Followers

Thursday, December 16, 2010

Internet Addiction




Tengok pada tajuk tu, rasa macam ada sesuatu yang tak kena kan…biasanya orang addict pada arak, dadah dan macam-macam ketagih lagi. Minta dijauhkan la benda-benda macam ni…
 
Sekarang ni, seiring dengan kecanggihan teknologi, ramai orang kita yang dah mula ketagih untuk online. Tak hairanlah cybercafe sentiasa penuh. Biasanya ini adalah tumpuan budak sekolah. Bagi yang mampu, mereka lebih selesa mempunyai talian sendiri di rumah. Lebih privacy. Tak kurang juga yang jadikan komputer pejabat sebagai sandaran.
Hati-hati bos kat belakang tu… Apa Internet Addiction tu?

Menurut definisinya, Internet addiction digambarkan sebagai an impulse control disorder which does not involve use of an intoxicating drug and is very similar to pathological gambling. Boleh klik kat sini untuk ;lebih detail.
Terdapat 5 kategori utama:
  1. Ketagih untuk mendapatkan maklumat = boleh sebabkan information overload.
  2. Ketagih guna komputer=special bagi yang involve dalam pengaturcaraan dan game
  3. Ketagih dengan website=website perjudian, game online dan website lelongan
  4. Ketagih dengan chatting=IRC, YM, Google Talk, Forum dan macam-macam lagi
  5. Ketagih seksual siber=Ni masalah serius…boleh gelapkan hati, dan susah nak terima ilmu
Kesannya???
Bagi yang ada talian kat rumah, mereka sanggup berjaga sampai ke pagi untuk melepaskan ketagihan ini. Dan esok paginya bila ke tempat kerja, mulut tu asyik ternganga menguap kerana mengantuk. Bagi student pula, mereka menghabiskan duit dengan RM3 per hour. Biasanya, sejam tak cukup… (pengalaman ni… )
Bagi yang bergelar student, banyak masa dan wang dihabiskan untuk cybercafe. Alasan menyiapkan tugasan biasanya berjaya menambat hati parents. Tapi yang nyata, kebanyakan mereka lepak di cybercafe untuk online game, chatting dan layari website yang melampau.

Bagi pekerja pula, pantang ada masa sikit, mesti nak online jer…terasa rugi kalau biarkan masa berlalu begitu sahaja. Kekadang masa bekerja turut digunakan. Hasilnya, prestasi kerja merosot dan kerja entah ke mana…
Bagi yang dah berkeluarga, mereka sanggup mengabiskan masa depan PC daripada bersama keluarga. Bila anak-anak datang, mula la dia naik angin dan marah tak tentu pasal…
Bagaimana dengan anda???

Gunakanlah kemudahan ini dengan baik dan jangan sampai memudaratkan anda, mengganggu kerja, dan menjarakkan anda daripada keluarga tercinta.

No comments:

Post a Comment

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............