Followers

Monday, December 26, 2011

Bangla pun SokongTeam Bola SEPAK Malaysia

 
Salam kepada semua yg membaca.
Kebelakangan nie perkara aneh yang berlaku di Malaysia.

Orang asing berminat memakai baju bola sepak negara kita.
First, memang aku bangga.
Sebabnya, bukan orang kita sahaja yang memakai baju bola Malaysia di pasaraya sahaja,
tetapi di merata tempat.
Tak lari dengan orang asing,
seperti bangla, indon, nepal dan lain2,
mereka jugak memakai baju bola sepak kita..
Bangga siot.hehehe
DUlu yang aku nampak la,
diorang yang asing nie,
pakai baju Manchester, arsenal, dan lain2 kelab eropah,
sekarang baju jersi MALAYSIA.
WOW..hebat , sungguh awesome!!!
Tapi kecewa,
setengah orang Malaysia sendiri tak tahu baju kebangsaan bola sepak kita,
MALU LA ORANG CAM NIE,

(MAT SALEH pun PAKAI JERSI MALAYSIA, Yg lain?)

CUBA KITA TGOK MASA EPL dtg malaysia.(ENGLISH Premier LEAGUE),
CAM Chelsea, arsenal, dan Liverpool. 
Rakyat kita ada yang pakai Bju liga Inggeris.
Support la Team Malaysia..
Malu sgt ker?
(GAMBAR CONTOH BANGLA)

BANGLA pun x malu pakai.
Siap pakai di Shopping Mall lgi tuh..

Malu la aku, kalau orang malaysia x thu perkembangan sukan kita..

SIAPA lgi nak menyumbangkan sokongan,
kalau bukan kita sebagai rakyat.

SALAM DARI PENULIS BLOG.

Friday, December 23, 2011

AKHIR ADAPTASI NOVEL, BICARA HATI DI TELEVISION.

Salam kepada semua,
pernah kamu membaca novel,
mesti pernah la...
Kalau yang tak pernah,
try la sekali-sekala.
Layan jugak la...
Ada berita yang gempak la,
Novel yang aku baca masa aku sekolah menengah dah keluar.

"Bicara Hati".
Memang best giler..
Aku memang x minat novel nie,
tapi bile baca novel nie.
Pergh..
memang best..
novel nie bermakna sgt bgi aku..
ada kisah2 silam aku..
Korang try la layan novel nie..

Nie sinopsis yang ada pada novel nie..

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

 Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. 

Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. 

Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. 

Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. 

Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. 

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


SO nie pelakon2 die..
Bicara Hati drama bersiri 26 episod bakal menemui penonton di Astro Prima pada 3hb Jan 2012 ni, lakonan Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne.

Pelakon lain yang membintangi drama Bicara Hati ialah Marsha Londoh, Azizah Mahzan dan ramai lagi .
Nie PICTURE PELAKON2 tu yek..


SALAM DARI PENULIS BLOG

Thursday, December 22, 2011

INFO BOLA TEMPATAN


 Salam kepada semua,
Info bola sepak tempatan dan negara..
Tahniah pencapaian Harimau Muda,
persahabatan bersama kelab Australia di Australia.
 Ini amat membanggakan,
3 perlawanan persahabatan,
2 menang dan 1 kalah,
Bukan perlawanan yang senang dan hebat..
Jurilatih luar memuji kehebatan Harimau Muda kita...

Berbalik dengan liga M,
berita yang sedap didengar,
Pemain import boleh diguna balik di Liga M,
dan terbaru nya,

Pasukan Singapura bawah 23 masuk dalam Liga M jugak.
Ini misi amat baik, 
kerana ini boleh membaiki prestasi bolasepak kita kearah yang lebih baik.
Diharap Tahun depan,
Liga Malaysia dapat memberi impak yang baik di negara kita..
Selamat mencuba semua...

JADUAL PERSAHABATAN MALAYSIA
<KATA dan BIASAN UNTUK HARI INI>
"Ruang berbicara dan peluang, amat penting untuk berkembangkan negara,
Jika tidak memberi peluang untuk mengubah sesuatu yang baik,
Bodoh dan jatuh la negara itu..
Bodoh lah kita patuh kepada benda yang tak elok dan jelek"

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............