Followers

Sunday, July 5, 2015

Kisah Untuk Sebulan , satu bulan , One Month

Salam kepada pembaca semua.

Harap sihat belaka.
Lama tak update blog nie.
Rindu sangat ni nak tulis coretan hidup.

Aku bermula tulis blog dalam 13 Ogos 2010 pada Hari Jumaat.
Have no idea with i looking for an a topic.
Kalau grammar beterabur jangan marah.
Topik tak ada , mula nya dengan CINTA.

Sinonim dengan cerita aku sepanjang melalui kehidupan.
Pedih , sedih , gembira , duka , lara, kecewa, ketawa, pengalaman, perubahan hidup.

Hampir aku 4 tahun tak bercinta sejujurnya dalam erti kata hubungan serius.
Banyak lebih teman tapi mesra.
Atas dasar kecewa luka lara punca aku malas dan malas nak bercinta.

Di kala aku meluahkan perasaan aku di waktu diploma lagi,
jawapan sehingga sekarang sama.

Ramai yang kata aku memilih dahulu.
Tapi Allah sahaja tahu bagaimana diri aku ni.

Kejujuran itu penting,
kalau tak suka , wajib terus terang.
Contoh, awak tak hensem. Saya cari hensem dan gagah.

So aku baru ni aku berkenan dengan seorang gadis ni,
dikatakan calon bagi aku.

Tapi Bukan sebenarnya.
Dia adalah laluan aku ke arah jodoh ku.

Tetapi dia seorang yang baik, sempurna di mata lelaki.

Bagi aku, dia hanya persimpangan aku sahaja.
Banyak mengajar erti tanggungjawab.

Terima kasih sepanjang perkenalan kita.

Yang benar Penulis Blog.

Monday, April 27, 2015

DEWI REMAJA 2015 LAHIR ARTIS IQ RENDAH


Salam Kepada semua pembaca.
Negara di kejutkan dengan kenyataan Dua orang peserta Dewi Remaja 2015 yang tidak tahu mengenai GST .Dua peserta iaitu Mawar dan Kate didalam rancangan Realiti yang ala-ala ratu cantik Malaysia ni di temu ramah dengan pengacara hiburan.

Bila di Tanya kan pasal GST, lagak pandai dan di jawab GST dapat membantu rakyat , dan di tanyakan lagi, bagaimana pelaksanaan beliau , Mawar dan Kate tidak dapat jawab. Yang Lucunya , di tanyakan Maksud GST , Kedua-dua peserta tidak tahu menjawab. 

Yang aku pelik, macam mana korang ni tahu GST ni memberi kebaikan pada rakyat dan membangun Negara, sedang maksud GST pun korang tak tahu. Gelak besar aku tengok video ni..Ni lah satu faktor yang orang menyokong secara membabi buta sedangkan tidak tahu apa yang dia sokong.
Macam orang cakap, ‘beauty without brain’ .Kecantikan hanya sampingan, tapi IQ itu di tangga teratas. Bila jenis yang tak ambil peduli pasal isu semasa , ni jadi nya. Yang tahu ikut trend , nak famous cepat, tu makan dia , bukan popular jadi dewi remaja tapi dewi GST. 

Sedih bila tengok segelintir rakyat kita masih tidak peduli dengan isu semasa.
Patut la, bila orang berdemo , cakap menyusahkan orang, kerajaan dah bagi segalanya, Malaysia dah aman..Hakikatnya, orang memperjuangkan hak rakyat, untuk kesenangan masa hadapan. Tapi boleh lihat kan , ni contoh yang jelas tentang kebodohan yang berlaku.

Harap dua orang ni, dapat belajar apa yang terjadi dan ambik pengajaran.
Pertama, ambil tahu la isu semasa. Dua, kalau kita tidak tahu, mengaku sajalah kita tidak tahu, jangan hentam kromo saja…

Link interview Mawar dan Kate
(https://www.youtube.com/user/aftalentaesb/videos)

Salam rindu ..

Penulis Blog.

Thursday, March 26, 2015

PERLIS FA 2015 ARAH TUJU



Salam kepada pembaca semua dan peminat liga tempatan.

Aku seorang peminat Perlis FA dari sekolah lagi. 
Kini walaupun dalam bermastautin di Selangor,
tetapi hati masih di Pasukan Perlis FA yang tercinta. 

Perlis FA kini di liga FAM. Aku tak terfikir dan tidak ambik peduli dengan Liga FAM ni. 
Sekarang sedar , kita jangan pandang ke langit sahaja tetapi di bawah bumi ini.

Liga FAM adalah liga ke tiga selain Liga Super dan Liga Perdana. 
Aku harap kan Peruabahan sekarang yang bertambah baik pasukan ini lebih mantap ke Liga Perdana dan Liga Super. 

(Jurilatih terkini Yusri Che Lah Lagenda Perlis)

Dengan adanya Hardi Jarfar dan Jurulatih lagenda Perlis Yusri Che Lah,
memberi semangat kepada pasukan tercinta iaitu Perlis dan tidak lupa pada 
Ultras Perlis yang bertungkus lumus bersorak untuk pasukan , walau jatuh dan naik. 

Pada tahun ini jugak Jersi Perlis FA lebih mantap dan menyerlah pada musim yang lalu. 
Ada tiga kits yang di persembahkan iaitu Kuning Home, Biru Away dan Merah Third kits. 






Harap Singa Utara dapat Mengaum di masa akan datang. InsyaAllah .

Salam dari Penulis Blog

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............