Followers

Sunday, January 1, 2012

Berlalu tahun 2011, bermula 2012.


Salam kepada Semua,
sama ada kamu ini blogger ataupun pembaca.
Terima kasih kepada semua sebab kunjungi blog aku.
Selama tahun 2011,
apa pencapaian yang kita lalukan.
Dari Januari 2011 sampai lah Desember 2011.
Apa pencapaian yg sudah kita dapat?

Bagi aku, Tahun 2011,
adalah tahun yang aku kenal erti kehidupan, keseronokan, dan iktibar.

Sepanjang tahun 2011,
aku telah melakukan detik sejarah dalam hidup aku.



Pertamanya,
dapat menghabiskan pengajian aku di KPM,
dapat lah segulung diploma.

Keduanya,
Aku dapat kerja di Syarikat besar Bumiputera.
Memang realiti kerja kat sana,
walaupun sekejap,
tetapi berpengalaman.

Ketiga,
Aku kerja sebagai promoter paksons,
bahagian Pakaian diesel.
Best jugak, dapat member, 
dapat tahu cerewetnya pelanggan,
dapat buat report.
Baru aku rasa yg kerja promoter,
bukan senang.
Susah, uji kesabaran.



Keempat,
aku kerja sale man di TASIMA.
Adus, memang susah.
kena buat sales.
Tiap2 hari aku terpikir camne nak tarik customer beli produk aku.

Kelima,
Yg best aku ngan member aku menang pertandingan bowling,
dapat no 3.
Bangga,best, terharu.
Cam x percaya dapat no 3.
Keenam,
Aku bangga lah Team bolasepak Malaysia menang sukan sea 2011.
Bangga sgt sebagai rakyat.
SEbanyak 4 tahun berturut2 kita menang pinggat emas di sukan sea.

KEtujuh,
Sedih sebab Malaysia kalah pusingan piala dunia dengan singapura.
Sedih sgt, smpai kecewa cam kena tinggal dengan awek..

Kelapan,
Dapat tengok bunga api di KLCC malam tahun baru.
Oke la,
best jugak.



Kesembilan, 
pertama kali dapat pergi negeri pantai timur,
best sgt.
PErgi sana, tgok mmber aku kawen.
Best la kelantan.
BAndar yg best. Orang yg baek2.

KEsepuluh,
Raya pertama,
selepas beraya dengan familiy,
aku shoot, pergi dengan kawan aku pergi terengganu.
Giler la,
tak pernah dibuat orang.
Pergi beraya kampung orang.
BEst la, famili kwn aku tu baek orang nya.
Makanan sedap giler,
tak tahan.

Semua ini kenangan aku,
Mungkin di atas sebahagian dari memori indah dan pahit. 
Ada yg pahit dan manis.
Semoga tahun 2012 dapat memberi pengajaran dan perubahan yg baik terhadap kita semua.


SALAM DARI PENULIS BLOG.

KATA-KATA HIKMAT,
"Jika kita tak dapat apa yang kita mahukan atau matlamat tidak tercapai,
jgn sesekali menyalahi orang lain atau menuding jari kepada orang di sekeliling kita,
kerana ia akan terlihat lah kebodohan dan keegoan kita,
Lebih baik cari dan selami masalah kita, dan cuba berbaiki masalah kita itu."

1 comment:

  1. eh saya orang kelantan. terima kasih sebab puji negeri saya. hahaha selamat tahun baru ye :D

    ReplyDelete

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............