salah menyokong pasukan liga tempatan kita , jangan lah kita mengagungkan Liga lain .
Sebab kita adalah tulang utama kepada liga kita sendiri. 

Info kepada yang tidak tahu kejayaan Perlis FA di bolasepak tempatan.
Juara Piala Malaysia 2 Kali.
Juara Liga super Malaysia 1 kali
Juara Liga Perdana 1 kali
Piala Sumbangsih 1 kali.

Jenama jersi Perlis FA 2014 ialah Xtep

 Perlis FA 2014 Home

Perlis FA 2014 Away


Sumber dari Facebook : Dunia Sukan

Untuk sekadar informasi semua.
Salam dari penulis blog.

No comments:

Post a Comment

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............