Followers

Wednesday, February 13, 2013

PANDANGAN MANUSIA


Salam kepada semua pembaca.
Persektif tentang pandangan manusia.

Kadang-kala manusia lebih pandang manusia secara luaran.
Kata-kata manusia, "don jugde by it cover".
Itu kata2 bohongan..

Manusia lebih lihat dari luaran , baru dalam seseorang tersebut.
Hensem, cantik, comel, cute, tampan ,
kurus , tegap , langsing, cumby, sedap mata memandang.
 Kalau manusia melihat luaran sahaja,
memang punah hidup mereka ini,
contoh nak ambil pekerja baru,
tak kan luaran sahaja diambil.
Kalau ambil luaran sahaja ,
mungkin tidak berkualiti pekerja itu.

Sebab itu Allah Swt memberi kita akal.
Untuk berfikir sama baik dan buruk.
Allah SWT tidak melihat seseorang itu dengan darjat, harta, bangsa , rupa , kekayaan, segalanya.
Tetapi Allah SWT memandang iman seseorang mukmin tersebut.


 Sebab itu mentaliti manusia di Malaysia perlu diubah.
Contoh salesman yang tunjuk kereta nya mewah, pakaian yang cantik,
tetapi hakikat nya peratusan menipu memang banyak..

Jadi kalau nak pandang seseorang,
jangan pandang pada luaran sahaja,
tetapi ilmu yang ada pada seseorang.

Selamat beramal.

Salam dari penulis blog.
^_^

Saturday, February 2, 2013

EGO JURULATIH BOLASEPAK MAS

Salam kpd semua pembaca.
 Sihat ke semua...


Kelayakan Asian cup 2015 hampir tiba.
6 Feb 2013 akan tiba kelayakan itu.
Malaysia menentang Qatar.
Mampukah Malaysia layak peringkat kumpulan.
Baru keputusan tadi persahabatan ,
Malaysia tumpas atas Iraq,
3-0.

Apa kelemahan sebenarnya.
Ego King Gopal.
Kenapa tidak mahu rombak sepenuh nya Pasukan kebangsaan.
Kenapa Piya dengan Nazmi Faiz tak nak diserapkan dalam pasukan?
Alasan King Gopal, Piya terlalu tua,
tidak kena cara permainan dia.

"pernah bermain di Eropah Nazmi Faiz"

"Piya menjadi pertengahan yang baik di Liga Super M"

Kenapa tidak mengambil Nazmi Faiz ?
Bukan kah bahagian tengah agak tumpul .
Nak dibandingkan Amar Rohidan dengan Piya dan Nazmi Faiz,
Jauh lebih hebat mereka berdua ini.

Kesal dengan ego dia ini.
Contoh yang aku suka ambil didalam pasukan England.
Lampard dan Gerrard.
Berumur tetapi dengan pengalaman yang ada , 
jurulatih yang ada pasti ambil orang yang berpotensi hebat didalam pasukan.

"prestasi hambar di AFF 2012"

Kenapa Amar Rohidan di ambil lagi?
Kenapa tindakan bodoh King Gopal sedemikian?
Aku pelik dan heran betul Raja ini.

Aku harap ada perubahan di masa terdekat ini.
 

Thursday, January 17, 2013

LISTEN, LISTEN, LISTEN


Salam kepada semua.
hangat lagi hangat.

Isu yang hangat di perkatakan buat masa sekarang. 
Hits video yang di upload di Youtube sekarang.
Sampai yang ada buat remix bagai...

Kalau nak tahu cerita penuh,
video nie dalam "Forum suara mahasiswa pt4".

Tajuk forum nie,
"seriingkah mahasiswa dengan politik".
Bagi aku pengacara majlis kena tidak beremosi dengan situasi sebegitu.
Kalau lah pendapat pelajar tersebut salah macam mana pun, betul ke ,
Ia hanya pendapat beliau,
dan jangan pulak pengacara majlis terus memintas cakap pelajar itu.
Nampak sangat pengacara itu biadap dan kurang sopan.


Satu lagi Pengacara majlis tidak memberi masa yang ditetapkan untuk pelajar itu bersuara.
Selalunya bagi lah 2 minit ke, 4 minit ke, 5 minit ke.

Banyak kesilapan dari pengacara itu sendiri.
Aku tidak berkenan bila dia malu kan pelajar tersebut.
Mungkin dalam dewan itu,
pelajar lain sokong tindakkan tersebut oleh pengacara itu.

Tetapi rakyat Malaysia tidak suka cara biadap dan kurang sopan terhadap pelajar tersebut.
Bila kita menjadi pengacara majlis ,
harus hormat pendapat dan cara nak menyelesaikan masalah dengan cara terhormat.

Salam dari penulis blog.

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............