Followers

Monday, April 27, 2015

DEWI REMAJA 2015 LAHIR ARTIS IQ RENDAH


Salam Kepada semua pembaca.
Negara di kejutkan dengan kenyataan Dua orang peserta Dewi Remaja 2015 yang tidak tahu mengenai GST .Dua peserta iaitu Mawar dan Kate didalam rancangan Realiti yang ala-ala ratu cantik Malaysia ni di temu ramah dengan pengacara hiburan.

Bila di Tanya kan pasal GST, lagak pandai dan di jawab GST dapat membantu rakyat , dan di tanyakan lagi, bagaimana pelaksanaan beliau , Mawar dan Kate tidak dapat jawab. Yang Lucunya , di tanyakan Maksud GST , Kedua-dua peserta tidak tahu menjawab. 

Yang aku pelik, macam mana korang ni tahu GST ni memberi kebaikan pada rakyat dan membangun Negara, sedang maksud GST pun korang tak tahu. Gelak besar aku tengok video ni..Ni lah satu faktor yang orang menyokong secara membabi buta sedangkan tidak tahu apa yang dia sokong.
Macam orang cakap, ‘beauty without brain’ .Kecantikan hanya sampingan, tapi IQ itu di tangga teratas. Bila jenis yang tak ambil peduli pasal isu semasa , ni jadi nya. Yang tahu ikut trend , nak famous cepat, tu makan dia , bukan popular jadi dewi remaja tapi dewi GST. 

Sedih bila tengok segelintir rakyat kita masih tidak peduli dengan isu semasa.
Patut la, bila orang berdemo , cakap menyusahkan orang, kerajaan dah bagi segalanya, Malaysia dah aman..Hakikatnya, orang memperjuangkan hak rakyat, untuk kesenangan masa hadapan. Tapi boleh lihat kan , ni contoh yang jelas tentang kebodohan yang berlaku.

Harap dua orang ni, dapat belajar apa yang terjadi dan ambik pengajaran.
Pertama, ambil tahu la isu semasa. Dua, kalau kita tidak tahu, mengaku sajalah kita tidak tahu, jangan hentam kromo saja…

Link interview Mawar dan Kate
(https://www.youtube.com/user/aftalentaesb/videos)

Salam rindu ..

Penulis Blog.

Thursday, March 26, 2015

PERLIS FA 2015 ARAH TUJU



Salam kepada pembaca semua dan peminat liga tempatan.

Aku seorang peminat Perlis FA dari sekolah lagi. 
Kini walaupun dalam bermastautin di Selangor,
tetapi hati masih di Pasukan Perlis FA yang tercinta. 

Perlis FA kini di liga FAM. Aku tak terfikir dan tidak ambik peduli dengan Liga FAM ni. 
Sekarang sedar , kita jangan pandang ke langit sahaja tetapi di bawah bumi ini.

Liga FAM adalah liga ke tiga selain Liga Super dan Liga Perdana. 
Aku harap kan Peruabahan sekarang yang bertambah baik pasukan ini lebih mantap ke Liga Perdana dan Liga Super. 

(Jurilatih terkini Yusri Che Lah Lagenda Perlis)

Dengan adanya Hardi Jarfar dan Jurulatih lagenda Perlis Yusri Che Lah,
memberi semangat kepada pasukan tercinta iaitu Perlis dan tidak lupa pada 
Ultras Perlis yang bertungkus lumus bersorak untuk pasukan , walau jatuh dan naik. 

Pada tahun ini jugak Jersi Perlis FA lebih mantap dan menyerlah pada musim yang lalu. 
Ada tiga kits yang di persembahkan iaitu Kuning Home, Biru Away dan Merah Third kits. 






Harap Singa Utara dapat Mengaum di masa akan datang. InsyaAllah .

Salam dari Penulis Blog

Monday, February 9, 2015

Tip-tip Temu Duga Sektor Kerajaan

Salam Kepada pembaca sekalian . 

Hari ini hari yang amat seronok buat rakyat Malaysia.  
Pertamanya tahniah kepada skuad Malaysia telah memenangi Piala Emas Bangabandhu 2015 kali kedua. 

Dan Keduanya Pasukan Malaysia sepak Takraw telah menumpaskan Thailand seteru yang lama dalam Istaf super series.

Kita pergi ke tajuk utama kita , apa yang perlu ada dalam temu duga kerajaan. 

1. Pengetahuan tentang sektor yang kita di temu duga. Contoh jawatan guru, kita perlu mengetahui pertubuhan kementrian pendidikan, mengenai jabatan pendidikan , dasar-dasar pendidikan .


2. Persedian diri sendiri dalaman dan luaran. Ambil masa , baca apa yang hendak di ketahui , praktiskan isi2 nak di hujahkan ( kalau boleh sorang2 dulu baru dengan org yg kita nak praktiskan.)


3. Pemakaian. Ini apa yang saya tahu , khursus nya pada lelaki, wajib kemeja lengan panjang . Ini memang wajib. Blazer atau kot untuk lebih lagi, sebab nampak lagi kita keyakinan. 

Selamat menduduki temu duga, Rezeki Allah sentiasa ada dimana-mana. Berdoa kepada Nya itu yang penting sekali .

Salam Rindu dari Penulis Blog. 


...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............