Followers

Thursday, December 22, 2011

INFO BOLA TEMPATAN


 Salam kepada semua,
Info bola sepak tempatan dan negara..
Tahniah pencapaian Harimau Muda,
persahabatan bersama kelab Australia di Australia.
 Ini amat membanggakan,
3 perlawanan persahabatan,
2 menang dan 1 kalah,
Bukan perlawanan yang senang dan hebat..
Jurilatih luar memuji kehebatan Harimau Muda kita...

Berbalik dengan liga M,
berita yang sedap didengar,
Pemain import boleh diguna balik di Liga M,
dan terbaru nya,

Pasukan Singapura bawah 23 masuk dalam Liga M jugak.
Ini misi amat baik, 
kerana ini boleh membaiki prestasi bolasepak kita kearah yang lebih baik.
Diharap Tahun depan,
Liga Malaysia dapat memberi impak yang baik di negara kita..
Selamat mencuba semua...

JADUAL PERSAHABATAN MALAYSIA
<KATA dan BIASAN UNTUK HARI INI>
"Ruang berbicara dan peluang, amat penting untuk berkembangkan negara,
Jika tidak memberi peluang untuk mengubah sesuatu yang baik,
Bodoh dan jatuh la negara itu..
Bodoh lah kita patuh kepada benda yang tak elok dan jelek"

Monday, December 19, 2011

FILEM-FILEM YG TERBURUK PERNAH DI LIHAT...


Salam kepada semua,
Apa khabar semua,
Diharap sihat ye...

Filem yang terburuk dan merugikan kalau pergi pawagam...

 Pertama,
"Toyol (2011)"...

Nampak gempak giler la trailer filem nie,
tapi memang cam sampah la...
Rugi giler tengok citer cam nie...
 Membazir duit,
tak leh blah....
Buang masa, leh kemas-kemas rumah,
Tengok filem nie, leh tertido...
Aku kesian dowh citer nie,
aku x rasa nak gelak...
sumpah, aku mencari-cari gak kat mne part nk gelak,
takde..

Kedua,
"Aku bukan tomboy(2011)",

Kesian kt filem nie,
pelakon best2,
citer cam nak masuk jamban,
haha...
Aku rasa la memang x leh blah langsung citer nie...
Penkid bajet cam gangter, 
Aku nak pukul jer penkid dalam citer nie...
Rugi duit dowh..
seerrrrrriiiiuuuuuuusssssss..

KEtiga,
"Datin Ghairah"(2011)
WTF la filem nie,
Aku tak paham kenapa ada lagi filem cam nie,
Dari tajuk , sampai ke filem,
Nak adakan unsur seks,
Please la...
Bodoh la kalau ada orang tgok filem nie...

Ke-empat,
"abu-ya(2011)",

Aku tengok la trend filem nie dah cam barat, 
memang betul abuya sesat...
Tapi kenapa orang pakai serban jahat, kuat nafsu,
Nie dah ada konpirasi yahudi dalam filem nie,
KENAPA TAK BUAT CITER PASAL AYAH PINN..
KENAPA???
TAKUT ada orang atas adalah salah sorang pengikut AYAH PINN..
BODOH , dengan aksi tah pape..
Tak leh blah...

Cuma aku nak cakap,
ini pendapat aku,
terserah kepada korang,
tengok filem nie,
apa pandangan korang..
Renungkan...

SALAM DARI PENULIS BLOG... 

Wednesday, December 14, 2011

Amalkan 15 Minit Sehari

Salam kepada semua...

Setiap hari kesibukan sentiasa mengejar diri kita. 
Terlalu banyak kesibukan yang mengejar masa untuk kita beribadah. 
Kekadang kita menyedari masa ibadah kita semakin berkurangan tetapi kita masih menunggu peluang untuk masa yang sesuai, barulah kita ingin melaksanakan tuntutan ibadah kita. 

Terutama dalam membaca Al-Quran, ramai di antara kita meletakkan pandangan membaca Al-Quran memerlukan masa yang panjang.
Kononnya masa yang singkat dan terkejar-kejar, tidak ada penghayatan.
Tapi sebenarnya banyak masa kita terbuang begitu sahaja kerana tanggapan yang sebegini.
Sebenarnya hanya 15 minit sehari sudah memadai membaca Al-Quran untuk anda yang sibuk dengan kerja. Tahukah anda dalam masa 15 minit ini, pada tahap pembacaan orang biasa anda telah pun membaca dalam lingkungan 2-3 muka surat daripada mushaf Al-Quran.
 Bayangkan jika 15 minit ini anda amalkan dalam masa seminggu, bererti anda telah pun menghabiskan 14-21 muka surat daripada Al-Quran. 
Jika dalam masa 15 minit ini juga anda rasakan terlalu lama bagi anda, ambillah 5 minit setiap kali selepas solat untuk baca Quran. 
Insya Allah kita sama-sama amalkan tip ibadah ini dalam kehidupan kita bersama.
SALAM DARI PENULIS BLOG

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............