Salam Kepada pembaca blog.
Selamat Menyambut bulan yang mulia ini bulan Ramadhan Al-Mubarak .
Selalu aku ni miss nak update blog .
Padahal sekarang aku banyak luang masa di rumah dan sambil buat business online.
Isu yang di gemparkan dalam Malaysia di laman Youtube ,
Isu perempuan ni namanya kiki yang egois dan belagak samseng dengan uncle berbangsa cina dan
Kiki telah menunjukan sikap road bully kpd Uncle tersebut.
Normal nya kita akan marah jika kereta kita dilanggar dari belakang. Memang salah uncle itu,
tapi di panjangkan cerita dengan aksi lagak samseng dan berbaur racist percakapan perempuan tersebut.
Jika aku di situasi tersebut, aku berlapang dada dan pergi ke balai ataupun aku akan mintak ganti rugi. Tapi perempuan egois ni tak, belagak gangter pada warga emas tersebut . Perspektif padangan aku ni, ko satu perempuan yang ego , sombong dan bongkak. Kau tak ada adab punya manusia.
Memang Uncle tu dah maafkan ko , dalam temubual bersama tv3 dan astro awani. dan ko pulak mintak maaf. Serius aku x percaya kata2 palsu ko tu. Cuba bayangkan kalau tiada laman sosial , blog ke, rasa2 ko nak mintak maaf tak? 1% pun aku x percaya. Dah ko kena cemuh di laman sosial , baru nak gelabah beruk.
Aku malu dengan sikap seorang muslim macam ni , perangai tak nampak macam ko ni seorang muslim. Serius aku dah malu, dengan Uncle yang non muslim ni selamba maaf kan ko, walaupun terang ko salah. Fikir la mana adab kita seorang muslim . Kita ni dalam bulan mulia bulan Ramadhan rosak dengan sikap kau. Ubah Ubah Ubah Ubah sikap kau kiki . Meluat aku.
Aku tulis ni dari sudut perspektif padangan aku. Mungkin aku salah. Aku mintak maaf ye .
*dah lama tak emosi.
Link Youtube kes tersebut :
http://www.youtube.com/watch?v=KzBndsno7bM
Salam dari Penulis blog.
#prayforpalestine
#prayforsyria
#4rabia
Followers
Thursday, July 17, 2014
Tuesday, June 24, 2014
Sesuai kah Langkawi Tempat Percutian TerBaik ?
Salam kepada sahabat blog sekalian .
Selepas abis praktikal aku ni.
Aku dan sahabat aku bercadang bercuti ke Pulau Langkawi .
Aku pun booking hotel yang ada dalam Internet.
Google punya google.
Dapat la satu hotel ni,
Cenang inn Valley dekat dengan pantai Cenang .
Dalam 4 orang 120 ringgit satu malam.
Lepas booking, malam tu gerak perjalanan kami dari Selangor.
Setelah berjam2 di dalam kereta,
kami sampai dalam pagi di Jeti Kuala Perlis.
Memang di sini banyak ulat2 yang mencadangkan kami hotel dan pelbagai package .
Tiket ferry di sini dari Kuala Perlis ke Langkawi RM 18.00 .
Selepas sahaja sampai ke Jeti saya dan sahabat menyewa motor.
Pada pandangan saya ada baik dan buruk menyewa motor.
Positif nya senang kemana2 tanpa ada sesak dalam jalan raya, boleh menyelik sana sini.
Negative nya lebih badan dan sakit belakang.
Hari pertama kami naik cable car.
Ada perbaruan dari segi infrastruktur.
Tak silap RM 10 @ RM 15 kurang pasti sebab tak ingat.
Sebelum tu kami melawat kedai gamat langkawi .
Gamat di sana murah2 belaka.
Selepas tu kami makan di tepi pantai , makan ayam golek madu.
Memang terbaik !!!!
Hari kedua kami pergi shopping mall dekat kawasan pantai Cenang ni.
Selepas tu Malam kami melawat Dataran Helang.
Sungguh menakjubkan dengan ketinggian Helang tersebut .
Kadang kala seram dengan saiz helang tersebut .
Last day sebelum pulang kami pergi Haji Ismail Berhad komplek.
Memang besar, coklat di sana murah2 berbanding di luar.
Serius memang antara termurah , banyak pilihan ,
selain coklat , ada kain pelekat , kain batik, pinggan mangkuk, beg travel dan sebagai nya.
Memang santai pergi dengan sahabat ramai2.
Siapa yang tak pernah pergi,
segeralah pergi ...
Memang terbaik , destinasi melancong untuk Tahun ini.
Salam rindu dari Penulis Blog.
Wednesday, April 30, 2014
APA ITU LIGA BOLASEPAK TEMPATAN BAGI ........
Salam Kepada semua pembaca.
Praktikal aku tinggal seminggu beberapa hari.
Report 97 peratus lagi.
Aku mengenali bolasepak Malaysia ini sejak aku sekolah rendah.
Memang satu keluarga aku menyukai liga tempatan .
Bapa aku ini kerja nya merantau, dan salah satu negeri aku tinggal adalah Perlis.
Aku sekolah disana dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.
Memang kalau hakikatnya aku menyokong pasukan Perlis walaupun berpindah balik ke Selangor.
Berbelah bahagi, tetapi aku tetap menyokong Perlis peratusan yang kuat,
bukan aku lupa daratan , macam pepatah melayu di Mana Bumi di pijak , di situ langit dijunjung.
Bukan apa , aku kenali liga tempatan ini melalu perlis. Pasukan yang menjadi pujaan di waktu kecil.
Aku ingat lagi semasa liga super malaysia , semasa itu Perlis menentang Johor FC.
Semi Final di Pasir Gudang. Tiada siaran langsung di TV, tetapi dengan tekad aku dengar di Perlis.FM.
Memang itu kenangan aku bersama-sama Perlis FA mengajar aku erti bolasepak tempatan.
Memang aku sokong juga Selangor , sebab rumah aku sekarang di bumi Selangor.
Tidak salah menyokong pasukan liga tempatan kita , jangan lah kita mengagungkan Liga lain .
Sebab kita adalah tulang utama kepada liga kita sendiri.
Info kepada yang tidak tahu kejayaan Perlis FA di bolasepak tempatan.
Juara Piala Malaysia 2 Kali.
Juara Liga super Malaysia 1 kali
Juara Liga Perdana 1 kali
Piala Sumbangsih 1 kali.
Jenama jersi Perlis FA 2014 ialah Xtep
Perlis FA 2014 Home
Perlis FA 2014 Away
Sumber dari Facebook : Dunia Sukan
Untuk sekadar informasi semua.
Salam dari penulis blog.
Subscribe to:
Comments (Atom)












