Followers

Tuesday, November 18, 2014

One Community WorldWide Benar atau tidak Part 2


Salam kepada pembaca blog in semua.
Apa khabar semua?

Sebelum masuk cerita kisah benar ni .
Maaf sangat tak update enteri Kisah OCW atau one community worldwide katakan.

Kisah ni akan masuk hari kedua dan ketiga aku berada dengan org2 OCW yang membohongi aku.
Pagi selepas lewat balik rumah.

Ada perempuan yg OCW ambik no aku semalam, 
Aku mati2 ingat baik ngan aku.
Pagi tu bangun pagi, dia whatapp message aku kt phone,
tanya aku,ok ke x ? 
Rasa macam mana, aku pun cakap okay je.. 
Dia guna kaedah psychology aku, caring la sgt.
Padahal caring duit aku... 
Arip pun message aku,
petang ni dia ambik aku kt rumah.



Orang lain plak datang ,
aku x kenal pon, pempuan dari Uitm kot...
Kami solat magrib kt RnR Latar. 
Pastu pegi menara the WELD. 

Buat treatment lagi, guna Elife ...
Banyak lah kawan2 dia tegur aku kt dalam bilik treatment ELife tu.
Sembang baik2 , tanya benda yang sama ,
dah bayar Voucer ke, belum... 

Dah abis, buat lagi sesi soal jawab ,
tanya apa perubahan ... 
Kat group yang baru.. 



Selepas tu pegi hartamas , 
OCW tu kt Hartamas ni Sebelah Balai Polis Hartamas. 
Ramai sgt pengaruh aku yg sedang keliru,
masa on the way dalam perjalanan dari KL ,
ada lagi dua orang asyik suruh byr habis voucher 250 tu.

Aku nie yg bangang ni pegi bayar terus bila smpai kt hartamas tu...
Muka si Arif tu sronok, 
aku tanya dia , bila nak dapat voucher tu...
dia kata dalam prosess... 

Lepak je mamak,
aku tanya pasal OC ni...
si Ariff kata open case...
Aku x brapa paham... 
Aku tanya lagi, bleh ke aku bawak kwn2 aku guna voucher tu...
dia cakap x leh.. 
Aku pelik lagi asal x bleh,
dia kata voucher aku utk individu.. 
Aku pelik2... 

Dia soh aku tanya pasal OC, 
kat kawan2 dia ni... 
banyak la, ada yang tanya aku ,
kenapa nak OC, 
apa Y aku??
Y???
Y apa lak ni...
Why ??? oOoO,,,
Asal x cakap SEBAB aku nak join... 
Ni satu buat orang keliru... 
2 Orang lagi yang konon nya x bagi aku masuk.. 
Y aku x cukup kuat... 

Aku layan je la game diorang ni... 
Sampai kemana... 
Aku dah terasa macam rimas , mula rasa macam tertekan... 

Hari Ketiga... .
Aku bangun la pagi... 
Terasa macam nak tahu apa tu OCW... 
Bukak je la , kt google tu... 
Check banyak giler kisah yang sama macam aku.... 

Pening kepala aku... 
tejerat dalam MLM... 
Tapi yang pelik dari hari pertama lagi...
Masa diorang buat talk kt menara WELD..

Asyik2 cakap kami bukan MLM... 

Mula aku panik... damn... 

Aku call member aku yg pernah masuk MLM dan jadi orang atas..
Cerita2 punya cerita... 
Memang OCW ni memang MLM... 

Sebelum tu Malam kedua tu, Si Arif ni cakap kena Open Cases , 
dan kena interview, 
So aku pakai baju kemeja.. 

Aku dah serabut... 
Aku setuju je la nak interview ,
dia ambik aku sebelum solat jumaat.. 
Sanggup dia datang ambik aku naik motor... 

Nasib la kereta aku rosak masuk bengkel... 


Aku follow game dia Nie... 

Selepas solat, makan tgh hari... 
lepak tunggu konon ada orang penting , padahal Owner kt Hartamas yg aku jumpa hari first tu... 
AKu letak nama dia MR X.. sebab aku x ingat nama dia.... 

Dalam menunggu tu, dalam tiga orang dtg jumpa aku dengan ARif sekali..
ada yang buat suruh kalau aku betul2 minat kena letak semua duit aku dalam bank kt atas meja... 

FU la kau... 

Di pendek kan cerita Datang la MR X...
Aku kena berdiri, salam, pastu borak2 ... 
Dia tanya aku, 
sebab apa aku mau join dia ni... 

Aku pon main hentam la... 


Lps je tu, MR X ni cakap aku x layak,
aku ni pemakaian , cara cakap , memang x layak...
Tapi Sebab si Ariff ni , dia percaya Arif, 
Ariff percaya aku...
Aku boleh masuk business ni atas sebab si ARif katakan...

Bull Shitttt

Tgok trick dia...
Konon nya aku patut beruntung... 

Mr X terang pasal OCW ... 
ADa benda yang aku dapat jawab... 
Dia pelik,.... sebab apa aku dapat jawab ...
sebab aku masuk kolej la SETAN.... 

Dalam MR X terang tu..
teringat aku Next stage aku RM 3400... 
Aku perhati je... 

Aku harap salah lah dalam blog tu... 

Habis MR X terang ...
dia tanya aku,
Business OCW ni nak bukak modal kena berapa,
aku cakap RM5000

dia cakap RM 5000 tu stall burger bleh la... 

Aku tercakap RM 20 000..

MR X cakap dia nak 3 hari aku cari dan bagi kat dia... 
Si Ariff tu angguk2 je..
Konon nya setuju apa MR X... 
Siap gelak2 ... Cam nak bagi penumbuk je... 

Aku cakap x boleh..
MR X cakap kalau x boleh , blah dari sini...

AKu dah malu..
aku cakap bleh.. 
MR X tanya , macam mana nak dapat duit tu...
Aku cakap pinjam kawan2... 

MR X ckp dia pegang kata2 aku... 

PAstu aku diam... 

Mr X cakap,
dia kesian kat aku, 
DIA cakap xpe lah..
DIA PADAM dalam kertas RM 20 000..
Dan dia tulis RM 3400...

SEBIJIK dalam blog tu....
Damn... 

MR X cakap cara macam mana aku leh dapat...
Pinjam kAWAN2.... 

dah settle jumpa MR X... 
Dia blah dan salam dgn aku.. 

NI ARIF
No TEL :0173524985


Aku tanya ariff...
mcm mana aku nak dapat duit tu...
Dia cakap ada cara...

Kebtulan kakak aku nak kunci rumah..
Aku dengan cepat nya,
menyuruh Ariff hantar aku balik..
sebab urgent... 
Dia hantar aku balik,... 

Jumpa dengan kwn2 aku lain... 
Bincang hal ni..
Semua cakap OCW ni MLM.
ROSAKKAN ANAK MELAYU... 

MALAM tu dia misscall aku dalam 20 KALI.
Message aku cakap kena fight...
Suruh aku tipu kawan2 untuk pinjam RM 3400... 
ESOK lagi datang Umah aku , Call aku... 
Nasib baik kakak aku ada kat umah...
Tanya kakak aku kt diorang yang datang, 
Kenapa nak jumpa, Si ariff tu ada kursus business...
AKu x angkat.. 
Aku kira Dekat 30 misscall , 
ada kawan2 si Ariff ni call tnya asal x angkat, tanya khabar... 

Bukan Caring kat aku diorang ni ...
Caring duit aku... 

Aku Whatapps message budak Ariff ni..
Aku x dapat nak buat business ni..
Aku Message elok2 ... 
 Aku mintak voucher 250 ringgit ni.
Dia cakap aku kena pegi hartamas..

Ariff ni nak jerat aku masuk dalam mulut buaya lagi.
Aku cakap x nak pegi...
Aku x nak terlibat dgn dia...

Dia ckp minggu dpn dia bagi kt aku..
Tunggu sminggu... 
Pastu aku message dia... 
Dia cakap x boleh.. 
AKu kena ikut dia...

Aku cakap aku nak duit 250 ringgit,
aku x pakai voucher tu lagi...
x rugi Dia lagi...
Dia cakap x leh, jangan buat mcm ni..
Dia dah korban banyak kat aku...
Ariff ni cakap dia nak tolong FAMILY aku..

Wat The Hell... 

Nak tolong Lingkup ada la... 

Dia cakap dlm Whatapps ni ,
Dia x batak duit aku..

Aku tulis kt message... 
KALAU NAK TENGOK BATAK KE, ATAU X BATAK,
PULANG DUIT AKU RM 250..

Pastu Si ARIFF ni tukar topik ,
kenapa aku x nak ambik voucher tu...

Aku ada cakap AKU TAK AKAN HALAL PERCENTAGE duit aku YG DI ARIFF ni ambik.
 Aku ada cakap nak jumpa ibubapa dia...

SI arif ni cakap di persilakan...

Pastu dia senyap sampai hari ni.... 

NI lah Melayu yang rosak kan Melayu tu,,,

Kesimpulan nya.. OCW adalah MLM...
Percaya lah...

KALAU lah aku bayar RM 3400..
NEXT STAGE RM 25 000 + RM 3 400  

GILER KAU... 
TERPULANG SIAPA nak percaya... .

Wasalam. 

SALAM rindu dari PENULIS BLOG.

 

Saturday, October 18, 2014

One Community WorldWide Benar atau tidak Part 1

Salam kepada semua pembaca.

One Community WorldWide. Atau singkatan OCW, satu bencana yang bakal aku hadapi dan kenangan pahit .

Pada suatu hari, aku solat berjemaah kat Masjid aku  ni.
Ternampak satu budak sekolah, junior aku kt sekolah menengah.
Dia tegur aku , tanya khabar , kerja ke tak..
Kebetulan baru habis praktikal ..

Selepas solat berjemaah Isyak di masjid aku.
Dia mintak no telepon aku, nak roger2 lepak.
Lepas beberapa hari dia ajak lepak. Aku cakap aku busy .. Aku ada hal masa tu.

Nak di jadikan cerita, satu hari, aku ni nak bank in duit.
Tapi kereta aku rosak masuk bengkel. Mintak tolong member lain , semua busy.
Teringat Budak ni, nama dia Arif.
Aku mintak tolong dia , nak bank in duit.
Sambil tu ajak lepak. Dia kata okay. Dan suruh aku siap awal.
Aku pun pelik, tapi layan je la... Sebab member lama x jumpa.. Main bola sepak sekali dulu.

Tetiba je, dia cakap nak ambik orang , betul depan surau dekat rumah aku.
Aku lagi pelik. Dia cakap nak belanja aku spa dengan member dia.
Dia pon cakap member dia ni mewah , ada spa sendiri, kt hartamas.

Counter Hadapan OCW di Menara Weld

Aku bajet2 spa massage tu..
Lama badan lenguh2 ni, sengal2 badan.
Tuk tuk tuk pegi KL.
Kt Menara Weld . First time aku datang sini.
Aku dan ada lagi 3 orang termasuk si Arif tu masuk
Aku tak kenal dak lain .Dia ada la sembang2 dalam kereta tu ,
borak mersa .. Aku sumpah percaya kawan.

 Ni bilik spa tu, mcam deksop tu Elife

Ni ruang sesi feedback.

Mana lah ko bleh expect org kampung kau ni bleh kencing kau, Bohong kau.

Ni M. Arif, tinggal kat tasik puteri. Yang berjaya menipu aku.

Aku dan 2 orang lagi masuk. dan Duduk dalam bilik yg agak besar muat dalam 40 orang.
Sebelum masuk, aku kena isi form. Konon Nya aku di belanja RM 50 oleh Arif tu.
Dan masuk dalam bilik tu,
ramai orang.. Terkejut gak aku , cakap spa.. tiba je duduk atas kerusi.
Konon nya spa Elektrik.

Mula lah ada minah gemuk ni masuk ,
cakap mcm motivasi punya kursus. Dan bagi talk pasal Elife.
Product agak bagus elife , memang bagus untuk kesihatan .
Aku x da masalah pasal elife.

Aku agak ralat pasal Si Arif.
Penipu memang cara yang bijak.
Lepas ja treatment tu,
ada sidang sesi feedback.
Aku tgok semua nya muda. Agak aku bawah 23 kebawah kebanyakan.

Semua fasi disitu agak ceria , macam tertelan pil kuda atau pil extercy .
Sorang2 di tanya feedback , macam doctor.
Tapi tak.. semua ikut skrip, atau di ajar sebegitu.
Mc tu bertanya pasal nama , umur, datang dengan siapa, rasa apa.
MC suruh kita buat treatment 2 atau3 kali.

Setelah pegi ke Menara Weld ,
pegi hartaMas.
Check darah ko..
Tengok penyakit. ...

Kat sini aku rasa nak balik, agak lewat..
Tapi si arif cakap chill lepak dulu..
Aku follow je flow diorang.
Bila aku tanya pasal produk elife,
Aku tanya mcm mana nak beli...

Si Arif cakap, ada cara , nnti aku cakap.
Aku pelik asal susah sangat nak cakap.

Lepak mamak, di hartamas.
Semua yg terlibat pakai kemeja kemas, mcm bdk opis.
Yg pempuan baju kurung, yg formal pun ada.
Semua kelihatan baik2, cam Imam muda dan ustazah pilihan.
Tak ada muka jahat , gangster, rempit , bohsia.
Lepak mamak , si Arif sembang la pasal produk.
cakap umur 21 matang dan boleh berfikir.
Sesuai dalam bidang ni,
Dia citer bdk pempuan tu ada duit dalam 5 angka..
Dengar kejayaan semua yg dalam OCW.
Cakap nak bantu family.

Dah pegi check darah aku pun rasa berminat.
Pasal kesihatan siapa x minat.
Pikir mak ayah aku jugak.
Product elife bantu diorang ngan aku skali.
Tanpa fikir panjang aku pun beli dengan pengaruh ada budak sabah tu..
di keliling aku..
aku menghulurkan duit aku dalam RM 100.
Jumpa la owner OCW kt HartaMas, kt mamak Pelita HartaMas.
Dia siap hina orang yg kerja kerajaan.
Kalau kerja separuh mati pon , ko x akan dapat duit yg mewah.
 Aku tgok mamat tu agak poyo.
aku diam je la.. tempat dia kan..
KLu hebat pon, jgn hina org sektor kerajaan dan swasta.

Balik dalam kul 2lebih pagi.

Nantikan part 2 .

Salam dari penulis blog.

Monday, October 13, 2014

WWE LIVE 2014 KUALA LUMPUR DAN KEPUTUSAN.



Salam kepada semua pembaca .
Wwe melawat datang ke Malaysia.
Dengan setelah 12 tahun tidak datang di Malaysia.
Peminat Malaysia yang dahagakan wwe datang di Malaysia akhirnya tercapai.


Promosi telah di adakan di Paradigm Mall.
Dan The Mizz telah mempromosikan WWE live yang akan datang 10 dan 11 Oktober 2014.
Serta The Mizz telah berlakon bersama Oh My English slot yang hebat.

Aku telah beli tiket bersama kawan aku. Harga tiket dalam RM 128. Tiket yang paling murah boleh dapat.

Aku beli tiket dalam tarikh 11-10-14 jatuh hari Sabtu. Beli tiket tu dalam hari tu jugak.
Setelah dapat tiket. Tunggu punya tunggu dalam, 5.40 petang baru boleh masuk dalam stadium tertutup putra Bukit Jalil.

Teringat kenangan di Stadium utama , kenangan AFF 2012 Malaysia menentang Indonesia , kesudahan Malaysia menang 2-0 .


Perlawanan pembukaan WWE live John Cena Vs Briat Wyat , John Cena agak epic.. Terbaik tengok John Cena secara live, walaupun aku minat CM Punk. John Cena Menang.




Pastu Fatal 4 Way , Sincara Vs Bolieve Vs sami zayn Vs adrian neville .
Ni pon boleh la, Pertahankan kejuaraan NXT champion. Adrian Neville menang.




Tag team Los Matadores menang lawan Slater Gator.  Big menang dengan The Mizz, walaupun aku kecewa dengan keputusan. AJ Lee mempertahankan Diva Champion dan tumpaskan Paige. Kofi Kingston dan Big E kalahkan Luke Harper dan Erick Rowan. Sheamus kalahkan Seth Rollins dalam main event untuk United States Championship .

Secara keseluruhan persembahan , aku bagi 4 daripada 5 Bintang.

Harap datang lagi lah WWE ke Malaysia.

Salam Rindu Dari Penulis Blog.

*sumber dari http://stonepix.blogspot.com/

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............