Followers
Monday, April 28, 2014
Latihan Industri Di Sektor.......
Salam kepada semua pembaca.
Harap sihat belaka.
Penghabisan praktikal aku ini dalam awal bulan Mei ini.
Ada pahit dan ada manis.
Hampir 3 bulan setengah praktikal di Mara.
Ku pandang apa yang dikatakan orang benar tentang sektor kerajaan.
Berhempas pulas di Mara ni.
Politik di dalam pejabat memang berlaku,
bodek dan pujian memang makanan orang atasan.
Kualiti bukan teras kerja di dalam sektor ku ini.
Itu ku lihat, orang disini mindanya ada yang terbuka dan ada yang tertutup.
Hampir aku disini tempoh masanya.
Harap ada perubahan di sektor kerajaan terutama Mara.
Slogan "Mara terus Mara" kurang menyengat di minda pekerja di Mara.
Jika kita tidak percaya, duduk dalam keadaan tersebut ,
kerana itu kita dapat merasa apa yang orang lain rasa.
Salam dari Penulis Blog.
Monday, March 10, 2014
Malaysia Airlines MH370 kospirasi?

Salam kepada semua pembaca.
Apakhabar semua, di harap sihat belaka..
Sudah sekian lama tidak berbicara di dalam blog aku ini.
Rindu sekali , hangat tak terhingga.
Bukan tidak mahu update blog ini,
tetapi aku sekarang tengah menjadi pelajar praktikal.
Agak sibuk sekali , sampai dah bulan Mac.
Aku mahu ulas cerita yang terkini, mengenai dengan pesawat MAS MH370 yang hilang.
Banyak spekulasi yang kita dengar .
Terlalu banyak, memang sedap kita melihat dilaman sosial seperti fb atau yang lain.
Tetapi azab yang di hadapi keluarga mangsa siapa tahu, Hanya Allah SWT yang tahu perasaan mereka.
Kita sebagai rakyat perihatin , harap berdoa kepada mangsa yang terlibat.
Apa senjata orang mukmin?
Doa , itu senjatanya.
Di harap tidak perlu lah kita dengar berita , atau spekulasi yang tidak betul.
Dengar berita yang sahih sahaja.
Ringkasan yang aku ulasankan..
Salam rindu dari penulis BLOG.
#pray4MH370
Thursday, December 26, 2013
SAMBUTAN TAHUN BARU, BAGAIMANA?
Assalammualaikum kepada semua umat Islam,
dan Selamat menyambut tahun baru yang bakal jelang beberapa hari lagi.
Bagaimana mana kita menyambut tahun baru kita?
Adakah yang di tonjol kan didalam media itu sebenar nya sambutan yang perlu kita contohi?
Atau sebaliknya?
Bagi pandangan aku , apa yang dipamerkan didalam media elektronik sekarang adalah dusta dan tidak membawa manfaat ...
Berparti , meminum minuman keras seperti arak, melalukan perkara zina adalah haram di sisi Islam.
Sebagai contoh perbelanjaan bunga api setiap tahun di Kuala Lumpur mencecah ratusan ribu.
Kalau duit itu boleh dimanfaat kepada fakir miskin di Malaysia ini. Tidakkah kita merasa sesuatu yang aneh terhadap perkara ini , berulang tiap tahun di jalankan juga.
Adakah kita tidak mahu berubah kepada perkara yang elok. Bukankah Allah SWT memberi kita akal untuk berfikir dengan waras dan rasional.
Tanamkan azam baru bahawa kita perlu berubah kehadapan dan lebih elok pada pandangan Allah swt.
Cuba manfaatkan sambutan tahun baru kita kearah program2 rohani yang ada di negara kita ini.
Aku hanya menulis pada pandangan yang kecil sahaja.
Selamat menyambut Tahun baru .
Salam Dari Penulis Blog .
#2013
Subscribe to:
Comments (Atom)







