Followers

Saturday, December 18, 2010

Perjuang zaman sekarang...



Perlukah kita nie menjadi pejuang seperti dalam cerita V for Vendeta atau seperti Hang Jebat ... 

Kedua2 pejuang ini telah mengharumkan dalam hati masyarakat walau di dunia realiti atau hiburan.. 

Saya sedar setelah menonton filim nie...Amat lah tertarik dengannya..V mengatakan bahawa di England telah terpesong dengan janji yang telah dikatakan oleh pemimpin. 

Tetapi malahan lain jadinya, pelbagai masalah yg timbul. Sprt, rhsuah, perkauman dan kebebasan. Saya pun pelik, ia seakan2 dengan sebuah negara tu. Phm2 la. Negara mana kan..



Seperti Jebat, Jebat adalah pejuang yg melihat dan memikirkan bahawa sultan melaka menyalahi dan menzalimi Hang tuah. Tetapi apakan daya, Tuah yang tidak nampak kesalahan sultan, lalu membela sultan demi negara. Kita tak nk jdi sperti tuah, tetapi jebat yg menuntut keadilan.

Dari sudut perjuangan sekarang, terutama di Malaysia.."Tiada"
Kita boleh lihat bahawa, kita tidak boleh menyuarakan sesuatukan yang bercanggah dengan akta di Mlysia.. 

Malahan dinegera kita nie tidak boleh melahirkan para pemikir dengan baik. 

Walhal, banyak anak2 muda kita yang bijak berfikir dan mereka mahukan kebebasan bersuara..Ini pendapat saya..Saya sayang negara saya yang tercinta, Bumi saya berpijak...

Mungkin suatu hari nanti,kita akan dapat pejuang yang mmbela nasib negara kita nie...

Jangan hidup seperti tuah, tetapi hidup seperti jebat. 

Dengan usaha kita, boleh lahir pemikir yg baik dimasa akan datang.. 

Salam..

Thursday, December 16, 2010

Internet Addiction




Tengok pada tajuk tu, rasa macam ada sesuatu yang tak kena kan…biasanya orang addict pada arak, dadah dan macam-macam ketagih lagi. Minta dijauhkan la benda-benda macam ni…
 
Sekarang ni, seiring dengan kecanggihan teknologi, ramai orang kita yang dah mula ketagih untuk online. Tak hairanlah cybercafe sentiasa penuh. Biasanya ini adalah tumpuan budak sekolah. Bagi yang mampu, mereka lebih selesa mempunyai talian sendiri di rumah. Lebih privacy. Tak kurang juga yang jadikan komputer pejabat sebagai sandaran.
Hati-hati bos kat belakang tu… Apa Internet Addiction tu?

Menurut definisinya, Internet addiction digambarkan sebagai an impulse control disorder which does not involve use of an intoxicating drug and is very similar to pathological gambling. Boleh klik kat sini untuk ;lebih detail.
Terdapat 5 kategori utama:
  1. Ketagih untuk mendapatkan maklumat = boleh sebabkan information overload.
  2. Ketagih guna komputer=special bagi yang involve dalam pengaturcaraan dan game
  3. Ketagih dengan website=website perjudian, game online dan website lelongan
  4. Ketagih dengan chatting=IRC, YM, Google Talk, Forum dan macam-macam lagi
  5. Ketagih seksual siber=Ni masalah serius…boleh gelapkan hati, dan susah nak terima ilmu
Kesannya???
Bagi yang ada talian kat rumah, mereka sanggup berjaga sampai ke pagi untuk melepaskan ketagihan ini. Dan esok paginya bila ke tempat kerja, mulut tu asyik ternganga menguap kerana mengantuk. Bagi student pula, mereka menghabiskan duit dengan RM3 per hour. Biasanya, sejam tak cukup… (pengalaman ni… )
Bagi yang bergelar student, banyak masa dan wang dihabiskan untuk cybercafe. Alasan menyiapkan tugasan biasanya berjaya menambat hati parents. Tapi yang nyata, kebanyakan mereka lepak di cybercafe untuk online game, chatting dan layari website yang melampau.

Bagi pekerja pula, pantang ada masa sikit, mesti nak online jer…terasa rugi kalau biarkan masa berlalu begitu sahaja. Kekadang masa bekerja turut digunakan. Hasilnya, prestasi kerja merosot dan kerja entah ke mana…
Bagi yang dah berkeluarga, mereka sanggup mengabiskan masa depan PC daripada bersama keluarga. Bila anak-anak datang, mula la dia naik angin dan marah tak tentu pasal…
Bagaimana dengan anda???

Gunakanlah kemudahan ini dengan baik dan jangan sampai memudaratkan anda, mengganggu kerja, dan menjarakkan anda daripada keluarga tercinta.

Tuesday, December 7, 2010

ISLAMOPHOBIA - Apakah puncanya?

Jika orang-orang beragama Islam hari ini mengebom di tempat-tempat awam, ada segelintir yang membenar perbuatan begitu mengatakan ia adalah jihad untuk agama dan Allah. Bila orang-orang bukan beragama Islam membuat keganasan pada orang-orang beragama Islam (seperti di Israel), maka ia dikatakan zalim.

Tetapi pada perspektif yang bukan Islam itu pula, keganasan yang mereka lakukan pada orang-orang Islam itulah jihad untuk agama dan Allah juga. Apabila orang-orang Islam mengebom di tempat-tempat mereka, bagi mereka itulah kezaliman.
Di sini kita nampak penilaian benar, adil, salah, zalim atau jihad itu berbeza-beza mengikut definasi sesuatu puak dan sudah tidak menepati makna sebenar. Puak A menjustifikasikan semua tindakan mereka benar dan direstui Tuhan serta mengatakan puak B semuanya salah dan kafir. Puak B pula menilai semua tindakan mereka adalah benar dan direstui Tuhan serta mengatakan puak A semuanya salah dan kafir.
Selagi pihak A taksub dengan apa yang ada pada mereka dan puak B juga taksub dengan apa yang ada pada mereka, selagi itulah fobia-fobia sebegitu tidak akan ada kesudahannya. Hari ini puak A fobia dengan puak B. Esok pula puak B fobia dengan puak A.
Jadi, apakah jalan ke arah penyelesaian fobia tersebut? Kedua-dua pihak kenalah jujur dan tidak berat sebelah untuk saling benar-membenarkan mana yang benar yang ada di antara kedua-dua pihak dan terbuka untuk menolak sesuatu yang salah dan buruk yang ada di pihak sendiri. Perasaan angkuh dan sombong dengan kepercayaan tradisi masing-masing perlu ditolak tepi. Jika puak A mulakan dahulu untuk meruntuhkan rasa ego dengan kepercayaan tradisi mereka, tidak mustahil puak B mendapat kesedaran yang sama seterusnya boleh menghilangkan fobia-fobia sebegitu.

Namun, hendak meruntuhkan perasaan angkuh dan sombong itulah perjuangan yang paling sukar bagi semua manusia tidak kira umat terdahulu, terkini mahu pun terkemudian. Sebab itulah dalam Al Quran berulang-ulang dibawakan kisah bagaimana umat-umat terdahulu membantah seruan para Rasul mereka semata-mata taksub bahawa kepercayaan tradisi mereka yang pada perspektif mereka pastilah apa yang diajar oleh pembesar-pembesar agama mereka itu semestinya benar. Kini kita melihat kembali depan mata kita sendiri bagaimana watak-watak umat terdahulu itu wujud dalam masyarakat hari ini.

Monday, December 6, 2010

cinta pertamaku, kau tinggal ku....


Selamat pengantin baru buat bekas kekasih ku,
walaupun bukan jodoh kita didunia ini, 
pada suatu ketika aku di sekolah menengah,
aku bermimpi yang engkau menjadi kekasih ku,
tetapi kau pergi begitu jua,
walaupun sekian lama ku tidak ada perasaan ini kepada kau,
tetapi baru hari ini kenapa perasaan ku amat sedih berita yang dikau sudah berpunya,
Ya ALLah, kenapa aku ada perasaan sayang kepadanya,
Pertama aku lihat wajahmu di sekolah,
aku terbayang kau bagai bidadari di surga,
kau la ratuku seperti lagu awie,
namun memang kawan2 ku tidak tahu yang kita pernah berjumpa sewaktu dulu,
aku terpegun melihat wajahmu, 
aku emnatap wajah mu sampai kamu malu dan mengatakan,jangan tengok2, malu la,
aku berfikir sewaktu dulu,
harapanku,
selepas aku habis kolej,
aku mahu meminang dikau,
hari berganti hari,
sudah 4 tahun ku tidak berhubung seperti dahulu,
tetapi kini,
belum ku habis belajar,
dikau sudah berkahwin,
aku pasrah atas keputusan mu,
kau sudah berpunya,
apa kan daya,
ini takdir Allah,
harap aku dapat jodoh yang sama dengan nya,
secantik dan se-ayunya,
harap kau berbahgia dengan suami tercinta.


...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............