Followers

Friday, December 23, 2011

AKHIR ADAPTASI NOVEL, BICARA HATI DI TELEVISION.

Salam kepada semua,
pernah kamu membaca novel,
mesti pernah la...
Kalau yang tak pernah,
try la sekali-sekala.
Layan jugak la...
Ada berita yang gempak la,
Novel yang aku baca masa aku sekolah menengah dah keluar.

"Bicara Hati".
Memang best giler..
Aku memang x minat novel nie,
tapi bile baca novel nie.
Pergh..
memang best..
novel nie bermakna sgt bgi aku..
ada kisah2 silam aku..
Korang try la layan novel nie..

Nie sinopsis yang ada pada novel nie..

DALAM satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

 Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. 

Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. 

Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. 

Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. 

Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. 

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.


SO nie pelakon2 die..
Bicara Hati drama bersiri 26 episod bakal menemui penonton di Astro Prima pada 3hb Jan 2012 ni, lakonan Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne.

Pelakon lain yang membintangi drama Bicara Hati ialah Marsha Londoh, Azizah Mahzan dan ramai lagi .
Nie PICTURE PELAKON2 tu yek..


SALAM DARI PENULIS BLOG

2 comments:

  1. dari gaye penceritaan ustad, aku dapat rase yang cerite ney best!
    huhu
    :)

    ReplyDelete
  2. haha...thx q wan canai...akan datang yek

    ReplyDelete

...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

............