Followers

Wednesday, December 14, 2011

Amalkan 15 Minit Sehari

Salam kepada semua...

Setiap hari kesibukan sentiasa mengejar diri kita. 
Terlalu banyak kesibukan yang mengejar masa untuk kita beribadah. 
Kekadang kita menyedari masa ibadah kita semakin berkurangan tetapi kita masih menunggu peluang untuk masa yang sesuai, barulah kita ingin melaksanakan tuntutan ibadah kita. 

Terutama dalam membaca Al-Quran, ramai di antara kita meletakkan pandangan membaca Al-Quran memerlukan masa yang panjang.
Kononnya masa yang singkat dan terkejar-kejar, tidak ada penghayatan.
Tapi sebenarnya banyak masa kita terbuang begitu sahaja kerana tanggapan yang sebegini.
Sebenarnya hanya 15 minit sehari sudah memadai membaca Al-Quran untuk anda yang sibuk dengan kerja. Tahukah anda dalam masa 15 minit ini, pada tahap pembacaan orang biasa anda telah pun membaca dalam lingkungan 2-3 muka surat daripada mushaf Al-Quran.
 Bayangkan jika 15 minit ini anda amalkan dalam masa seminggu, bererti anda telah pun menghabiskan 14-21 muka surat daripada Al-Quran. 
Jika dalam masa 15 minit ini juga anda rasakan terlalu lama bagi anda, ambillah 5 minit setiap kali selepas solat untuk baca Quran. 
Insya Allah kita sama-sama amalkan tip ibadah ini dalam kehidupan kita bersama.
SALAM DARI PENULIS BLOG

No comments:

Post a Comment

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............