Followers

Tuesday, December 7, 2010

ISLAMOPHOBIA - Apakah puncanya?

Jika orang-orang beragama Islam hari ini mengebom di tempat-tempat awam, ada segelintir yang membenar perbuatan begitu mengatakan ia adalah jihad untuk agama dan Allah. Bila orang-orang bukan beragama Islam membuat keganasan pada orang-orang beragama Islam (seperti di Israel), maka ia dikatakan zalim.

Tetapi pada perspektif yang bukan Islam itu pula, keganasan yang mereka lakukan pada orang-orang Islam itulah jihad untuk agama dan Allah juga. Apabila orang-orang Islam mengebom di tempat-tempat mereka, bagi mereka itulah kezaliman.
Di sini kita nampak penilaian benar, adil, salah, zalim atau jihad itu berbeza-beza mengikut definasi sesuatu puak dan sudah tidak menepati makna sebenar. Puak A menjustifikasikan semua tindakan mereka benar dan direstui Tuhan serta mengatakan puak B semuanya salah dan kafir. Puak B pula menilai semua tindakan mereka adalah benar dan direstui Tuhan serta mengatakan puak A semuanya salah dan kafir.
Selagi pihak A taksub dengan apa yang ada pada mereka dan puak B juga taksub dengan apa yang ada pada mereka, selagi itulah fobia-fobia sebegitu tidak akan ada kesudahannya. Hari ini puak A fobia dengan puak B. Esok pula puak B fobia dengan puak A.
Jadi, apakah jalan ke arah penyelesaian fobia tersebut? Kedua-dua pihak kenalah jujur dan tidak berat sebelah untuk saling benar-membenarkan mana yang benar yang ada di antara kedua-dua pihak dan terbuka untuk menolak sesuatu yang salah dan buruk yang ada di pihak sendiri. Perasaan angkuh dan sombong dengan kepercayaan tradisi masing-masing perlu ditolak tepi. Jika puak A mulakan dahulu untuk meruntuhkan rasa ego dengan kepercayaan tradisi mereka, tidak mustahil puak B mendapat kesedaran yang sama seterusnya boleh menghilangkan fobia-fobia sebegitu.

Namun, hendak meruntuhkan perasaan angkuh dan sombong itulah perjuangan yang paling sukar bagi semua manusia tidak kira umat terdahulu, terkini mahu pun terkemudian. Sebab itulah dalam Al Quran berulang-ulang dibawakan kisah bagaimana umat-umat terdahulu membantah seruan para Rasul mereka semata-mata taksub bahawa kepercayaan tradisi mereka yang pada perspektif mereka pastilah apa yang diajar oleh pembesar-pembesar agama mereka itu semestinya benar. Kini kita melihat kembali depan mata kita sendiri bagaimana watak-watak umat terdahulu itu wujud dalam masyarakat hari ini.

No comments:

Post a Comment

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............