Followers

Saturday, October 18, 2014

One Community WorldWide Benar atau tidak Part 1

Salam kepada semua pembaca.

One Community WorldWide. Atau singkatan OCW, satu bencana yang bakal aku hadapi dan kenangan pahit .

Pada suatu hari, aku solat berjemaah kat Masjid aku  ni.
Ternampak satu budak sekolah, junior aku kt sekolah menengah.
Dia tegur aku , tanya khabar , kerja ke tak..
Kebetulan baru habis praktikal ..

Selepas solat berjemaah Isyak di masjid aku.
Dia mintak no telepon aku, nak roger2 lepak.
Lepas beberapa hari dia ajak lepak. Aku cakap aku busy .. Aku ada hal masa tu.

Nak di jadikan cerita, satu hari, aku ni nak bank in duit.
Tapi kereta aku rosak masuk bengkel. Mintak tolong member lain , semua busy.
Teringat Budak ni, nama dia Arif.
Aku mintak tolong dia , nak bank in duit.
Sambil tu ajak lepak. Dia kata okay. Dan suruh aku siap awal.
Aku pun pelik, tapi layan je la... Sebab member lama x jumpa.. Main bola sepak sekali dulu.

Tetiba je, dia cakap nak ambik orang , betul depan surau dekat rumah aku.
Aku lagi pelik. Dia cakap nak belanja aku spa dengan member dia.
Dia pon cakap member dia ni mewah , ada spa sendiri, kt hartamas.

Counter Hadapan OCW di Menara Weld

Aku bajet2 spa massage tu..
Lama badan lenguh2 ni, sengal2 badan.
Tuk tuk tuk pegi KL.
Kt Menara Weld . First time aku datang sini.
Aku dan ada lagi 3 orang termasuk si Arif tu masuk
Aku tak kenal dak lain .Dia ada la sembang2 dalam kereta tu ,
borak mersa .. Aku sumpah percaya kawan.

 Ni bilik spa tu, mcam deksop tu Elife

Ni ruang sesi feedback.

Mana lah ko bleh expect org kampung kau ni bleh kencing kau, Bohong kau.

Ni M. Arif, tinggal kat tasik puteri. Yang berjaya menipu aku.

Aku dan 2 orang lagi masuk. dan Duduk dalam bilik yg agak besar muat dalam 40 orang.
Sebelum masuk, aku kena isi form. Konon Nya aku di belanja RM 50 oleh Arif tu.
Dan masuk dalam bilik tu,
ramai orang.. Terkejut gak aku , cakap spa.. tiba je duduk atas kerusi.
Konon nya spa Elektrik.

Mula lah ada minah gemuk ni masuk ,
cakap mcm motivasi punya kursus. Dan bagi talk pasal Elife.
Product agak bagus elife , memang bagus untuk kesihatan .
Aku x da masalah pasal elife.

Aku agak ralat pasal Si Arif.
Penipu memang cara yang bijak.
Lepas ja treatment tu,
ada sidang sesi feedback.
Aku tgok semua nya muda. Agak aku bawah 23 kebawah kebanyakan.

Semua fasi disitu agak ceria , macam tertelan pil kuda atau pil extercy .
Sorang2 di tanya feedback , macam doctor.
Tapi tak.. semua ikut skrip, atau di ajar sebegitu.
Mc tu bertanya pasal nama , umur, datang dengan siapa, rasa apa.
MC suruh kita buat treatment 2 atau3 kali.

Setelah pegi ke Menara Weld ,
pegi hartaMas.
Check darah ko..
Tengok penyakit. ...

Kat sini aku rasa nak balik, agak lewat..
Tapi si arif cakap chill lepak dulu..
Aku follow je flow diorang.
Bila aku tanya pasal produk elife,
Aku tanya mcm mana nak beli...

Si Arif cakap, ada cara , nnti aku cakap.
Aku pelik asal susah sangat nak cakap.

Lepak mamak, di hartamas.
Semua yg terlibat pakai kemeja kemas, mcm bdk opis.
Yg pempuan baju kurung, yg formal pun ada.
Semua kelihatan baik2, cam Imam muda dan ustazah pilihan.
Tak ada muka jahat , gangster, rempit , bohsia.
Lepak mamak , si Arif sembang la pasal produk.
cakap umur 21 matang dan boleh berfikir.
Sesuai dalam bidang ni,
Dia citer bdk pempuan tu ada duit dalam 5 angka..
Dengar kejayaan semua yg dalam OCW.
Cakap nak bantu family.

Dah pegi check darah aku pun rasa berminat.
Pasal kesihatan siapa x minat.
Pikir mak ayah aku jugak.
Product elife bantu diorang ngan aku skali.
Tanpa fikir panjang aku pun beli dengan pengaruh ada budak sabah tu..
di keliling aku..
aku menghulurkan duit aku dalam RM 100.
Jumpa la owner OCW kt HartaMas, kt mamak Pelita HartaMas.
Dia siap hina orang yg kerja kerajaan.
Kalau kerja separuh mati pon , ko x akan dapat duit yg mewah.
 Aku tgok mamat tu agak poyo.
aku diam je la.. tempat dia kan..
KLu hebat pon, jgn hina org sektor kerajaan dan swasta.

Balik dalam kul 2lebih pagi.

Nantikan part 2 .

Salam dari penulis blog.

Monday, October 13, 2014

WWE LIVE 2014 KUALA LUMPUR DAN KEPUTUSAN.



Salam kepada semua pembaca .
Wwe melawat datang ke Malaysia.
Dengan setelah 12 tahun tidak datang di Malaysia.
Peminat Malaysia yang dahagakan wwe datang di Malaysia akhirnya tercapai.


Promosi telah di adakan di Paradigm Mall.
Dan The Mizz telah mempromosikan WWE live yang akan datang 10 dan 11 Oktober 2014.
Serta The Mizz telah berlakon bersama Oh My English slot yang hebat.

Aku telah beli tiket bersama kawan aku. Harga tiket dalam RM 128. Tiket yang paling murah boleh dapat.

Aku beli tiket dalam tarikh 11-10-14 jatuh hari Sabtu. Beli tiket tu dalam hari tu jugak.
Setelah dapat tiket. Tunggu punya tunggu dalam, 5.40 petang baru boleh masuk dalam stadium tertutup putra Bukit Jalil.

Teringat kenangan di Stadium utama , kenangan AFF 2012 Malaysia menentang Indonesia , kesudahan Malaysia menang 2-0 .


Perlawanan pembukaan WWE live John Cena Vs Briat Wyat , John Cena agak epic.. Terbaik tengok John Cena secara live, walaupun aku minat CM Punk. John Cena Menang.




Pastu Fatal 4 Way , Sincara Vs Bolieve Vs sami zayn Vs adrian neville .
Ni pon boleh la, Pertahankan kejuaraan NXT champion. Adrian Neville menang.




Tag team Los Matadores menang lawan Slater Gator.  Big menang dengan The Mizz, walaupun aku kecewa dengan keputusan. AJ Lee mempertahankan Diva Champion dan tumpaskan Paige. Kofi Kingston dan Big E kalahkan Luke Harper dan Erick Rowan. Sheamus kalahkan Seth Rollins dalam main event untuk United States Championship .

Secara keseluruhan persembahan , aku bagi 4 daripada 5 Bintang.

Harap datang lagi lah WWE ke Malaysia.

Salam Rindu Dari Penulis Blog.

*sumber dari http://stonepix.blogspot.com/

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............