Followers

Thursday, December 26, 2013

SAMBUTAN TAHUN BARU, BAGAIMANA?


Assalammualaikum kepada semua umat Islam,
dan Selamat menyambut tahun baru yang bakal jelang beberapa hari lagi.

Bagaimana mana kita menyambut tahun baru kita?
Adakah yang di tonjol kan didalam media itu sebenar nya sambutan yang perlu kita contohi?

Atau sebaliknya?

Bagi pandangan aku , apa yang dipamerkan didalam media elektronik sekarang adalah dusta dan tidak membawa manfaat ...

Berparti , meminum minuman  keras seperti arak, melalukan perkara zina adalah haram di sisi Islam.



Sebagai contoh perbelanjaan bunga api setiap tahun di Kuala Lumpur mencecah ratusan ribu. 
Kalau duit itu boleh dimanfaat kepada fakir miskin di Malaysia ini. Tidakkah kita merasa sesuatu yang aneh terhadap perkara ini , berulang tiap tahun di jalankan juga. 

Adakah kita tidak mahu berubah kepada perkara yang elok. Bukankah Allah SWT memberi kita akal untuk berfikir dengan waras dan rasional. 

Tanamkan azam baru bahawa kita perlu berubah kehadapan dan lebih elok pada pandangan Allah swt. 

Cuba manfaatkan sambutan tahun baru kita kearah program2 rohani yang ada di negara kita ini. 

Aku hanya menulis pada pandangan yang kecil sahaja. 
Selamat menyambut Tahun baru .

Salam Dari Penulis Blog .

#2013

Friday, October 18, 2013

PUISI

Salam semua.
Aku buat satu puisi atau nurkilan dalam hati aku.
Mungkin masa buat puisi nie dalam keadaan berbeza dengan sekarang.
Jadi harap korang dapat baca la.

Puisi ini hasil karya dan ilham aku sendiri.



HUJAN
Aku kesunyian, sepi , 
dikala hujan ini.
Menunggu ketibaan hentinya hujan.

Lalu ku terfikir, 
apa yang terjadi pada masa akan datang.

Adakah aku bersama puteriku pada masa akan datang, 

atau kesunyian seperti ini.

Menunggu mu agak keletihan dan menghadapinya penuh dengan cabaran.

Aku lelah , tetapi ia pasti berbaloi menunggumu.

Akan pada masa akan datang,
 ku lebih kuat menjalani perjalanan ini bersama mu.
Bersamamu akan tiba masanya.



"Nurkilan dari penulis blog"

Thursday, September 12, 2013

PESTA BOLA MERDEKA TAHUN INI


Salam kepada pembaca semua.
Baru ini Pesta Bola Merdeka di adakan kembali.
Sejak 2009 sampai 2012 tidak diadakan.
Sekarang diadakan kembali.
Kehangatan dan dinantikan peminat tanah air.
Piala ini amat bermakna bagi peminat tempatan dan banyak sejarah di dalam pertandingan ini.

Setelah Vietnam memegang gelaran juara pada tahun 2008.
Kita kehilangan memegang piala ini.
Dan akhirnya tahun 2013 ini adalah tahun keramat untuk menjadi juara kembali.
Pasukan negara telah melayakan diri ke final setelah menumpaskan Singapura, Myanmar, dan Thailand.


Format perlawanan tahun ini lain sedikit.
Juara kumpulan akan bertemu Naib juara kumpulan di final.
Malaysia akan berlawan Myanmar di final 14 September 2013 ini.
Rekod boleh dikata Malaysia akan memenangi pertandingan Pesta Bola Merdeka 2013 .
Kita doakan kepada Allah swt pasukan negara akan menang pertandingan ini.

Salam rindu daripada penulis blog. 
xoxo

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............